Saturday 28 January 2012

mereka ---> memori INDAH

siapa dah masuk sekolah menengah, sila angkat tangan. :D
best tak berada dalam alam sekolah menengah?
ada yang best, ada yang tak. betol tak?!.

bila u-turn balik kisah hari pertama ainul masuk SAMSMEL atau nama penuhnye Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar ditempatkan pula dalam kelas terakhir iaitu kelas 3TABLIGH.

hah! kelas terakhir? tak pernah pula ainul duduk dalam kelas terakhir. takpe la... masuk kelas tu rasa gementar jer.... takut. dah la sekolah tu kelas campur laki perempuan tapi kaum adam duduk bahagian depan dan kaum hawa duduk bahagia belakang.

sekolah lama ainul, Sekolah Agama (Arab) Yayasan Khairiah ringkasnye SMAYK. kelas kat sekolah tu tak campur laki ngan perempuan. so.. ainul nak buatpe pun takpe. tak malu sangat. lepas tu, tak pernah kenal laki plak tu. suara kaum adam yang agak garau tu pun tak kedengaran sangat. best.

bila dah masuk SAMSMEL, ainul takut tengok kaum adam. tunduk je... muka mereka pun tak nak tengok.
ada diantara mereka cakap, " alimnye budak ni. ". haha... nak tergelak bila mereka cakap ainul "alim".
alim ker? takla... ainul biasa-biasa jer.

kelas last, mesti perangainye agak giler2. kali pertama melangkah masuk kelas tu, ada seorang student laki ni selalu kacau ainul. grrrr... tak faham betol apa masalah dia. tak suka tau tak!!!!

" ini bukan kelas aku la!!! "
itu la kata-kata yang ainul ungkapkan bila hari pertama ainul berada dalam kelas tu sambil menangis. nak tau sebab ape? ainul nanges sebab kaum adam kelas tu kacau ainul. ainul tak biasa dengan keadaan macam tu. seterusnya, kelas tu bising, dengan perangai student lakinye yang agak giler2... Subahanallah...

baru duduk kat SAMSMEL berapa hari, kena pula ganggu dengan student2 dari form-form lain pula.
uhmmmm... ainul nak pakai kasut pun ada yang tengok, ainul jalan pun ada yang tengok. rasa serba salah nak buat semua perkara. kalau jadi student baru memang kena alami situasi macam tu erk?. =="

bila dan lama sikit belajar kat SAMSMEL, akhirnya ainul boleh terima dengan situasi macam tu.
keadaan kelas tu pun ainul dah boleh terima. layanan dari student form 3 and student2 yang lain pun baik terutamanya kaum hawa. peramah. kaum adam kat situ pun ada yang baik juga. ^_~

k la.. ainul nak citer pasal student kelas ainul time ainul form 3. budak-budak kelas ainul semua seHATI seJIWA. kalau boleh semua perkara yang nak dilakukan mesti BERSAMA-SAMA.
" apa yang penting?. kerjaaasama." hehe.
perangai giler-giler. so, ainul dah masok kelas diorang, kena faham keadaan diorang. mana yang rasa bolah ikut, kita ikut jer... asalkan kami bahagia. haha. :D

Opss, lupa nak bagitau. students kelas 3tabligh bising ada sebab tau >
  1. nak bagi kelas ni sentiasa ceria. (kalau senyap jer.. bosan)
  2. nanti orang tau kelas tabligh ni ada penghuni. (kalau senyap, pelawat taktau ni kelas tabligh)
  3. banyak memori indah akan tercipta. (kalau senyap, nanti bila dah keluar dari SAMSMEL takkan nak ingat, " ouh, kelas aku dulu senyap jer.. ") mesti tak bestkan?
  4. bising bukan sorang, tapi ramai2. sorang buat lawak, semua gelak.(kalau senyap,  "uhmm.. kelas aku dulu senyap, takde pape yang perlu diingatkan)
  5. bila bising, cikgu kami akan marah. nanti bila kami dah pindah, mesti cikgu akan rindu saat tu. (  kalau senyap, mungkin cikgu tak dapat ketawa sorang2 bila ingat kami. )
  6. nak happykan kawan2 yang sedang bersedih. (kalau senyap, kawan tu akan sentiasa ingat akan masalahnye)
dulu tak mengaku tu kelas ainul, sekarang ni kalau orang tanye
" tu kelas kau ker? ".
dengan tak segan silu, ainul akan jawab
" yer, itu memang kelas aku ".

kelas ainul warna HIJAU. student laki cakap, macam kelas toyol. haha... tapi diorang yang cat kan.

walaupun kami duduk kelas terakhir, tapi kami ada bakat dan kebolehan kami sendiri. cikgu selalu marah-marah jugak kat kelas kami tu, tapi akhirnya kami boleh buktikan yang kami bukannya seperti yang cikgu cakapkan. jangan sangkakan yang kelas terakhir itu tak pandai.
"cikgu marah tanda sayang"
sekarang ni.. ainul akan rindu semua detik-detik INDAH bersama mereka STUDENT 3TABLIGH. ;) 
hey, semua yang dah pindah tu. jangan lupa kami di SAMSMEL k.
datang je bila-bila masa.... insyaAllah, kami sentiasa ada.

ni la mereka-mereka yang berjuang dikelas 3tabligh


ha. ni baru sebahagian student kelas 3tabligh.
dalam kelas tu ada 37 orang student.

 tengok-tengok, kelas kami warna hijau. lawakan?
pencinta alam sekitar kata kan.... hehe.

ha. gambar ni ainul ambil gune kamera ainul sendiri.
time ni panitia KHB buat pertandingan memasak, menjahit and gubahan bunga untuk student lepas PMR.
best sangat-sangat. ^_^

k la... dah panjang ni, penatnyeeee menaip.
pape pun, ainul nak bagitau kawan-kawan ainul ni, yang ainul SAYANG sangat-sangat kat korang semua!!
korang sentiasa dekat dihati. ^_~

kalau ingat ainul, mesti kena ingat ALLAH jugak tau. kalau tak ingat ainul, takpe la... janji korang ingat ALLAH. ^_~

*maaf tau kalau ada yang takde dalam gambar di atas*
sekian, wassalam.


> may ALLAH bless you <

Friday 27 January 2012

walau apa pun, harus terima!!

huh. penat tau tak?!
ingatkan masuk form 4 kerja sekolah tak banyak.
yer la... baru tahun lepas ambil PMR, kena bagi rehat jugak. hahaha...
*buat sekolah kau sendiri kalau semua nak ikut kau*

uhmmm.... balik sekolah mesti penat, semua student nak rehat kan?.
kalau ainul balik dari sekolah tukar baju terus makan. lepas tu, sementara nak tunggu makanan di proses dalam perut ni tengok buku jap. and then tidur. solat?. ouhh... solat zohor kena solat berjemaah kat sekolah, so tak payah fikir pasal solat zohor dah lepas tu. tertunai sudah tanggungjawab.

lepas makan, ainul tengok buku jer. tak buat kerje sekolah pun. hahaha.
tengok kulit buku tu pun sudah cukup la... sebab otak tak mampu nak masokkan ilmu untuk waktu tu. yer la... orang baru balik sekolah.

huh, bangun dari tidur dah hilang penat terus kemaskan diri. kadang-kadang ainul kemaskan diri dulu baru tidur. ikut mood.

lepas solat maghrib, baca al-quran dulu. hidup ini tak boleh pisah dengan AL-QURAN.
kemudian baru ainul bukak buku and buat kerje sekolah. kadang-kadang sehari tu 2,3,4,5 latihan dari subjek yang berlainan di plus plak dengan nota. Ya ALLAH.... banyaknyeeee.... (agak mengeluh sikit)

"manusia buta tanpa ilmu"

Sabda Nabi S.A.W : "Barangsiapa yang inginkan dunia, hendaklah ia berilmu. Barangsiapa inginkan akhirat, hendaklah ia berilmu. Barangsiapa yang inginkan kedua-duanya, hendaklah ia berilmu."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

pentingkan ilmu dalam hidup kita?. nak atau taknak, harus cari ilmu sebab itu kewajipan buat setiap umat ISLAM.

ISLAM tu INDAH, ISLAM tu MUDAH.
so... jika ada diantara kamu nak susah-susahkan hidup kamu dengan mengatakan ISLAM itu PAYAH. jangan la... buat rugi jer.. 
hampir setiap hari ainul tidur pukul 1,2,3,4 pagi.. sebab nak siapkan kerja sekolah yang berlambak tu. bangun tidur nak pergi sekolah pukul 6 pagi. huh, berapa jam je ainul tidur. tapi kan, kalau ainul tidur lambat, mesti dalam kelas ainul tak mengantuk. kalau ainul tidur awal mesti dalam pukul 12 tengahhari tu mata layu jer...

tidur lambat, tapi kerja sekolah bukan semua boleh buat sendiri. arggghhh!!! tensionnyer masok form 4.
SABAR itu INDAH
datang jer sekolah, lepas habis perhimpunan masuk kelas terus bukak buku. tanye kawan apa yang tak faham. paling mudah, ambil buku kawan, tiru. lepas tu baru suruh dia ajar. haha...
kadang-kadang terpaksa ambil kesempatan cikgu yang tak berapa tegas ni untuk buat latihan pelajaran lain.
terok-terok. 
Jangan buat macam tu, kita kena fokus baru ilmu masuk.

kadang-kadang, time rehat tak keluar kelas because nak siapkan kerja-kerja sekolah tu. tapi kan, bunyi loceng habis rehat baru nak pergi kantin. terok-terok.

jangan buat lagi, hargai masa yang ada.
akhirnya, kerja-kerja and nota yang perlu disiapkan dihantar juga. Alhamdulillah... berkat pertolongan sahabat-sahabat sekelas. Thank you all. ;)

sekian, wassalam. :))

>may ALLAH bless you<

SeLamaT HaRi LahiR aDik - aDikku SaYang. ^^

apa khabar sahabat2 semua?
semalam 26/1/2012 adalah bezday dua orang hamba Allah yang penah ainul kenal walaupun sebentar.
uhmm... sebenarnye ainul nak buat post ni semalam, tapi....... Allah tak izinkan.

dengan peluang yang ada ni, ainul nak ucapkan 

SelamaT Hari LahiR 
Yang Ke-15

buat dua orang kembar yang c0mel and canTik ni....


dan adik kembarnyer...


untuk adik-adik c0meL ni > 
uhmm... kak ainul tak tau angpa ingat kat kak ainul lagi atau tak.
tapi.... yang pasti, kak ainul sentiasa ingat angpa walaupun hanya dua minggu kita berkenalan.
kak ainul hargai detik2 perkenalan tu. kak ainul sayang angpa dua.
maaf tau lambat wish befday angpa. tapi ketahuilah, angpa sentiasa dekat dihati. ;)
belajaq betoi2 tau, tahun ni nak PMR!. Good Luck.
k la, kak ainul tak mau cakap panjang2. angpa jaga diri angpa baik2 yer.
moga angpa sentiasa dalam keredhaan dan jagaan Allah S.W.T

teringat pula bila angpa dok kat Yayasan Khairiah, time tu pula kak ainul pegang jawatan ketua dorm. waw! form 2 pegang jawatan ketua dorm (senior2 dorm tu bagi jawatan tu kat ainul secara paksaan). hahaha... bila malam, kalau angpa nak ke tandas mesti kejut kak ainul sebab nak kak ainul temankan. macam ni, 

" kak ainul, kak ainul. najat/nadia nak pergi tandas la. "

semenjak angpa dok kat Yayasan, angpa selalu nanges. risau kak ainul. mungkin sebab angpa tak suka dok kat Yayasan. biasa la tu, kita yang nak belajarkan? pasti angpa nak pilih sendiri sekolah yang angpa suka.

nadia and najat manja. tapikan, kak ainul tengok nadia lagi manja. hehe..
hidup kat Yayasan tu susah sikit. sian kat angpa tak biasa buat kerja2 berat.
maaf kalau kak ainul ada buat silap. dan maaf jugak bagi pihak senior2 dorm Jannatul Najmi jika mereka menyakitkan hati angpa.
lastly, SelamaT maju JaYa.

sekian, salam sayang buat adik-adik c0mel and cantik ni. ^_^ 
wassalam buat pembaca. :)

> may ALLAh bless you <

Tuesday 24 January 2012

Kelebihan Memiliki Anak PEREMPUAN

bila kongsi ilmu agama ni best plak rasenye.
takde rasa rugi, malah lagi menambah perasaan ingin tahu banyak perkara yang mengenai ISLAM.

tahun lepas Umi ainul ada beli sebuah buku ni,
Umi ainul suruh ainul baca. tajuk dia.....



best tau buku ni. bagi ainul la... kalau orang lain, terserah pada diri dia nak cakap apa kn?
post ainul kali ni, ada kena mengena banyak juga dengan buku ni.

k la, ainul tak nak cakap panjang. kita kembali pada tajuk >

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
 Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, “Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.” Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, ?menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang?? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

sekian, wassalam..

>may ALLAH bless you<

Sunday 22 January 2012

hukum memberi salam pada bukan muhrim

kali ni, ainul nak kongsi sedikit ilmu agama dengan anda semua.
anda semua harus baca! tak boleh nak taknak baca.
tapi kalau dah tau, takpe la...

dulukan, pernah la seorang hamba Allah ni tegur ainul.
hamba Allah ni seorang lelaki. dia tegur macam guna perkataan hoi, hai, oitt, dan seakan dengannye.
tak pernah nak bagi salam. ainul pun rasa pelik, sebab apa dia tak bagi salam kat ainul.
ainul biarkan jer...

sampai satu hari tu, dia tegor ainul guna perkataan yang ainul cakap tu la.
kemudian ainul balas teguran dia dengan memberi salam, " assalamualaikum "
dia cakap, "dia tak boleh jawab salam ainul."
aik, kenapa?.
lepas tu, dia bagi tau hukum2 memberi dan menjawab salam ni.
sebenarnye time tu ainul tak faham apa yang dia cakap, tapi ainul tau apa yang dia nak terangkan.

sejak hari tu, ainul tertanya-tanya hukum memberi dan menjawab salam pada bukan muhrim.
atas izin ALLAH, hari ni telah terjawab soalan ainul tu. alhamdulillah.....

Apakah hukum memberi salam kepada bukan muhrim..... adakah makruh atau haram atau bergantung kepada keadaan?

Berikut ini adalah sedutan secara bebas dari Al-Nawawi di dalam al-Azkar . Katanya, memberi salam dan menjawab salam antara lelaki dan perempuan adalah seperti hukum memberi dan menjawab salam sesama lelaki. Sunat bagi seorang perempuan memberi salam kepada lelaki, dan begitulah sebaliknya. Dan, salam itu wajib dijawab.

Itu jika perempuan itu adalah mahramnya. Bagaimana pula jika perempuan berkenaan bukan mahramnya?

Apabila perempuan itu bukan mahramnya dan dia merupakan seorang yang cantik jelita yang dikhuatiri akan menimbulkan fitnah, maka seorang lelaki tidak boleh memberi salam kepadanya. Jika lelaki itu memberi salam, perempuan berkenaan tidak boleh menjawabnya. Begitu juga dengan perempuan itu, dia tidak boleh memberi salam. Jika perempuan itu memberi salam juga, maka makruh hukumnya menjawab salam itu.

Dari Atha’ al-Khurasani, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiada bagi wanita itu salam, dan tiada ke atasnya salam.” (HR Ibnul Jauzi)
Ia bermaksud, perempuan tidak boleh memberi dan menerima salam kepada atau dari lelaki yang bukan mahramnya.

Dan, jika perempuan itu tua dan tidak mungkin akan menimbulkan fitnah, maka sudah tentu dia boleh memberi salam kepada seorang lelaki. Dan salam itu wajib dijawab oleh lelaki berkenaan.

Di atas, adalah hukum memberi salam antara lelaki dan perempuan – seorang dengan seorang. Bagaimana pula jika memberi salam kepada sekumpulan perempuan yang bukan mahram? Atau perempuan memberi salam kepada sekumpulan lelaki yang bukan mahram?

Al-Nawawi mengatakan bahawa jika perempuan-perempuan berkumpul dalam satu kelompok, maka orang lelaki boleh memberi salam kepada mereka. Atau orang-orang lelaki dalam suatu kelompok memberi salam kepada seorang perempuan, maka hal itu dibolehkan – Apabila tidak ditakutkan timbulnya fitnah bagi kedua belah pihak.

Mengenai perkara ini terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan lainnya, dari Asma’ biti Yazid r.a. yang berkata: “Rasulullah s.a.w. lalau di depan sekelompok perempuan yang sedang duduk, maka baginda memberi salam kepada kami.”

Bukhari pula meriwayatkan dari Sahal bin Saad r.a., katanya: “Ada seorang perempuan tua yangs edang memasak dan menggiling biji-biji sya’ir (gandum). Apabila kami selesai sembahyang Jumaat, pergilah kami memberi salam kepadanya, lalu dia menghidangkan makanan untuk kami.”

Begitulah sebahagian pendapat al-Nawawi di dalam al-Azkar mengenai hukum salam kepada perempuan.

Kesimpulan disini >
1. Memberi salam kepada perempuan mahram adalah seperti hukum memberi salam kepada sesama lelaki.
2. Tidak boleh memberi salam atau menjawab salam perempuan yang dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.
3. Dibenarkan memberi salam kepada perempuan yang dikhuatiri tidak akan menimbulkan fitnah. Dan wajib menjawab salam dari perempuan berkenaan.
4. Dibenarkan memberi salam kepada kelompok wanita. Atau kelompok lelaki memberi salam kepada seorang wanita.

 
moga kita dapat menambahkan ilmu agama kita bersama-sama. :)

sekian, wassalam.

>may Allah bless you<

Tuesday 17 January 2012

suka, suka saja...

Hey! ngah buat apa tu?!
tengah baca post saya erk.... hehe. Bestnyer ada orang kunjung blog saya. (agak gedik sikit di situ).
:D

"Thank kerna sudi melawat blog saya yang tak sehebat anda"
satu senyuman lebar selebar pelangi untuk anda. :)))

Eh! jom senyum sekali. Moga wajah anda bertambah manis....
 macam ni....
 kan c0mel kalau anda senyum macam ni.

atau.... macam ni >
 cuba senyum macam ni. tapi jangan lama-lama, nanti juling pulak mata anda. 
hehe... :P

senyum itu sedekah......

Tapi... jangan buat muka macam ni pula k.

jangan buat muka macam ni tau. 
nanti orang takut nak tegor kita pulak. 

kalau buat muka macam tu, ada orang kata "rezeki susah nak masuk". orang kata kat ainul k. ainul hanya bagi tau pada kamu, kamu, kamu and kamu yang ainul sayang ni jer....

sebenarnya kan, ainul... ainul... ainul... ainul...
oitt! kenapa banyak sangat "ainul" ?.

Hehe... radio rosak pulak, jadi tersangkut-sangkut. :P
Nak tukar radio baru jap.
0key! selesai.

Tata.. Tutu... Titi....
Sekian, Wassalam.

p/s > sebenarnye ainul tak tau nak citer pasal ape.... hehe. 

>may ALLAH bless you<

Monday 16 January 2012

maafkan aku, terima kasih, aku sayang kau.

Aina, aina, aina, aina, aina, aina and AINA!
huh! banyaknye nama aina.
tapi... itu baru bertaip, nama aina dalam ingatan ainul ada beribu. dalam hati ainul, ada berjuta.
Waw!! banyaknya. tak boleh di kira.

"Walaupun ada banyak nama aina, tapi... dia salah seorang aina yang ainul sayang"
kau nampak tak perkataan sayang tu?, tak nampak erk? jap, aku bagi besar lagi.
" aku sayang kau "
ha. aku bagi SAYANG warna pink kat kau.

Aina Syairah bt. Robangi, itu lah salah seorang hamba Allah yang ainul sayang.
sedapkan nama dia?. sapa cakap nama dia sedap, mesti dia tipu. nama mana boleh rasa. :P
hehe...

eh! anda, anda, anda nak tengok gambar dia tak?. jap erk....
ha. TaDaaaaaa!!!!

coMelkan?. kalah ainul.
eh! jangan tengok gambar dia lama-lama, nanti juling pulak!. ;P

jap, jap. ada lagi.....

sengetkan kepala anda sedikit. haha. :D

kenapa ada yang terbeliak ni?. nanti terkeluar biji mata tu. 
ainul tau dia cantik, tapi tok sah la tengok gambar dia lagu tu.. hehe..
sebenarnyer tadi tu permulaan post ni jer... terpanjang pula.
kat sini, ainul nak mintak maaf kat BFF ainul sorang ni.

" Aina.... aku sayang kau sangat2. macam saudara aku. semua sahabat aku, aku anggap macam saudara aku sendiri. kau jangan merajok ngan aku... nanti aku rindu kau pulak!. 
aku kenal kau dari sekolah rendah lagi, kita mula bersahabat dari umur 9 tahun sampai sekarang. walaupun aku merantau jauh, surat tetap aku kirim untuk kau. itu tandanya kau sentiasa dalam ingatan aku. maafkan aku tau! aku sayang kau. "

k la... taknak taip panjang-panjang, nanti kau nanges pula. kau selalu macam tu... aku kenal kau. :)
maaf sangat-sangat. 
terharu kau bisikan lagu untuk aku. mengalir air mata aku. sayang kau. <3

wassalam...

> may ALLAH blee you <

Monday 9 January 2012

Sahabat or Kekasih.

"macam mana keadaan kamu hari ni, sehat?".
penah tak kamu tanya keadaan sahabat kamu macam di atas?.
atau pun, kamu hanya tanya pada kekasih kamu jer macam tu?. uhm... kamu jawab lah sendiri.

ainul nak tanye,
antara sahabat dengan kekasih yang mana lagi penting?.
ada yang akan jawab, sudah tentu sahabat. tapi.... mungkin juga kekasih.
semua perkara pasti ada sebabnya.

ainul buat post kali ni sebab baru ainul sedar betapa pentingnyer seorang sahabat.
seoarang sahabat ainul penah tanye ainul, macam ni :

" Antara sahabat dengan kekasih yang mane lagi penting?.
ainul terdiam sebentar, kemudian menjawab. " sudah tentu ainul akan memilih sahabat".
Sahabat ainul berkata lagi," jika kamu lebih pentingkan sahabat, tinggalkan kekasihmu kerna dia bukan halal bagimu".
demi permintaan sahabat yang amat ainul hormat, akan ainul lakukan ape yang dihendakinyer. 
(jika itu mendatangkan kebaikan pada diri ainul)

> seorang sahabat yang sejati adalah apabila kita bersamanyer, kita akan sentiasa ingat pada ALLAH.<

tapi.... mungkin juga ada yang mengatakan, kekasih juga penting. sebab bila kita sedih pasti dia ada untuk kita, dia memahami dan seakan dengannyer.

Yer!. mungkin juga kekasih anda juga penting. tapi cuba anda cari sahabat sejati, pasti sahabat kita juga ada di saat kita bersedih. dan sahabat sejati pasti akan lebih memahami kita berbanding kekasih.



bila di fikirkan semula... sahabat dengan kekasih, dua-dua penting. cuma masa yang membezakan mereka, ada masa kita perlukan sahabat dan ada masa kita perlukan kekasih. tapi bila dah jumpa sahabat sejati, pasti kekasih agak tidak berapa diperlukan.

ainul nak ingatkan satu perkara ni jer,...
kalau anda rasa bersahabat itu lebih baik, teruskan lah. jangan putuskan tali ukhwah anda.
jika sebaliknya, fikir-fikirkan lah.....

** pengisian di atas, ainul ikut firasat ainul. so, kalau ada yang tak puas hati atau ada yang berlainan pendapat tak mengapa. bukan semua orang sama citarasa kan?. **

sekian, wassalam.

> may ALLAH bless you <