Friday 14 December 2012

kahwin, kahwin and kahwin!

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum. ^_^
hehe... ainul baru bangun dari kejatuhan diri sendiri. 
so..., hidup lebih semangat dengan bantuan ALLAH. 

bola?
ainul tengok!!!! Malaysia kalah! 
hehe.. takpe, bukan rezeki kite. tu la... penyokong tengok bola tak ingat solat, tak berdoa. macam mana nak berjaya. :P
pape pun, terima je la takdir. tak perlu salahkan orang lain. 
Allah lebih mengetahui. ok? 

*menang kalah, adat perlawanan*

I think, lari tajuk la. hehe... tadi mukaddimah.
*ini blog saya, suke hati saya nak buat apa. :P

tengok balik tajuk? kalau dah rasa lupe tajuk la... hehe
kahwin?! 
kenapa? nak kahwin dah ke? tengok pula umur ainul?
berapa umur ainul? hehe... awalnye?.

mana ada nak kahwin, muda lagi la...
nak belajar dulu. banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. 

but, bile balik kampung. 
20 / 12 / 2012 ni, acu ainul kahwin.
oh my God! 

dalam family umi ainul, acu ainul anak last. dah kahwin.
sebelah abah ainul, pakcik ainul pun dah kahwin. 
semua dah kahwin. habis tu? kenapa dengan ainul?

alaaaa.... takkan you all tak tahu? tak pernah rasa ke? tak pernah ditanya oleh sanak-saudara ke?
hmmm.... kalau semua dah kahwin, tok dengan tokwan ainul tanye pulak cucu putri dia yang sulung ni.
"ainul bile nak kahwin? 
tak payah belajar... nanti dok kat dapo jugak.."

tapi, ainul rase nak belajar jugak. 
nak kerja, nak bantu suami ainul jugak nanti. 
sebab dunia sekarang ni. dengan ekonomi yang tak teratur.
harga barang meningkat, gaji pekerja sikit. so, suami isteri kena bekerja. 

dalam fikiran ainul macam tu la... hehe. 
apa-apa saja yang you all fikir, biarlah mampu memberi kejayaan kepada diri you all.
okey? 
fikir-fikirkan... dan selamat beramal.

salam semanisenyumanmu. ^_^

Saturday 8 December 2012

jaga diri baik2.

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum.
 and hye or hai or hello! hehe.. ^-^
hmm... pertama sekali, ainul buka dashboard. pergi dekat post lepas-lepas tu.
and WAW! I see, post pasal warkah cinta paling ramai orang view. 
huhu.. THANK FOR ALL yang sudi view tu.. 
*satu senyuman manis saya beri pada anda. 
or
saya beri senyuman yang menawan
(pilihlah senyuman mana korang nak) :P

huh! penat... 
baru habis kemas beg, nak pergi oversea. 
oh! OVER sangat!. :P

btw, oke. nak pergi langkawi kan? 
atau pun nak pergi mana-mana je la... 
take care okey? jage diri, jage iman, jaga hati.
ingat ALLAH!.

*segala kebahagian, segala rezeki datangnye dari ALLAH.
so, bersyukur lah...
Alhamdulillah.

opss!.., sebelum terlupa. jangan lupa bawa balik coklat satu bag untuk ainul oke?
OVER! hehe.. ^_^
sekian. 
salam semanisenyumanmu. ^_^

Tuesday 4 December 2012

Warkah Cinta.

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum. ^_^

hehe.. apa khabar? apa you all buat cuti-cuti ni?
sebelum, mulakan citer. mari kita sama-sama tadah tangan.
untuk mendoakan kesejahteraan saudara kita di GAZA.

"Ya ALLAH, selamatkan lah saudara-saudara kami di gaza. 
sungguh mereka hambaMu yang amat memerlukan pertolongan dan perlindunganMu."
Amin.... :)

Alhamdulillah, moga doa kita dikabulkan. 

today, ainul nak kongsi pasal cerita ni.
you all pernah tengok tak cerita ni tak?,
V
V
v
*Warkah Cinta*

  fisrt time ainul tegok citer ni time 27/11/2012. tapi citer ni start pada 20/11/12 disiarkan di TV al-Hijrah, pada pukul 8:30 malam. setiap hari SELASA - KHAMIS. 
Sebenarnya cerita ni diadaptasi dari sebuah novel yang bertajuk Warkah Cinta Berbau Syurga, hasil karya A.Ubaidillah Alias. 
tengok iklan citer ni macam best. So, malam tu ainul tengok la.. Bagi ainul best la jugak sebab pelakon utama dia...  hehe.. ^_~

JOM tengok!, siapa pelakon utama citer ni..
v
v
v
v
v
v
Pelakon-pelakon utama cerita ini adalah ..................................

> Imam Muda Nazrul Izwan sebagai AMIR Mukhlis
dan Heliza helmi sebagai WARDAH.  :) 

dan bawah ni antara pelakon-pelakon cerita ni jugak,

*hehe.. nice.. ;)

dekat post kali ni jugak, ainul nak kongsikan jugak sinopsis citer ni;

 
Amir Mukhlis
adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan memberitahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya amat tinggi terhadap pelajaran.

Wardah pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya mempunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama. Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu, beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi tauladan kepada keluarganya.

Dari konflik keluarga itu membuatkan Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil langkah pro aktif dengan meminta sepupunya Rahim yang belajar di sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan status penghafaz al-Quran.

Dalam diam, Amir menghormati Wardah dan mengkaguminya disebabkan Wardah dalah antara pelajar terbaik sekolah Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian, namun Amir tetap menggantung jawapan.

Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah, Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti itu tidak mampu meyakinkan Wardah. 


sinopsis seterusnye, tekan Warkah Cinta ni yer... 


salam semanisenyumanmu. ^_^