Saturday 31 March 2012

renungan bersama.


~BISMILLAH~

*Bila jumpa pelacur tepi jalan,
orang akan kata “Eee
perempuan kotor ni” Padahal
kita tak tahu dia telah dijual
oleh bapanya ketika umur 10
tahun.

*Bila jumpa bekas banduan,
orang akan kata “ish penjahat
ni. jangan dekat dengan dia”
Padahal kita tak tahu dia
telah difitnah mengambil rasuah
oleh sahabat karibnya
sendiri.

*Bila jumpa pesakit mental, orang
akan kata “orang gila !
jangan kacau aku” Padahal kita
tak tahu dia telah didera
oleh mak tirinya hingga
mengalami trauma
berpanjangan.

*Bila jumpa lelaki muka hodoh,
orang akan kata “euww
hodohnya. siapalah nak kahwin
dengan kau tu” Padahal
kita tak tahu lelaki tu kehilangan
ketampanannya akibat
melecur dalam usaha
menyelamatkan ibunya dalam
kebakaran.

*Bila jumpa status ni, orang akan
baca dan membiarkannya
begitu sahaja. Padahal kita tak
tahu dengan SHARE atau
COPY benda ni kita dapat
memberi kesedaran kepada
orang lain sekaligus diri kita sendiri.

P/S : Kesimpulannya, jangan
terlalu mudah membuat
andaian... Jaga minda, jaga kata-kata dan jaga
tindakan..JAGA HATI :)

may ALLAH bless you. :))

Thursday 29 March 2012

entah la..

hepy! ASSALAMUALAIKUM.... :))
okey, jawab salam dulu. ^_~

nak kongsi sesuatu... tapi.... benda yang nak dikongsi tu ainul ambil dari kawan sekelas ainul.
dia cakap, "ainul, kau copy benda tu tadi kan?"
dengan blurr ainul jawab, "ha'ah" ==''. dah cakap ngan budak laki, macam tu dah la... suke buat blurr sikit.
lepas tu kawan ainul tu cakap, "jangan bagi orang lain baca tau!"
dengan takde perasaan ainul jawab, "okey...."

ha! maknenyer... kali ni takde benda yang nak dikongsi. okey!

dah, tatata,,,,,......
wassalam. :))

Thursday 15 March 2012

Kahwin Vs Couple

Assalamualaikum...
selamat bercuti, sapa yang dalam kebosanan mai la sini. yang tak bosan pun boleh datang jugak!.

time ainul bukak FaceBook terrrrrnampak satu video ni, junior ainul yang post.
okey, jom ramai2 kite tengok video ni. best giler! bagi ainul la, orang lain komen la sendiri kalau tak best.

enjoy k.


 ha! lepas tu, tengok ni plak >


kalau best, korang share2 la k.
sekian, wassalam.. :)

may ALLAH bless you

Friday 9 March 2012

Kejohanan Merentas Desa

hai, apa khabar? sihat?.
huh, penat!.

opss.., lupe nak bagi salam. " ASSALAMUALAIKUm. "
jawab salam tau, jangan tak jawab. dosa. :)

nak bagi tau ni, tahun ni ainul aktif giler2. tak tau sebab ape.
nak kembali macam sekolah rendah dulu kut, tak reti duduk senyap.

minggu ni ada exam, ada merentas desa jugak.
isnin hingga khamis UP1. hari jumaat, 9/3/2012 hari kejohanan merentas desa.
semangat giler, walaupun bab2 lari ni ainul lemah. (semangat sebab taknak belaja)

huh, nak citer ni. hari ni kan sekolah ainul ada buat merentas desa.
larian yang sejauh 6 KILOMETER menguji kekuatan diriku yang lemah ini.
dengan semangatnye ainul lari. bila penat berjalan sekejap, dengar je orang belakang lari, ainul pun lari.
huh, penat giler2 x giler20000000x.

yang jaga checkpoint tu pulak tak ramai cikgu rumah biru, rasa nak patah semangat je sebab takde orang yang bagi sokongan.
laluan merentas desa ada lalu depan rumah ainul, tengok kat luar rumah, umi takde.... lagi rasa nak patah semangat.
tengah lari tu, tetiba jer ada seorang guru dari rumah sukan tut.... bagi air kat student2 rumah sukan beliau.
dalam hati, " arghhh!!! tak adil! ". bila diri rasa cemburu dengan rumah tut..., semangat ainul kembali membara.
wahh!!!! time tu paling best. dah la nak dekat sampai sekolah. lagi la best!.

sampai depan pintu pagar, ada cikgu norizan, cikgu rumah biru.
dari dalam pagar sekolah beliau jerit, " ainul!!!! cepat ainul!!! "
jeritan cikgu dibalas balek, " cikgu!!!! sakit cikgu!!! " sambil berlari.
bagi ainul, kalau menjerit dapat hilangkan penat. sebab tu sepanjang lari ainul suke menjerit. (hobby)
^_^
* maaf kepada sesape yang sakit telinga sebab jeritan saya *

lastly, ainul telah mengambil masa 1:07/8 minit untuk menamatkan larian sejauh 6kilometer.
huh, jauh kut.....

tup tup, nama ainul tersenarai dalam student2 larian top10.
wow! tak sangka!.
dari sekolah rendah lagi, ainul masuk lari tak pernah nak tersenarai dalam top10.
sebab tu ainul cakap, ainul tak pandai berlari. dan tak mungkin masuk olahraga.
semua ni atas pertolongan ALLAH. apa yang kita usahakan, itu yang kita dapat.
bersyukur.... sangat2. ALHAMDULILLAH.
takbir! ALLAHUAKBAR!!. ^.~

 *ni student lelaki menengah bawah ngan menengah atas yang tersenarai sebagai top10*

*ni pulak, student perempuan menengah bawah ngan menengah atas yang tersenarai sebagai top10*
 
 *ainul diri tiga dari kanan*

*hah, ni pulak pengerusi rumah biru. tu piala rumah biru yang punya*

sekian, wassalam... ^.~

may ALLH bless you

Wednesday 7 March 2012

HapPy sangat!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

hari ni hari ketiga ainul exam Ujian Penilaian 1. ada yang senang dan ada yang agak susah.
huh! penat.... esok lagi mencabar, semua kena hafal. adoii.. boleh buat ke?.
tunggu dan lihat.

tapi esok hari yang ditunggu2 kan. sebab.... sape tau?, angkat tangan. hehe....
okey, esok hari last exam! yahooooo!!! bestnyer!. >,<

tapi kan. ainul rase hari ni paling BEST, paling SERONOK! rase nak lompat2 + jerit2. haha. :D ^_^
nak tau tak sebab ape? haha...
mana boleh bagitau.. kahkah.
aku dan DIA sahaja yang tau. Eh, kawan ainul sorang tu pun tau jugak la...
shhhhhh.... GONG CHAN senyap tau!
hehe...

tu je yang ainul nak kasi tau. kahkah.
yang pasti ainul SERONOK sangat2!.

sekian, terima kasih. ^,^

may ALLAH bless you

Friday 2 March 2012

Kisah Tauladan Untuk Renungan Bersama


Kerana Ego Seorang Lelaki

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”
Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, LIVERPOOL berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.
“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. 

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku.
Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku.
Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala.
Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mengalah dengan setiap kemahuanku.
Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku.
Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.
Akhirnya, aku hanyalah Lelaki Ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.



Allah S.W.T berfirman, (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(an-Nur':26)

Cinta itu dtg driMU Ya Allah..
Cinta itu jua milikMU.
Andai kau ambil anugerahmu Ya Allah..
Kau redhakanlah hati ini menerima qada qadarMU.
Andai kau kekalkan cinta itu Ya Allah. 
Kau tetapknlah hati ini agar terus mencinta krn cintakanMU. 
Amin Ya Rabbal Alamin..

tangisan wanita bukan bermakna lemah.


Pertanyaan di antara kakak dan adiknya....

'wahai kakakku'
'kenapakah lemah sungguh kaum Hawa itu?'
'asyik berteman tangis dan sendu sahaja'

'wahai adikku'
'bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya'
'tetapi disitulah adikku,
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki'
'menjadi izzah yang paling gah'
'bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki'
'kerana sendu rayunya,
Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun'

'duhai adikku'
'lembut wanita itu bukan kerana lemah'
'tetapi senjata'

'namun wahai kakakku'
wanita itu fitnah dunia'

'pernahkah adikku dengar?'
'pesanan Ilahi pada hambaNya?'
"wahai lelaki-lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu.."

'cuba adik nilai'
'pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?'
'pada hamba yang bergelar Ar-Rijal'
'kerana adai si lelaki menjaga pandangannya'
'maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitah pada dirinya'
'dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita'
'agar memelihara auratnya, kerana disitulah kehormatannya'
'bukan fitnah semata-mata jika Ar-Rijal dan An-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu'
"sesungguhnya wanita yang beriman solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh"

'tapi kakakku'
'kenapa wanita itu menjadi peragaan?'
'tidakkah mereka merasa malu?'

'wahai adikku sayang'
'Al-Haya'(sifat malu)'
'ada dalam diri setiap insan'
'wujudnya seiring nafas insani'
'dan Al-Haya' itulah pakaian iman'
'pada diri wanita itu indah Al-Haya' sebagai pembenteng diri'
'NAMUN'
'bila mana Al-Haya' itu lebur, imannya runtuh'
'kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?'
'kerana mereka sebenarnya paranoid'
'merasakan diri belum cukup menarik'
'mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi'

'namun adikku'
'wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu'

'wahai adikku'
'1001 keindahan penciptaan wanita'
'pandai-pandailah dikau menilai'
'antara permata dan debu-debu kilauan pasir'

'wahai adikku'
'janganlah adik gusar'
'tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu'
'dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu,
menggugurkan dirimu, menyembah tanah'
'sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabat...'

(semoga diri kita dalam lindunganNya)
Islam itu indah maka indahkanlah ia dengan akhlak yang mulia......
salam ukhwah...
semoga Allah merahmati diri kita selalu,
Amin Ya Rabbal Alamin...

*perkongsian bersama*
wassalam. :)

may ALLAH bless you

Thursday 1 March 2012

entah la..

salam semua!!! apa khabar? sihat?
ok, malas nak taip panjang2 tapi tak berapa lebar.

next week orang exam Ujian Penilaian 1. huh, penat menghafal.
yer la... orang dah duduk sekelas ngan budak2 pandai, mane boleh buat perangai "jahat" macam dulu.
so, sekarang ni orang kena menghafal je.. susah jugak nak hafal. sabar je la...

hari jumaat lepas exam, terus ada merentas desa.
adoiii... bab2 lari ni la yang orang lemah. cube jer la, sebab cikgu letak harapan sangat2 kat orang.

okey, dah! malas nak taip. sebab  orang.....
penat + ngantok + bosan = nak tidur.

tata.. good night. muahhhhhhh :* opsss!!!.. tergedik!.(menyampah)
wassalam.

eh! sebelum terlupa, DOAkan ainul lagi ye.
*terima kasih atas jasa baek anda*

may ALLAH bless you