Sunday 29 April 2012

itu Takdirnya....

Assalamualaikum. <3



:♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.
:♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.
:♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.
:♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.
:♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.
:♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.
:♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.


*saya tetap saya dan tak mampu menjadi orang lain.
harap anda faham*

Wassalam.. :) 

Saturday 28 April 2012

jika aku MERINDUI dia....

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..


✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"

~ Ungkapan ini bukan sahaja untuk pasangan suami isteri tetapi juga kepada sahabat-sahabat kita.. :-)
*may ALLAH bless you*
Wassalam. 

Thursday 26 April 2012

saya TAK suka orang tipu saya!

hellooooooo.....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

haa.... kalau "hello" tu panjang, salam kite kena laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi panjang sebab kite orang ISLAM. hehe... *pandai2 je dia ni, lepuk kang!

okey, go back to the title.
"Saya TAK suka Orang Tipu Saya!"

faham tak maksud tajuk tu????......
tak faham? kalau tak faham, pergi sekolah, tanye cikgu kamu erk?
kalau faham, ucaplah ALHAMDULILLAH...

nak tanye sikit, best ke kalau kite kena tipu? 
tambah2 orang yang kite percaye giler2, lepas tu dia tipu kite. korang bengang tak kalau orang yang kite percaye tu, tipu kite?

tidak, tidak, tidak! sudah tentu korang jawab, "tak kan percaye dah kat dia...." :3
sama sekali ainul tidak akan percaye kan dia dah! nak percayekan dia pun, kena fikir dua,tiga kali dulu. 
betol tak?

ha! sape suruh tipu orang! kan orang dah tak percaye kamu dah.... padan muke!

dalam sebuah perSAHABATAN atau apa2 je la. kite memerlukan sebuah KEPERCAYAAN dan KEIKHLASAN!
faham? 

kalau takde KEPERCAYAAN dan KEIKHLASAN persahabatan tu takkan bermakna. betol tak?!!!

hello!!!! jangan mainkan perasaan kawan kamu boleh? 
kalau nak kawan, kawan la betol2!
jangalah pergunakan dia! 
fikir perasaan orang jugak la.... semua ada hati, semua ada perasaan.

so, jagalah sahabat kamu itu seperti mana kamu jaga diri kamu sendiri.
susah ke? tak kan???????




 ingat!!!!!
 ***sahabat amat PENTING dan berMAKNA, jagalah sahabat anda. berilah KEIKHLASAN dalam persahabatan. dan jangan hancurkan KEPERCAYAAN sahabat anda itu.***

dah,dah,dah. takde idea dah nak menaip. cukup disini saja. hehe.... *ngekngok la ainul ni.*

okey2, terima kasih kerna membace.
dan beri tepukan buat diri ainul mardziah kerna sudi menaip. haha!

sekian, Wassalam.....


tetibe rindu dekat ustaz....

***bismillah***

Assalamualaikum... moga my reader sihat selalu disamping IMAN dan ISLAM. ^_^
 tengok tak tajuk atas tu? kalau taknak tengok, bace je la.... hehe.

ainul rindu sangat2 dekat seorang ustaz yang pernah mengajar ainul, miski pun ainul baru kenal ustaz tu selame setahun 3bulan je....

beliau seorang ustaz yang....
  • disayangi student2 nyer.... *tapi, mgkin jgak ade yg xsuke, tak tau sebab ape*
  • suke bergurau senda.
  • berdisiplin
  • memahami student2 nyer.... 
  • and more la. hehe...
 time beliau masih ade kat sekolah, ainul selalu gadoh ngan beliau. *gaduh main2 jer..... suke belakon kata kan....*  
tapi, kadang2 bergurau senda jugak. 
ha! nak bagitau ni, beliau seorang yang prihatin. *bagi ainul la...

beliau adalah Ustaz Fadzil Ibrahim. 
jom tengok video ni jap, Live saat hari perpisahan beliau dengan sekolah tercintanya, iaitu sekolah....
Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar. 
 13 April 2012, saat terakhir bersama.
namun, kenangan bersama beliau, tetap diingatan. <3
sekian, terima kasih kerna sudi membaca. :))
Wassalam....
*setiap PERTEMUAN, pasti ada PERPISAHAN*

Sunday 22 April 2012

Dashboard ku sudah kembali lama.

Assalamualaikum and selamat petang!.

huhu... happy sangat hari ni.
nak tau sebab ape?
sebab dashboard ainul dah kembali seperti dulu kala. wahhh!!!!! hapynyer!!!. >_<
tahniah untuk diri ainul. opss! lebih2 plak~

dah lama tak update, sebab dashboard baru tu serabut sangat!
buat pening kepala jer..... sampai takde mood nak update.
tapi hari ni, mood sudah kembali. 
syukurrrrrrrr..... Alhamdulillah... ^_^

sekian, wassalam. 
nanti ade citer menarik, ainul kongsi ngan korang semua erk. 
daaa...... :))

happynye saye seperti happynye ketika bersama kengkawan. ^_^

Wednesday 11 April 2012

Kenapa blog saya jadi popular, berguna dan menjadi tumpuan.

 Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum and selamat membaca. ^_^

okey! sebelum ape2 berlaku, ainul nak bagitau sikit kat pembaca, mana la tau...., ada diantara pembaca yang bersangka lain plakkan? yer la... dah tajuk pun macam agak poyo jer kalau nak cakap blog ni popular. haha!
*memang kena buat tajuk entry macam tu... korang jangan salah paham plak. tak baek tau.*

ainul tau.... blog ainul bukan popular pun. ditambah lagi dengan pengisian islamic sikit kan? so, mesti ramai yang tak suke melawat sini. betol tak?

caye tak kalau blog islamic tak ramai pembaca? tak caye? 
ainul ade bukti. kawan sekolah ainul, dia bukak blog ainul, dia tengok tajuk islamic sikit, dia dah tak bace dahh... terus ke entry lain. ainul tengok, sabarrrr je la. 

apa nak jadi kat sesetengah budak zaman sekarangkan? islamic sikit, dah taknak.
  
  

Kenapa blog saya jadi popular, berguna dan menjadi tumpuan?


blog ainul jadi POPULAR? sejak bila? tak pernah popular pun. 
okey, blog ainul tak popular la.... yang pasti ade orang follow. hoho... thank so much to my follower... 
love you. muah! muah! muah!. haha...
tak popular tapi nak menang jugak! boleh? *buat muka tak malu*


blog ainul BERGUNA? ouh, yeah! sudah semestinye berguna. haha, ainul perasan.
tapi betol, blog ni berguna bagi ainul sebab > 
* blog berguna sebagai tempat kongsi cerita hidup ngan blogger lain.
*  blog berguna untuk kongsi ilmu pengetahuan
* berguna untuk tambah kenalan.

yang pasti, blog PENAHATI ni berguna bagi ainul! yeay! ^_~
kadang2, ada citer yang dapat buat pengajaran untuk reader2 ainul. betol tak?

go down untuk mencuri tumpuan anda. :)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
AUUUUU CAK!!


  blog ainul menjadi TUMPUAN? hmmm.... mungkin kut.
tengok2, ade orang teropong sini!!!!  O_o
okey, mungkin blog ainul jadi tumpuan bagi sesetengah blogger yang suka membace entry2 islamic, 
datang blog ini jugak dapat tambah ILMU jugak tau. bukan ainul post entry kosong je tau....
 and menjadi tumpuan bagi blogger yang suke kongsi2 citer hidup jugak!. 
eh, yer ke? =="

 hoho.... blog ainul ade peminat. 
so, ainul ada bukti yang blog ainul jadi tumpuan dan berguna. 
thank for my reader yang memberi sokongan. :)

ainul nak cuit/tag mereka:

okey, stop di situ. esok nak pergi sekolah plak...
lastly, blog ainul tak POPULAR pun dan nak kongsi post ainul yang ini....

wassalam... take care.... :))

Tuesday 10 April 2012

salah tak kalau aku suka dia tapi dia tak tahu?

hai, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

huh, penat... cuti pun, macam tak cuti je.
ada latih kawad, dah la keje sekolah tak siap lagi. ngeeee..... #_#
penat, tau tak penat?!!!!

sebenarnye ainul nak tanye....
"jika" ainul sukakan seseorang, dan simpan perasaan tu. bermakna, orang tu tak tau ainul suka kat dia... 
ainul suka kat orang tu, tapi ainul tak cakap dengan dia. tak dekat dengan dia. hanya hati je yang sering berkata2. takpe kan? dosa tak? 
*diatas tu contoh saja... tapi kalau benar, salah tak?*

yang ainul tau, kalau orang tu tak tau kita suka dia, perasaan tu macam jihad jugak kan?...
bila kita mati, kita akan mati syahid. sebab kita tahan dari melakukan maksiat. betol tak?

senang citer,
salah tak kalau ainul suka orang tu tapi dia tak tau ainul suka dia? dosa tak?
yang tau hanya ainul dengan Allah saje... :))

♥ ♥ JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAMU ♥ ♥
Dia tidak akan MENYENTUHMU
sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG
sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MELIHAT AURATMU
sebelum menikah denganmu
Dia takkan menyebabkanmu
LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK..

^_^
___________________________________________

Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang
bukanlah tanda kita akan memilikinya.
Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita,
kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara,
mengawal dan mengurusnya.
Perasaan cinta itu amanah,
dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah..
sama-sama jagalah hati,
insyaAllah...
:)
syukran kerna sudi membaca,
Assalamualaikum. :))

Ketika ALLAH menciptakan wanita.

Assalamualaikum dan selamat menlajani kehidupan sebagai seorang hamba Allah... :)
harap, semua diredhai dan dirahmati. ^_~

pertama sekali, ainul nak ucap terima kasih pada ALLAH kerna membenarkan ainul berkongsi entry ni.
hope my reader happy2 selalu. :))


*teringin berpurdah*

Ketika Allah mencipta wanita,
Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang Aku ciptakan untuknya?" Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan dan berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati dan kesengsaraan... 

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...
Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...., Engkau membuatnya begitu halus dan lembut."

 "Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa."

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat.

Tuhan manjawab, " Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya"

Malaikat itu menyentuh dadanya,...

"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah dan rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

" Itu bukan kerapuhan,itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh menunjukkan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaanMu ini sungguh menakjubkan"

" Ya..., Haruslah!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...
dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

 Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
Mampu tertawa saat hatinya menangis...
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
Dia boleh melawan ketidakadilan...
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...
Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
Dia tahu sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka...
CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, " Hanya satu hal..., dia terkadang lupa betapa berharganya dia"




terima kasih kerna sudi membaca. ^_~
harap ada manfaat yang dapat dikongsi bersama.

sekian, wassalam....
may ALLAH bless you.

Sunday 8 April 2012

mana lagi lawa?

Assalamualaikum.
hmm... bosan, bosan.
kalau cuti jer.... mood macam tu dah la.

semalam ada orang giler mana entah kacau ainul.
dah la penipu, sikit2 nak marah ainul. pelik, pelik, pelik je...

ha, ni number orang giler tu. 0132762876
*sape penah kenal number ni, tolong kasi tau sape tuan punye number. 

time bosan2, ada plak satu idea. 

idea untuk buat header baru. ^_^

lawa tak header ni? 

atau....
 header lama lagi lawa?

mana lagi lawa????
okey, ainul pilih yang baru. 
kalau tak lawa, bagitau k.


sekian, wassalam. 
may ALLAH bless you

Thursday 5 April 2012

"terima kasih" balasku~

Assalamualaikum...
best sekolah? kerje sekolah mesti banyakkan?
haha.. same la.
penat tau jadi student ni, kena buat latihan la... nota la.... huh! penat2. *_*

time kat sekolah, dalam pukul 1 petang, kawan satu kelas ainul (laki) dia cakap kat ainul.
" ainul, tut.... kirim salam. kirim salam maut "
ainul pun jawab, " yer, ouh. waalaikumsalam. cakap kat dia terima kasih "

Why I say "thank you"?
because, tetttt!!! *diam sudah....

ainul tak pandai bahasa inggeris, tapi ainul tak pernah fail BI.
*jangan pandang rendah sangat kat ainul, okey!. kePANDAIAN dan keGAGALAN itu milik ALLAH, bila2 saje Dia boleh tarik balek kePANDAIAN anda dan memberi orang yang GAGAL itu KEJAYAAN*

okey,
untuk si kirim salam tu. guna "aku kau" k.

 " aku tau, aku tak la seBAEK kau. kau kan sampai boleh jadi IMAM BESAR, kira baek la tu.. kan?. aku ni, mana la boleh jadi imam kan? so, mungkin kau punye ilmu tu dah cukup, dan mampu mengkirimkan salam maut untuk aku.
disebabkan ilmu aku tak cukup dan tak sebaik macam kau, so aku ucapkan "terima kasih" je la... 

lastly, aku doakan kau hidup bahagia dengan orang yang kau sayang yer. 
aku takkan 'ganggu' kau dengan dia lagi k. 
aku tau, kau bukan suka aku ganggu kau time chit chat ngan dia.
perasaan kau untuk dia, tak pernah berubah. aku tau itu. 

sebelum terlupa, aku mohon maaf kat kau sepanjang aku kenal kau. harap kau maafkan aku.
good luck " :))

*tulus ikhlas dari ---> ainulmardziah.

sekian, wassalam...
may ALLAH bless you. :)

Tuesday 3 April 2012

Andai Lelaki Tahu.....





♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya

*Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian.

*perkongsian ilmu bersama*
May ALLAH bless you. :)

Sunday 1 April 2012

seindahCINTAISLAM

Bismillah..... ^,^


~BUAT CALON IMAMKU~

untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, manja, mengada, dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat..

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita
di dunia dan di akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu
yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Insya Allah. Amin Amin. hanya ini yang ku pinta.
______________________________________

Wahai akhi pujaan qalbu,
Kiranya diriku mencintaimu kerana Agamamu,
Janganlah risau serta ragu,
InsyaAllah aku tetap akan menantimu,
Kiranya ini yang terbaik pada pandangan Rabbku.

Memang ada yang lebih tampan darimu,
Memang ada yang lebih berharta darimu,
Memang ada yang lebih berkedudukan darimu,
Namun yakinlah semuanya pasti sirna ditelan waktu.

Bagiku engkau adalah ANUGRAH dari Penciptaku,
Kerana Dialah yang mencondongkan hati ini untuk menerimamu,
Dialah yang Maha Tahu serta menentukan segala sesuatu,
Setelah istikharah namun tetap engkau yang dipertemukan denganku.

Sabarlah menantikan waktu itu,
Kerana aku pun menanti sepertimu,
Walaupun banyak ujian menguji hatimu,
Namun yakinlah itu adalah untuk memantapkan hatimu,
Semua yang TERBAIK akan datang TEPAT WAKTU,
Sesuai KETENTUAN yang Maha Tahu,
InsyaAllah pasti akan dimudahkanNYA.

Ya Rabb...
Pemilik CINTA sejati,
Jika cintaku Kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya, Teguhkan imannya,
Tegarkan dan temanilah dia dalam penantiannya,

Jika hatiku Kau ciptakn untuk dia,
Penuhi hatinya dengan kasih-MU
Terangi langkahnya dengan cahaya-MU,
Kutitipkn cintaku pada-MU untuknya,
Resapkan rinduku pada rindunya,
Mekarkan cintaku bersama cintanya,
Satukanlah hidupku & hidupnya Dalam Cinta-Mu..

Amin ya Rabbal Alamin...



manfaat bersama.. :)
ALLAH ade bersama anda disetiap nafas anda. <3