Wednesday 20 February 2013

la tahzan :'(

DUHAI HATI...

Jika kamu merindui dan mencintai seseorang...♡♥
Maka BISIKAN lah kerinduan itu dalam tadahan DOA' mu pada ILAHI..♡♥

Dan mengertilah wahai hati....♡♥
Jika orang yg dirindui itu yang terbaik buatmu...♡♥

Maka ALLAH akan memBISIKAN kembali pada hatimu...♡♥
Dan hati org yg dikau sayangi itu dengan panggilan JODOH...♡♥

Semoga Allah beri rahmat untuk setiap CUBAAN.... 
Memakbulkan DOA di setiap PERMINTAAN.... ♥
Di malam yg sepi...

senyum taw! xmaw sdeh-2 lagi ek, senyuummm =)
KADANG-KADANG....

♥~ Yang kit DAPAT, tidak semestinya yang kita SUKA..
Yang kita MINTA, belum tentu yang TERBAIK buat kita..
Yang terbaik buat kita, tidak semestinya yang ALLAH suka..

♥~ BELAJARLAH REDHA apa yg KITA ADA,

Allah menguji kita dgn sesuatu yg SANGAT KITA SAYANG lalu diberi oleh-Nya cubaan KEHILANGAN.. :'(
♥~ LA TAHZAN!,
Allah juga menguji kita dengan SEBUAH IMPIAN yang amat kita harapkan tetapi kiita terduduk berlinangan air mata saat IMPIAN KECUNDANG.. :(
♥~ PERCAYALAH.....!
walaupun ditariknya NIKMAT yang ada, DIA sebenarnya sedang MENGATUR SESUATU yg LEBIH INDAH DAN BERHARGA.. =)
♥~ JANGAN BERSEDIH...
Dunia ini TIDAK SELAYAKNYA untuk kita TANGISI TERLALU LAMA
Sehingga kita lupa yang kita sebenarnya sedang bersedih di dunia yg sementara.
♥~ JANGAN kerananya, KITA LUPA AKHIRAT KITA..
BANGKITLAH....! sedarlah dari lena yang terlalu lama...
* Tinggal kenangan~
ALLAH tahu apa yg terbaek utk hambaNya..

Gadisku ^_^

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Gadisku…
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Gadisku…
Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.

Gadisku…
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”. Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku…
Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.

Gadisku…
Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”

Tuesday 12 February 2013

Durian Crepe

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum..
hoho.. laju je jari jemari ni menaip..
macam dah biasa je. booo... memang dah biasa!

diri ainul dah tak terurus dah sekarang. sakai!
macam mayat hidup dah. 
lantak.... aku tak kisah pun. diri aku, bukan diri orang lain.

pape pun, hari ni. ainul balek asrama. 
macam biasa, masuk asrama sebelum pukul 6.00 petang.
so, ainul mesti sampai pagar asrama pukul 5.59 petang!. 

awak... kol la saya, sebelum balek asrama. grrrr!!! 
naik gila aku!

oke, kembali ke tajuk asal...
**DURIAN CREPE**

penah makan tak? mesti pernah kan.
first time ainul makan durian crepe ni, tahun lepas. bulan 12.
time tu popular gile durian crepe ni.

mula-mula ainul tengok, wah!!! macam durian la bentuk dia.
dalam hati, *atototo... comeinye bantal ni...
sebab kecikkan? nampak macam bantal. COMEL!

bulan satu tahun ni, ainul pergi belanja buat durian crepe dengan buat pavlova.
pavlova tu kan, sedap giler!!! 
macam gula-gula kapas. memang sedap la.. di hias dengan buah-buahan segar.
sebab tu kalau dipasaran harga dia mahal.

ha! ni la pavlova.. bagi siapa yang tak pernah tengok.
*naik juling mata ainul, nak cari gambar pavlova yang lawa*.
biasanya, dihias dengan buah yang mahal seperti kiwi dan strawberry.
nyam,nyam.. sedapnye... 
nampak tak bawah dia berkerak. makan je, rasa rangup. sedap. taktau nak citer bagaimana sedapnye.
you all cuba lah sendiri.

dan sekarang, my favorite cake is PAVLOVA.
PAVLOVA
oke, dah lari jauh ni..
patah balek. kembali pada tajuk....

cuti tahun baru cina ni,
acik ainul ngan husband dia suruh ainul buatkan durian crepe.
husband acik ainul pandai masak. tapi, mereka baru je dapat cahaya mata. jadi mereka tak sempat nak buat durian crepe tu. 
last-last, ainul juga yang mereka cari... 
dah biasa dah.. dari sebelum kahwin, sampai lah dah kahwin. pape pun, mesti acik ainul ni cari ainul.
 untung duduk asrama, kalau tak kena jaga anak acik cik plak.  >_<
 
semalam semangat nak buat durian crepe ni,
umi ainul ronda-ronda dekat bangi ngan kajang ni... tak jumpa-jumpa pun durian. sedih jer.. :(
tapi, guna buah lain pun boleh. macam buah mangga, anggur and more.

tapi, kalau guna durian lagi sedap ainul rasa.
so ainul cadangkan.
"umi, guna la tempoyak.. dalam peti ais tu kan ada tempoyak"
umi ainul cakap,
"hang toksah dok buat gila, mana ada orang buat durian crepe guna tempoyak"
ainul pun, "ouh oke.... "

idea ainul tak munasabah... lantak la. 
takde durian, tak payah buat. senang. 

oke, dah habis citer. 
sekian, salam semanisenyuman ikhlas dari hati berbentuk love. <3

Monday 11 February 2013

tak tahu nak bagi tajuk apa.

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum..
selamat bercuti semua!! bagi diri saya dan sesiapa yang bercuti.
bagi sahabat2 di KEDAH dan siapa yang sudah bersekolah, sila pergi sekolah.
dan kepada abang kakak yang dah bekerja... 
cari lah rezeki yang halal buat dirimu dan orang yang tersayang.

kalau dah dapat gaji banyak2, belanjalah saya makan. :D
*muka tak malu.. 
kerja makan je... badan tak besar2, kecik tu jugak..

ainul tak tahu nak bagi tajuk apa.
kali ni, ainul nak cerita je pape pun, ikut suka hati ainul..
blog ainul ni takde la mcm blog orang lain..
bila di tinggal lama je... mesti berhabuk!
hassssssssssiiiimm!!!! 
ha, bersin sudah.  bukan atas faktor berhabuk k. 
^_^

blog ainul walaupun ditinggal, ada bibik yang sentiasa bersihkanye.
setiap hari.. 
macam perut kita yang laparkan makanan setiap hari..
samalah macam pokok, kena siram setiap hari.
samalah dengan ALLAH... rindukan tanggisan hamba-hambaNya setiap hari.
samalah seperti Allah memberi nikmat selagi kita hidup, setiap hari.
samalah seperti nikmat IMAN dan ISLAM dalam diri kita.... 
SETIAP HARI!

best plak cakap perkara yang diulang2 kan ni..
yer.. manusia perlu sentiasa diingatkan dan saling mengingati.

nak masuk citer lain plak,
follower ainul dan 200 orang!!!!!
ohsem! haha.. saja nak gelabah sikit. banyak pun takpe... =.="
suka hati ainul la nak menggelabah banyak ke sikit, blog ainul kan....
ada aku kesah?!

thank sudi jadi teman blogger ainul. >_<
kedatangan anda dialu-alukan dan dirai-raikan. :)

tengok la teman blogger ainul yang ke-200..
happynye dia.. thank follow me.. ^_^

dan lagi satu,
tuan puteri kasih mungkin datang dari gunung ledang.
dan puteri salju versi malaysia punye
selalu usha blog ainul. 
eh, malu la saya.... *_*
haha.

tu la teman blog yang selalu ainul tengok dekat cbox ainul ni. 
blog puteri ni, setiap hari diupdate! 
so, mesti takde sarang tebuan dekat situ.. apatah lagi habuk. 
haha. :D

oke... sila tepuk tangan.
habis dah citer.. 
*ainul tak tahu nak update apa.
asalkan ada manfaat? dapat pahala kongsi ilmu.

sekian, salam semanisenyuman dari hati yang berbentuk <3


Sunday 3 February 2013

asmara

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum.. 
buat yang masih bersekolah, malam ni tidur awal k.
esok nak bangun awal, mandi solat pergi sekolah tuntut ilmu. 
mantop! 

samalah yang nak ambil STAM k..
masih dikira bersekolah. jangan bangun lambat plak. :P
pape pun, saya tahu anda memang suka bangun awal. ikut sunnah nabi k. ^_^

hehe.. 
tengok tajuk ainul. ASMARA?
haha... sebenarnya ainul nak taip ASRAMA...
tetiba tertaip asmara... Astagfirullahalazim.... 

dah terbiasa kalau nak tulis asrama, mesti tertulis asmara. 
huh! harap dalam exam jangan ada yang silap. 

sepatutnya petang ahad ni, ainul masuk asrama,
tapi..., barang ainul satu apa tak siap lagi.
malas la... nak kena pilih baju mana yang sesuai untuk bawa ke asrama. 
pastu, kena lipat2 masuk dalam beg. 
dah sampai asrma, kena kemas baju2 tu masuk dalam loker.
huh! banyak kerja kena buat. 
malas gila! padahal tak gila pun. :P

so, ainul buat keputusan sendiri.
esok hari isnin petang baru ainul pergi asrama. 

pastu adik ainul yang form1 ni, 
nanti dia akan pindah, sekolah sekali dengan ainul. tak sukanya.

dia bagi cadangan, takyah basuh baju... sumbat dalam beg plastik.
bawak balik rumah. basuh dekat rumah.
heloo!!!!!!!
mung ingat aku malas sangat. tak pernah cik buat macam tu k.
mung boleh la... buku pun tak pernah tersusun. bersepah atas lantai. muka ja cantik.
sabar je la dengan adik yang sorang ni. 

dia bagi cadangan macam tu sebab
rumah ainul dengan sekolah dekat je... everyday boleh jumpa umi abah.
saja gedik nak duduk asrama. padahal umi yang suruh duduk asrama. 
bukan kerelaan hati yang berbentuk love ni..<3

pape pun yang berlaku.
kamu jaga diri baik2 k... belajar! jangan buat hal. cepuk kang. :P
nanti jumpa kawan baru, jangan lupa orang.
gigit hidung kang. :D

thank sudi baca, salam rindu dariku buatmu.. ^_^

Tarikh Peperiksaan UPSR,PMR,SPM,STPM,STAM 2013

*Dengan lafaz bismillah, ku mulan bicara*

Assalamualaikum semua..
tahun ni ainul salah seorang calon SPM. 
waw! tengok cara macam takmau ambil exam je. =..='

tadi ainul jalan-jalan cari ilmu dekat rakan-rakan blogger ni kan.
so, ainul terjumpa ni.....

peperiksaan 2013

Jadual dibawah adalah untuk memudahkan pelajar mengetahui tarikh sebenar peperiksaan awam yang akan berlangsung tidak lama lagi pada tahun ni. Semoga jadual dibawah dapat dijadikan rujukan buat semua calon yang akan mengambil peperiksaan awam tahun 2013. Persediaan awal adalah sangat penting bagi setiap calon untuk menjawab peperiksaan kelak.

UPSR 2013 - 11-13 September 2013
PMR 2013 - 8-12 Oktober 2013
SPM 2013 - 12 November 2013 - 12 December 2013
SPM (Ulangan) 2013 - 18-19Jun 2013
STPM 2013 -  20-23 Mei 2012 dan 6-18 November 2013
STAM 2013 - 17-19 Oktober 2013
 
hati ainul tertanya-tanya..,
exam SPM ada ulangan ke? takkan nak jawab exam 2kali?
 kalau jawab 2kali, memang hampir semua dapat result yang terbaik la.

bukan SPM ada sekali je ke dalam hidup? 
hmmm.... confuse. :3

sekian, thank sudi baca. :)