Friday 24 February 2012

RINDU korang yang jauh, namun dekat diHATI.

hai, teman-teman yang ainul sayang. hehe.. (gedik sikit disini)
ngah buat apa tu? bosan ke? ouhh... kalau bosan baru nak datang melawat sini... sampai hati.

ainul rindu teman-teman ainul.. ainul sayang mereka seperti saudara ainul sendiri.
tapi... sekarang ni mereka takde dekat dengan ainul dah... ainul rasa macam nak rebah ke tanah je.
tanpa mereka, ainul rasa lemah sangat. takde kekuatan lagi untuk terus melangkah.

awak, awak, awak, awak, awak and awak!!. jangan lupa ainul k. I always miss you...

"every moment I would have you in mind"  

korang nak tau kan sape mereka tu?.
aik! kenapa besar sangat perkataan "mereka" tu? mereka tu penting sangat ke?.

ha... mereka memang penting dalam hidup ainul. ainul sayang mereka sangat2.
sebab mereka ialah >
  • tempat ainul berkongsi cerita suka dan duka.
  • tempat bertanya perkara yang tidak ainul ketahui.
  • teman belajar, kongsi ilmu.
  • teman gelak ketawa and more.
mereka ialah.....

The FIRST is....

Nur Najwa Husna Binti Muhammad Hazim.
dia baek, suke kacau ainul. grrr.. =='
dia pandai math. best tau kalau dia ajar, senang faham.


 The SECOND is

Fathiah Nabihah bt. Mohd Salleh.
comelkan dia?. dia pemalu orangnya. ainul tak tau macam mana boleh rapat ngan dia. mungkin dengan izin Allah ainul dapat bersahabat dengan dia. 
dia baik sangat. dia selalu tanye masalah ainul, bukan "busybody". bagi ainul dia ambil berat. kalau ainul menangis, dia yang pujuk. kalau ainul masam jer, mesti dia tanye " ainul kenapa? "
dia banyak juga tau pasal ainul. kalau nak citer pape, dia sudi mendengar. 
best tau dapat sahabat macam tu. kite nak membebel pun tak kisah. hehe..
the THIRD is

 Mohamad Mu'allim Bin Rosihidin.
hensem tak? haha,, jangan buat dia perasan. :P
entah macam mana boleh tersenarai sebagai orang yang dekat ngan ainul. 
muallim yang mula tegur ainul hari last trail exam PMR.
terkejut giler!. kalau dia tak tegur, mungkin saja ainul ngan muallim tak rapat macam sekarang ni. haha.
muallim selalu jugak la bagi kata2 semangat kat ainul. sebab tu ainul anggap dia sebagai orang yang dekat dengan ainul.

The FOURTH is...

Ahmad Ar-razi Bin Zainal Bahrin Bin Mohammad Yunus.
tengok nama dia, sampai ke nama datuk dia ha. 
razi ni ngade2 sikit. nak lebih2 plak. :P
 disebab abang dia kawan ngan abang ainul. sampai ainul pun boleh berkawan ngan dia...
dia ni kan, kalau ainul membebel pun tak kisah, suke sangat ainul cakap banyak. 
adoii.. seeloknye ainul diam dari bercakap banyak.
kalau nak kongsi pape, citer kat dia erk. haha

The FIFTH is...

Ameer Wafiq.
opss.. sori tau, name ayah kamu, cik tak tau la... hehe.
dia ni paling bagus la... ainul bosan je mesti dia ada. 
kadang2, tengah2 malam pun kena layan ainul. sian dia.. 
and dia rajin kenakan ainul. tumbuk kang!. :P
gurau2 je...

Lastly, 
 
Suraya binti Mohd Alinor
huh, penat cari gambar dia. susah nak dapat gambar dia sebab tu lambat sikit citer pasal dia.
dia guru math last minit ainul jugak. sama macam najwa.
aiyooo.. suke paksa ainul belajar, untuk kebaikan diri ainul jugak.
^_^

ni ade video khas untuk korang tau!


"ketika bersama kamu adalah masa untuk mengumpul kenangan manis"
  
thank sangat2 sebab sudi jadi sahabat aku. >,<
you all, always in my mind.

sekian, wassalam.

>may ALLAH bless you<

Thursday 23 February 2012

khas buat SAHABAT2 yang berada diHATi ini.


 Ikhlaskan hati takala berSAHABAT. ^,^



Sahabat,

di saat dikau kecundang,
tak tertanggung airmata ini melihat kekecewaanmu..
tidak rela aku biarkan kau sendirian tanpa teman,
kerana kau selalu ada disaat aku memerlukan..
Andai hatimu pernah dilukai,
izinkan aku rawatinya dengan Kalamullah,
izinkan aku ubatinya dengan Zikrullah,
izinkan aku balutinya dengan selimut keinsafan..

Duhai sahabat,

ingin sekali aku nyatakan kasih ini buatmu,
namun apakan daya,
aku tidak mampu,
hanya dengan perbuatan aku mampu menzahirkan hasrat hati ini..
Ketahuilah olehmu bahawa aku mencintai ukhwah ini
kerana agama yang kau junjung,
sekalipun engkau pernah kecundang,
takkan aku biarkan engkau rebah semula,
akan aku berjuang denganmu demi membela agama di hati..
Akan aku bersamamu dalam apa jua dakwah dan jihad demi Islam,
selagi mana kasih Allah bersama kita,
selama itulah kasih ini tidak akan pernah luntur..
Seribu maaf ungkapan buatmu andai aku pernah keterlaluan,
bimbinglah aku ke jalanNYA,
semoga jannah Firdaus menjadi pengakhiran kita..

ukhwah fillah abadan abada...


sekian, Wassalam..

>may ALLAH bless you<

Wednesday 22 February 2012

doakan ainul ek.

hmm.. lama tak update blog.
huhu.. takde citer yang nak dikongsi.

bosan la sejak beberapa hari ni..
best masuk form4, ade kerja sekolah. tapi buat macam takde.
sampai adik ainul pun tanye, " form4 memang takde kerja sekolah ke? "
hehe.. sebenarnye ade jer.. saje buat macam takde.. tup tup, siap kerja... hebat tak??!!

k la.. malas nak menaip panjang2.
doakan ainul tau, semoga ainul dapat lakukan yang terBAIK dalam pertandingan tilawah al-quran peringkat sekolah. :)
dup dap, dup dap. terdiam ainul bila dapat tau saingan ainul semua hebat2. :3

next week, hari isnin 27/2/2012 dah bertanding. ALLAH.... dah la undian pertama, adoii.. sape la yang tolong undi tu. gementar giler. kena baca dengan penuh TARANNUMnyer, TAJWIDnyer..
Ya ALLAH.. macam mane ni!!!! dah la ainul tak pandai sangat dalam bab2 ni. nafas pun pendek. usaha je la... 

 AL-QURAN penyuluh hidup. <3

sekian, wassalam. * doakan ainul ye. *

>may ALLAH bless you<

Thursday 16 February 2012

No Way! Don't Touch Me, Before Marriage.

hai, ainul nak bagitau. 'ainul tengah serius ni', jangan gelak2 tau. hehe..
serius? okey, ainul tau. ainul bukan seorang yang pandai serius. sikit2 nak gelak.
kalau marah orang pun, mesti nak pusing belakang and lepaskan gelak tu puas2. lepas tu, sambung marah. haha..
tingtong!!!!

sebenarnya ainul serius juga dalam sesuatu perkara tu, terutamanya tentang Agama ISLAM. 

tadi ainul buat blogwalking, lepas tu terjumpe satu video ni kat blog hamba Allah tu..
Ya ALLAH... lepas tengok video tu, ada sesuatu perasaan yang timbul. tapi... tak tau nak citer macam mana perasaan tu.

k la... taknak cakap banyak, ambil la yang elok dari video ni >

 
hope kaum hawa, jagalah diri kamu elok2.
sesungguhnya >
 seindah perhiasan adalah
Wanita SOLEHAH..

and kaum adam, tolong ada rasa hormat pada kaum hawa.
moga kita sama2 mendapat rahmat dan keredhaan Allah s.w.t. :)

sekian, wassalam..

>may ALLAH bless you<

Sunday 5 February 2012

Baginda Rasulullah menCINTAI kita.

salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. :)
ingat lagi tak perjuangan Rasulullah dan umat Islam terdahulu?
semangatnya perjuangkan agama ISLAM.. kagum sangat-sangat.

semalam ainul tengok kisah perjuangan Rasulullah S.A.W.
Ya ALLAH... sedihnye. air mata mengalir. mudah sangat tersentuh.
ketika itu, mulut tak mampu berkata apa-apa. melainkan berzikir dan berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

melihat para sahabat dan umat Islam ketika itu berjuang menegakkan agama Islam. subahanallah... hebatnya.
semangatnya mereka berjihad demi Islam agama yang MULIA.

walaupun ramai tentera Islam syahid, namun tentera Islam tidak pernah berundur mengaku kalah.
berjihad, berjihad dan terus berjihad meluaskan agama Islam.
pada bibir serta lidah para sahabat dan umat Islam ketika itu sentiasa dibasahi dengan zikrullah, takbir  yang membesarkan Tuhan yang Esa.
" ALLAHU AKBAR "

semangat ainul tengok umat Islam berperang, tak pernah takut dengan musuh.
dalam fikiran hanya mampu bayangkan jika sewaktu tu ainul ada bersama perjuangkan agama Islam.
rasa bersyukur yang tak terhingga jika dapat bersama mereka. sebab ainul teringin sangat pergi berjihad.
tapi... kenapa ainul tak boleh pergi berjihad lagi?....

Ya ALLAH,... cepat la bagi aku besar, aku nak pergi berjihad. please...
nak je merayu-rayu. 

k la... nanti pasti ainul akan dapat pergi berjihad juga!.
ainul nak pinjam masa anda beberapa minit, untuk kongsi video ni. bolehkan? 


selepas melihat video ni, apakah yang anda rasa?. jawablah untuk diri anda sendiri.
muhasabahkan diri. moga dapat berjuangkan ISLAM di akhir zaman.

grrr... kejamnya yahudi!!!. geram ainul.

dimanakah umat Islam? kenapa masih berdiam diri? mereka di Palestin tu saudara kita. kenapa sanggup melihat saja? mana semangat umat Islam yang dulu?....
jika boleh aku melangkah pergi kesana, sudah tentu aku akan membantu mereka.
jika hanya sekelip mata aku boleh membesar, aku bersedia untuk pergi berjuang.

sekarang ni... banyak dah ainul dengar yang ramai umat Islam telah murtad. nauzubillah...
sedih je ainul dengar.

kenapa akidah umat Islam boleh runtuh? kenapa tak bimbing mereka yang lemah? tak sayang Rasul kita ke?
tak kesian pada Baginda ke? Baginda dan umat Islam yang terdahulu bersusah-payah berjuang menegakkan agama Islam.

tapi... kenapa umat Islam zaman sekarang tak seperti zaman terdahulu?. sedih Rasulullah melihat umatnya sekarang ni. sedangkan Baginda telah meninggalkan kita dengan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan.

tahukah kamu... Rasul Allah Muhammad S.A.W. sangat mencintai kita?
dimana terbukti disaat akhir sebelum Baginda wafat, apa yang difikirkan Baginda hanyalah umatnya.
Baginda menyebut
 " ummati, ummati, ummati.. "

betapa sayangnya Rasulullah kepada kita.
adakah kita sayang pada Baginda?
hanya terlafaz pada mulut, " aku cinta Rasulullah, aku sayang Rasulallah "
namun, kata-kata itu tidak sampai dihati kita.
kita tipu diri kita, kita dusta pada Rasul kita.

kembalilah kepada fitrah kejadian kita.
mari kita hayati video ni >


moga kita dapat bersama-sama menegakkan agama Islam.
renungan buat anda dan juga diri ini.

salam Maulidur Rasul.
sekian, Wassalam. :)

> may ALLAH bless you <

Friday 3 February 2012

aku tahu, aku sentiasa ada KAU.

hari Jumaat, 3/2/2012 bersamaan 10 Rabiulawal 1433.
mendung hati kecil ini.. miski pun, terukir senyuman diwajah. siapa yang tahu, hati ini bersedih.

hari ni, ainul kehilangan lagi tiga orang sahabat yang amat ainul sayang.
tapi kat sini, ainul nak citer pasal salah seorang antara mereka bertiga.

dia adalah,

Nur Izzati bt. Yunus
dia lah bekas penolong ketua kelas 3Tabligh 2011.
penyayang orangnye, suka membebel. kadang-kadang bising juga.
tak rugi kalau bersahabat dengannye. seorang yang memahami.
senang citer, dia memang baik la.

menjelang pukul 12:30 p.m. itu lah saat terakhir ainul dapat memeluk erat tubuhnya. dia menghapuskan air mata ainul yang laju membasahi pipi. takala itu, kita saling berbisik.

aku tahu, aku akan selalu ada KAU.
jangan lupakan ainul,
ainul sayang atiy sangat2, 
jaga diri elok-elok k.
   moga bertemu kembali. 
see you di IPT.
assalamualaikum sahabatku.

sambil tu, dia juga berbisik

atiy takkan lupakan ainul.
jangan lupakan atiy jugak k.
atiy sayang ainul juga.
moga kita bertemu di menara kejayaan.
see you di IPTA. kalau IPTS tak boleh, sebab ainul tak ambil sains.
see you in Australia.
eh, lupa. ainul nak sambung belajar kat negara Arab.
jangan lupa 3TABLIGH ye? dekat situ banyak kenangan indah yang telah kita bina.
doakan atiy, atiy takut sangat. 

itu la impian IZZATI, untuk menyambung pelajarannye di negara Australia.
lepas dia berjuang di bumi SAMSMEL, dia akan teruskan perjuangan dia dengan merantau kat PERAK. sudah tentu susah nak jumpakan?.
sabar je hati ni menahan rindu. <3

ainul harap sangat-sangat, itu bukan kali terakhir untuk kita bersua.
moga ikatan ukhwah yang kita bina selama setahun, takkan terbuka simpulannya.

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


kenapa awak pindah? awak tak sayang saya lagi ke? awak taknak kawan ngan saya erk? sebab pe? dah bosan berkawan ngan saya ke?

ainul tahu... Atiy pindah bukan sebab Atiy tak sayang ainul, bukan sebab Atiy taknak kawan ngan ainul dan bukan sebab Atiy bosan kawan ngan ainul.

first sekali sebab kamu nak cari pengalaman baru. pergi ke satu tempat yang semua orang tak kenal kamu. ainul dah pernah rasa pengalaman macam tu. best sangat-sangat. so, Atiy jangan takut k. ALLAH ada bersama kamu. :)

second, mungkin itu takdir yang telah ditentukan ALLAH untuk kita bertemu dan berpisah. memang itu akan berlaku. " setiap pertemuan pasti ada perpisahan ".
ainul bersyukur sangat-sangat dapat bertemu dengan Atiy walaupun masanya memang begitu sengkat.

third, kamu nak impian kamu jadi kenyataan. mencapai cita-cita memang perlukan pengorbanan. perpisahan itu lah satu pengorbanan. walaupun pahit, namun harus ditelan.

ainul tahu... berat hati atiy untuk meninggalkan sahabat-sabahat di SAMSMEL. 
hari rabu tu, ainul perasan sesuatu yang lain. atiy cuba himpunkan balik semua ex-student 3Tabligh. yang renggang, atiy rapatkan. yang sunyi, atiy hiburkan. berjalan seiring. melangkah dengan senyuman.
time tu ainul rasa happy sangat. ^,^

hmmm... bila Atiy dah pindah, sape lagi yang nak dengar masalah ainul?. susah tau nak dapat kawan macam Atiy. sentiasa memahami isi hati ainul.

takala ainul sedih, Atiy sentiasa ada. Atiy mesti tau kalau ainul ada masalah. walaupun ainul senyum, Atiy tetap tau yang ainul dalam hadapi masalah. kalau ainul nangis, lagi la Atiy tau.
senang citer, ainul memang tak boleh sembunyikan masalah ainul dari Atiy. kan kan?

"sahabat adalah mereka yang boleh melihat kamu terluka dari matamu,
ketika orang lain percaya dengan senyuman diwajahmu".

Atiy selalu ambil berat pasal ainul. Atiy selalu tanye, " ainul, kenapa ni? "
lembut je suara Atiy, tak pernah menyinggung perasaan ainul.

time first day ainul jejak kaki kat SAMSMEL, Atiy orang pertama yang ambil berat pasal ainul.
Atiy cakap kat aina, " aina, ajak ainul pergi makan. nanti sakit pulak dia. "
ainul ingat lagi semua tu...

bila Atiy tahu ainul menangis, pasti Atiy akan sapu air mata ainul. sebolehnye, Atiy takkan biarkan air mata ainul jatuh ke tanah. 
Atiy nak tahu, tak pernah sahabat ainul sapukan air mata ainul takala ainul sedang menangis. Atiy lah orang pertama yang melakukan perkara seperti itu.
 "terima kasih SAHABAT."  

lepas ni... kalau ainul nanges, sape lagi yang akan ada disisi ainul. yang akan menghilangkan air mata ainul daripada jatuh ke tanah?

atiy.... ainul sayang atiy sangat-sangat. bila ainul dalam keadaan lemah, atiy peluk tubuh ainul. atiy bisik kata-kata semangat. sentiasa menasihati ainul. tak pernah tinggalkan ainul.

tapi sekarang, kalau ainul jatuh. mungkin saja ainul dalam keseorangan. tak ada yang akan menemani. hanya ALLAH saja yang tahu.
jika ainul menemui sahabat baru. dia takkan sama seperti kamu. IZZATI yang ainul kenal, takkan ada penggantinye. 

memori indah kita bersama 3TABLIGH, mencipta SERIBU SATU rasa. suka, duka, ketawa, sedih, pahit, manis. semuanya tersimpan rapi dalam ingatan. namun, ketahuilah.. bukan kehendakku untuk melupakan semua itu. tapi itu semua takdir ALLAH. hanya terima dengan hati yang redha. mungkin ada hikmahnya. 

atiy,... jaga diri kamu elok-elok. jangan lupa ainul yer?.
kalau cuti, hantar la mesej. " assalamualaikum " pun dah cukup bagi ainul. itu tandanya ainul masih ada dalam ingatan atiy.

selamat berjuang sahabatku. :')

p/s : izzati suka warna BIRU sebab tu banyak tulisan warna biru.
sekian, wassalam.

> may ALLAH bless you <