Friday 1 March 2013

Allah, sweetnye.. :)

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

 Assalamualaikum.. 
alhamdulillah... bersyukur sangat-sangat kehadrat Illahi...
you know why?

because, ainul dapat pergi ke peringkat zon untuk pertandingan tilawah al-quran.
waw! happynye!!!...... ^_^
ainul tak dapat johan dalam tilawah peringkat sekolah, tapi macam mana ainul boleh ke peringkat zon?

oke, jom baca kisahnye... 
pada awalnya, ainul masuk 3acara... tarjiz jenazah (jadi si mati), 
marhaban, tilawah al-quran.
banyakkan?
tapi, kawan-kawan cakap, ainul pilih mana satu yang betol-betol kau nak, yang lagi 2 tu, bagi pelajar baru masuk. sebab kiteorang takut kau terkejar-kejar. 
time tarjiz nanti takut takde jenazah plak. jenazah kena pergi baca Al-quran.
tahu la kau nak mati dalam iman... :)

kawan ainul cakap lagi. tapi.., kalau kau sempat habis tilawah, datang la marhaban. 
aku taknak pelajar baru ganti kau... 

haigoo.... kalau jenazah tu, semua orang boleh jadi. ainul tak kisah kalau tinggalkan tu.
tapi marhaban... korang kena yakin walaupun budak baru tu senyap je.. in syaa ALLAH.. dia mampu beri kerjasama. kita kena yakin itu.
 dan akhirnya, thank kawan sebab boleh terima budak baru tu.
dan benarkan ainul fokus dalam satu acara sahaja.

hari Rabu, 27/2/2013
di pagi hari, masih mampu bertenang. bersama sahabat debat.


sekolah agama men. sg. merab luar mengadakan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat sekolah.
alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. 

tilawah al-quran, saingan ketat ainul dengan firqah ali (rumah kuning)
alunan ayat suci al-quran yang merdu dibaca oleh hajar, junior ainul.
maaf, gambar hajar takde. 

just gambar ainul je yang ada. 
hati dup,dap,dup,dap.. berdebar.
 ainul sedar akan beberapa kesalahan yang ainul baca, ada yang sepatutnye baca pendek ainul terbaca panjang. 
sebab sepanjang latihan, ainul selalu baca panjang. so, time pertandingan pun terbawa-bawa kesalahan tu.
maafkan aku ya ALLAH... 

habis tilawah, tertanya-tanya siapakah johan?
soalan itu terjawab pada keesokan harinya.

Khamis, 28/2/2013

perkara pertama yang ainul nak tahu pada hari ini adalah,
keputusan tilawah al-quran. sebab ainul nak johan, ainul nak pergi peringkat zon. 
sebenarnye, ainul nak pergi peringkat zon je.. tapi, kalau nak ke zon mesti kena dapat johan.

sepanjang penantian keputusan, hati ainul berkata-kata. 
"kalau ainul dapat johan, ainul akan sujud syukur.. kalau sebaliknya, ainul taknak sujud syukur."
 
bila diumumkan keputusan..
tilawah al-quran menengah atas
tempat ke-3 : firqah abu-bakar *merah
naib johan : firqah umar *biru
johan : firqah ali *kuning

Allah... memang aku dapat mengekalkan kedudukan aku..
ainul dah cakap, kalau ainul tak dapat johan untuk ke zon ainul taknak sujud syukur. 
namun, hati ku tetap meronta. setelah ainul mengambil hadiah, keluar pintu dewan. terus ke surau.
menang atau kalah, itu ketentuan ALLAH, bersyukur lah...

takkala sujud menghadap Illahi, air mata mula mengalir.
Ya ALLAH...akhirnya, aku redha atas ketentuanMu. mungkin ini yang terbaik buatku. 
aku tidak akan bersangka buruk padaMu.
pasti ada yang terbaik buatku.. 
amin... moga kejayaan dalam kehidupanku dapat memberi kebahagian buat kedua ibubapa ku.
 mungkin johan bukan milik ainul, namun cukuplah naib johan.
ainul terima ketentuan ALLAH. 
ainul nak pergi peringkat zon... dari tahun lepas lagi ainul inginkan tu.
Allah.... :'(

Jumaat, 1/3/2013
di asrama, sebelum pulang ke rumah..

"kak ainul....", panggil adik junior ainul, hajar.
"boleh tak gantikan hajar tilawah al-quran peringkat zon?"
aku pelik,  dan terus bertanya. "kenapa? hajar masuk acara apa lagi?"
hajar, "hari KAMIL peringkat zon tu hajar kena pergi kem"
"tapi hajar, kak ainul tak yakin..", memang ainul gembira dapat ke zon ketika itu, namun hati tetap tak yakin hanya disebabkan kekalahan.

ya ALLAH, satu perkara yang betul-betul aku tidak sangka.
 sunggh ketentuanMu itu amat indah. aku tahu, Kamu tidak akan biarkan hambaMu dalam kesedihan.
bantulah aku, berilah aku keyakinan untuk keperingkat seterusnya.
terima kasih ya ALLAH.
walau apa pun yang anda dapat, bersyukurlah..
pasti ada yang lebih baik akan menanti yang pasti tidak pernah kita jangkakan.
Alhamdulillah, akhirnya...
ainul dapat juga ke peringkat zon. 

Engkau lebih tahu yang terbaik buat diri aku.
sweetnye kejutan dari Allah.


ustaz ku, ayah kedua ku...

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus bernafas untuk merasai nikmat iman dan islam. ^_^

ustaz ku, ayah kedua ku?
hehe.. mesti ada yang sangkakan umi ainul kahwin dua, sebab tu ainul ada ayah yang kedua..
tidaklah... jangan bersangka begitu.

cikgu-cikgu ainul, ustaz-ustazah ainul... 
semuanya ibu dan ayah kedua ainul.
ainul sayang mereka semua sangat-sangat!
:*

tapi.., ainul sedih. 
baru balik asrama, buka facebook.
tengok wall post.

mata ainul terus focus pada gambar ni... 
bibir mula ukirkan senyuman... hati mula berbicara, "ya ALLAH...rindunye" :)


*ainul kalau nak baca sesuatu, ainul suka tengok gmbar dulu.. 
pastu, ainul akan baca ayat akhir sekali. kalau nampak macam menarik, baru ainul baca dari awal sampai akhir*.

ayat akhir yang ainul baca, 
ust. harun dalam kenangan
hati ainul terus bertanya, "apa ni?..."
ainul baca ayat sebelumnya... "Al-fatihah" 

**ya ALLAh... lemah hati aku untuk terima semua ni..
rindu ainul buat ustaz, yang telah ku anggap sebagai ayahku telah tinggalkan aku..
beliau sungguh baik. pejuang agama ysng hebat. dan ku berdoa, tempatkan beliau bersama orang-orang yang beriman. amin...**

mengalir titisan jernih dari kelopak mata. 
ya Allah.. tenangkan hatiku dengan mengingatiMu, supaya aku mampu menerima ketentuanMu. 
macam mana dengan mama? abah dah takde. teringin menjengok mama di yayasan. 
rindu sangat... 
abah bukan tinggalkan ainul sorang, abah tinggalkan semua putri-putri yayasan.
bagaimana dengan yayasan? 
mesti tidak akan bergema dengan suara indah abah lagikan?
pasti putri-putri yayasan sedih atas pemergian abah.
bagaimana dengan kuliah maghrib?
pasti tiada lawak jenaka yang mampu diukir oleh bibir manis putri-putri yayasan. 
tabahkan hati, kuatkan semangat
yayasan harus terus maju, mantapkan AKIDAH. tegakkan ISLAM.
jadilah putra-putri yayasan yang cemerlang akidahnya, kuat imannya.
jadilah pejuang ISLAM wahai putra-putri yayasan. 
tentu ustaz lebih bahagia disana.
senyum, walaupun hati bersedih. :')
redhakan pemergian ustaz.
abah, Allah lebih menyayangi abah. 
berbahagilah disana. moga abah bersama orang yang beriman berada didalam syurga yang indah.

kerinduan jelas terasa buat ayah kedua ainul.
beliau lah ayah ainul bila ainul dekat yayasan. 
dekat kedah, ainul jauh dengan keluarga. 
selalu kongsi cerita dengan abah ngan mama..
kebanyakan pelajar putri memanggil ustaz harun 'abah', dan isteri beliau 'mama'. 
tapi, sekarang abah dah takde... 
abah tinggalkan ainul. 

rindu..... 
ingatkan boleh bertemu lagi di bumi yayasan. 
namun, tidak kesampaian. takpe lah, ainul doakan kesejahteraan abah k. :')
"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati" (surah Al-Anbiya' : 35)
 seorang ustaz yang baik, peramah.. sentiasa mengambil berat. 
seorang pendidik yang ikhlas dalam menjalankan tugasnya.
pejuang agama yang tabah.
teguh hatinya ketika ditimpa musibah. 
tenang melayan kerenah putra-putri yayasan.
tidak mengejar duniawi..
dan sentiasa mengingatkan pada akhirat. 
alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH... atas pertemuan yang cukup indah ini.
tempatkan beliau bersama hamba-hambaMu yang beramal soleh.

Al-Fatihah. :')