Saturday 21 July 2012

luahan hati, rase kesunyian. o_o

Assalamualaikum! 
hey, sebelum baca post orang ni... kamu buat ape tadi?
hmm.. oke, tak kisah lah kamu nak buat ape pun, asalkan berfaedah. :)

bosan, sunyi... 
tapi, aku tahu KAU ada disisi aku.
thank ya RABBI.. ^_^

"tik,tok,tik,tok"
 tengok jam.... sikit lagi nak bukak posa, sabar yer. :)

hmm... bosan sangat, ALLAH je yang tahu. 
bersyukur sangat2 sebab aku tidak kehilangan kasihNYA. 

rase nak luahkan sesuatu dari hati.
nak tau tak? taknak tau, takpe... tak paksa. :)
kalau kamu nak tahu, teruskan membaca ye. 
sayang kamu. <3

bila ainul duduk sorang2, pasti ainul akan berkhayal. takpun, ainul akan berfikir sesuatu. dan hati ainul pasti berkata.

**hati ainul cakap, dia rase rindukan seseorang, but... dia tak tau sape orang tu. 
hati ainul cakap, dia nak cari kasih yang MAHA ESA, tapi... awak, bantu saya cari cintaNYA. 
hati ainul cakap, ainul.... jom lakukan sesuatu yang mampu membuatkan umi abah kamu gembira. 
ainul berusaha... tapi, ainul perlukan bantuan orang lain juga. 
tak mampu lakukan sorang2. 

hati... kenapa kau lembut sangat? kenapa kau menangis?. 
untuk apa kau menangis? sakit ke merasa semua ni?
hmm.........

thank ALLAH, kurniakan aku hati... 
untuk sentiasa berzikir padaMU. 

maaf, dah takde mood.
arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!! ya ALLAH.
salam. 
**jaga hatimu, jangan biarkan ia bersedih**

Friday 20 July 2012

FADHILAT dan KELEBIHAN solat TARAWIH

Assalamualaikum.. ^_^
jawab salam tu... dapat tambah pahala kamu. 
hehe.. :P

dalam post "salam Ramadhan" baru2 ni, ainul ada cakap yang ainul nak kongsi dengan kamu tentang FADHILAT and KELEBIHAN solat TARAWIH kan?

so... kali ni, ainul tunaikan kata2 ainul tuu...
jom baca ramai2!!! 
kalau rajin, salin sekali...dapatttttt tambah PAHALA. 
hehe.. :P
 
Sayidina Ali Abi Talib r.a meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah s.a.w iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda yang maksudnya,

*Malam pertama
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
*Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya
*Malam ke 3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semuga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka
*Malam ke 4
Memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang menbaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran
*Malam ke 5
Dikurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Majidil Aqsa
*Malam ke 6
Dikurniakan pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa agar diampunkan dosa-dosanya
*Malam ke 7
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolongnya itu menentang Fir’aun dan Hamman
*Malam ke 8
Dikurniakan pahala sebagaimana pahala yang dikurniakan ke atas Nabi Ibrahim a.s
*Malam ke 9
Dikurniakan pahala serta diangkat ibadahnya seperti Nabi Muhammad s.a.w
*Malam ke 10
Dikurniakan ke atasnya kebaikan hidup di dunia dan akhirat
*Malam ke 11
Meninggal dunia di dalam keadaan seperti ia baru dilahirkan
*Malam ke 12
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan mukanya bercahaya
*Malam ke 13
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan
*Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikannya serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkannya
*Malam ke 15
Malaikat-malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan memohon agar Allah S.W.T mengampunkannya
*Malam ke 16
Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
*Malam ke 17
Allah S.W.T menulis baginya pahala sebanyak pahala para nabi-nabi
*Malam ke 18
Malaikat akan menyeru, “Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah S.W.T telah redha ke atas mu dan ke atas kedua ibubapa mu.”
*Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus
*Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan ke atasnya pahala sekelian orang yang mati shahid dan orang yang soleh
*Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga daripada cahaya
*Malam ke 22
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut
*Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya
*Malam ke 24
Dikurniakan ke atasnya pahala dua puluh tahun ibadat
*Malam ke 25
Dilepaskan dari seksa kubur
*Malam ke 26
Dikurniakan ke atasnya pahala empat puluh tahun ibadat
*Malam ke 27
Dikurniakan ke atasnya kemudahan melintasi titian sirat seperti kilat
*Malam ke 28
Allah S.W.T menaikkan kedudukannya seribu darjat diakhirat
*Malam ke 29
Dikurniakan ke atasnya pahala seribu haji yang mabrur
*Malam ke 30
Allah S.W.T memberikan penghormatan kepadanya dengan Firman-Nya, “Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar.”

Selain dari fadhilat-fadhilat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih dan Qiamulail di malam bulan Ramadhan sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w

SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH!!

sekian, wassalam... ^_^
**KUATkan IMANmu**

Salam Ramadhan!! ^_^

Assalamualaikum. 
apa khabar semua? sihat? 

kali ni, semangat nak menaipnye lebih sikit! sebab......
sape tahu? ^_^
sapa yang tak tahu tu, nanti kamu akan tahu jugak!.

oke, ainul rindu giler2 la.... 
RINDU sangat2... Ya ALLAH.... 
bila datangnya, hadirnya dia dalam hidup ainul ni...
SUBBAHANALLAH!!!! rasa happynye, tak dapat digambarkan. 
rase nak lompat2 jer! 
rase macam nak terjun menara KLCC tu, lepas tu panjat balek dan terjun balek. 
(rasenya dah takde nyawa kalau terjun KLCC tu) huhu...

oke, sambung feeling balik!
Ya ALLAH!!! SYOKNYA dapat bertemu dengan bulan yang teramat MULIA ni. 

YA ALLAH!!!!!!! RINDUNYA PADA BULAN RAMADHAN ni!!!. 
thank sangat2 Ya ALLAH sebab masih membenarkan aku bertemu dengan bulan RAMADHAN ni!!
Ya ALLAH!!!! HAPPYnye. syok gilak!

dalam bulan ramadhan ni,... banyak gile kebaikan and PAHALA yang kamu boleh dapat. 
so... ape tunggu lagi, jom CARI PAHALA!
bukan selalu dapat jumpe bulan RAMADHAN ni... 
kite gunakan masa yang ada ni, untuk cari PAHALA banyak2. 

kamu nak tahu kelebihan di bulan ramadhan ni? 
ainul nak kongsi beberapa kelebihan yang ainul tahu ngan kamu, 

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."


1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.  Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."


(Riwayat Imam Ahmad)

kamu dah baca, so.. kamu kena ambil tahu! 
PAHAM? hehe...  
lastly... ainul nak ucapkan 
  solat TARAWIH jangan lupa tau!! 
banyak jugak kelebihan solat tarawih ni... nanti ainul kongsikan kelebihannye...
tapi, di lain post k. :)

sekian, wassalam..
 moga diredhai dan dirahmati. ^_^
**moga dipermudahkan amalan kebaikan yang anda ingin lakukan.**