Sunday 26 May 2013

Wanita Syurga Bidadari Dunia. :)

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum semua!!.
luangkan masa rehat anda dengan perkara yang berfaedah tau. 
jangan tambah DOSA pula tau!
saya TEGAS ni... haha, poyo. 
 
tapi... ianye memang betol. ainul memang tak boleh tegas. 
nanti adalah orang yang gelak golek-golek tengok muka ainul yang tegas ni.. 
mungkin mereka-mereka tu tak pernah kenal ainul dengan sifat yang garang bak singa.
haha..

oke, lari tajuk.. 
sebenarnya ainul nak kongsikan satu lagu ni dengan you all..
harap beri manfaat.

you all dengar lagu ni sampai habis tau.. 
in syaa ALLAH beri manfaat. 

first time ainul dengar lagu ni... tersentuh di hati. 
ainul tahu diri serba kekurangan, bukanlah wanita solehah.. namun semua kaum hawa ainul rasa ada niat untuk menjadi wanita solehah. benarkan?

ainul dengar lagu ni dekat wall kak Najwa Izzati. she my sister. ^_^
baik sangat orang, seorang yang bercita-cita tinggi serta bermatlamat hidup. 
bestla kalau jadi diri dia. 

tapi ketahui lah.. semua orang ada jalan hidup yang berbeza yang telah ditetapkan oleh ALLAH.
namun Allah Maha Adil, lagi Bijaksana.. Dia tetapkan semuanya berbeza tapi pada perkara yang sama..

ainul nak luahkan disini sedikit pena hati...,

awak.., kenali saya.. dan saya mohon.
bimbing saya untuk ke SYURGA, bukan ke neraka kerna saya rindukan tempat yang ISTIMEWA itu.
awak...,
selami jiwa saya, faham hati ini, ia amat DAHAGAkan KASIH Illahi.. bawalah saya kenali DIA.
awak..,
jangan tinggalkan saya dalam gelap. saya takut kerna saya takut sesat dari jalan KEREDHAANNya.
awak..,
kenali Al-quran, apakah yang terkandung didalamnya dan ajarkan pada saya ye? 
awak...,
 saya bukannya tidak tahu apa yang diajar oleh ISLAM, namun ILMU awak mungkin lebih banyak dari saya.
dan, sebab itu saya nak awak bimbing saya. 
dan akhir sekali,  awak....
sudikah awak jadi sahabat saya sampai ke SYURGA? ^_^

tak kisah la siapa awak tu.., tapi ainul nak yang membaca ni. kalau ainul ada buat silap tegur la...
kesian ainul terus jatuh dalam lubang yang sama. 

cikgu ainul cakap, umat ISLAM itu tak mungkin jatuh dalam lubang yang sama buat kali kedua. 
so, berikan tunjuk ajar kepada ainul ye awak?
**tenangkan hati.. ingatlah ALLAH.**

sekian, wassalamm.. :)

Saturday 25 May 2013

Apa Yang Israel Takutkan Pada Islam?

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara* 

Ketika Rombongan Syeikh Maulana Tariq Jamil Selesai Menunaikan Solat Subuh di Salah Satu Masjid Dekat Perbatasan (Al Hudud), tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam Masjid

Setelah melihat sebentar, lalu Tentera Israel itu langsung pergi ,.

Maka Syaikh Maulan Tariq Jamil menghampiri  tentera Israel itu dan bertanya ;

,-Apa Yang Dia Tadi Lakukan-,

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir Solat Subuh di Masjid..”~Kata Tentera Israel Itu~„

Syaikh Maulana Tariq Jamil dengan hairan bertanya ,

"Kenapa ?"

Tentera Israel pun menjawab, :

Di dalam Kitab Kami (Kitab Taurat)  ada tertulis.’

“Jika di seluruh dunia jumlah Orang Islam yang hadir untuk Solat
Subuh berjama’ah di Masjid adalah sama banyak dengan jumlah Jama’ah Solat
Jumaat, maka, saat itu Israel akan hancur"

“~Tetapi ketika tadi saya lihat di Masjid jumlah Orang Islam yang datang untuk Solat Subuh berjama’ah masih sedikit, maka, hati saya tenang, kerana Umat Islam pasti tidak akan dapat mengalahkan Kami”-

Wallahua'lam.

**walau sedikit manapun ILMU kamu, namun jika ia berguna buat orang lain. maka kongsikanlah ia.
tekan like jika ia satu perkara yang bermanfaat, dalam ISLAM dituntut untuk saling mengingati antara satu sama lain.**

sekian, wassalam.. ^_^

Kisah Wanita Tua Zaman Nabi Muhammad S.A.W Berulang Lagi

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW?

Seorang wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya,dengan keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda.

Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.

Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan itu ialah seorang wanita tua Yahudi.

Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tersebut. Tetapi wanita Yahudi itu mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tetapi keluarga warga Sudan itu terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.

Pada satu hari wanita tua Yahudi itu dirompak, lalu warga Sudan tersebut ternampak dan menyelamatkannya. Akibat kecederaan wanita tua Yahudi itu terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahinya, hanya warga Sudan itu sahaja. Tetapi wanita tua Yahudi itu masih tetap memarahinya.

Apabila sihat, wanita tua Yahudi itu kembali ke rumah, namun warga Sudan tersebut masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tua Yahudi itu tidak menyukainya.

Akhirnya wanita tua Yahudi tersebut jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital dan tiada sesiapa juga yang menziarahinya hanya warga Sudan dan isterinya sahaja. Dengan keperibadian Islam yang ada pada warga Sudan tersebut menarik perhatian wanita Yahudi itu, lalu bertanyalah kepada warga Sudan tersebut mengenai Islam, Akhirnya terbukalah pintu hidayah lalu wanita tua Yahudi itu memeluk Islam. Subhanallah….

Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua Yahudi itu tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.

Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi itu telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tersebut.

Firman Allah yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah: 195)
Islam menyeru umatnya berbuat baik sesama makhluk, baik berupa manfaat ilmu, harta benda dan juga yang berbetuk nasihat ke agamaan, sepertimana sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan atas setiap sesuatu.”

indahnya ISLAM, mampu membawa kita ke SYURGA.
sekian, wassalam.. ^_^

Friday 24 May 2013

kerana indahnya Madihah..

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamaulaikum.. ahlan wa sahlan. 

sing the song! *broken inggeris. I kisah plak.. :P
"bila yang tertulis untukmu,
adalah yang terbaik untukku, 
kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku"

oke, ikatan adik-beradik ainul memang erat, bagai air dicincang tak akan putus.
dari hasil perkahwinan umi abah, ainul mempunyai  6 adik-beradik.3 putera, 3 puteri...
 anak pertama, kedua and last 'hero'. anak ke-3, 4, and 5 'heroin'.

sekolah?
kalau boleh dari sekolah rendah sampai sekarang ni sekolah menengah umi nak kami belajar disekolah yang sama. senang sikit nak jaga.

jadi, bila adik ainul yang form1 tu masuk sekolah menengah yang sama.
mula la kawan-kawan pertikaian perbezaan antara kami, sedangkan kami sendiri tidak pertikaikan perbezaan antara kami walaupun sekecil kuman apatah lagi sebesar gajah..

kami bukan kembar, selang setahun kelahiran kami. so, apa yang perlu korang pertikaikan?
hanya sebab nama? kami bukan KEMBAR!
hanya kerana MADIHAH. tolonglah buka mata buka hati.
pasangan kembar pun tidak sama nama, perlu ke kami sama nama?
jangan berfikiran sempit. umat ISLAM harus BIJAK!.

kelahiran 3orang puteri, nama diberi atas perancangan umi dan abah.
*Ainul Mardziah bt. Zulkifli (mata yang diredhai / bidadari syurga)
*Auni Mardziah bt. Zulkifli (lemah-lembut serta diredhai)
*Aina Madihah bt. Zulkifli (mata yang cantik lagi terpuji)
umi dan abah hanya rancang anak-anak puteri dia diberi nama mula huruf A je...
bukan kerana MARDZIAH atau MADIHAH.  

Madihah itu lebih indah maksudnya buat adikku. tambahan pula, aina memiliki rupa paras serta mata yang memang cantik. sebab itu ianya berbeza.
jadi tak perlu dipertikaikan.

harap-harap, you all paham.
maksud nama kite semua indah.. bersyukurlah.
sekian, wassalam.. ^_^

doa mudah solat.

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum..
hari ni ainul nak kongsi doa dan cerita sikit. 
Alhamdulillah, Allah temukan ainul dengan doa ni dekat facebook.

JOM baca!

MACAM MANA NAK BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH....DIBEBEL...DAN DIPUKUL?
Photo: ‎MACAM MANA NAK BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH....DIBEBEL...DAN DIPUKUL?

Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. 

Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. 

Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. 

Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. 

Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...

Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya....

Maasyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap. 

Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah. 

Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita. 

Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. 

Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. 

Tak perlu disuruh.... 

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. 

Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa.... 

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah... 

solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan. 

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40 

Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....

[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. 

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

InsyaAllah... Jom Amal....semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat bersama....aamiinn...‎
Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat.
Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat.
Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.
Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’.

Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...
Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya....
Maasyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap.
Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.

Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.
Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.
Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat.
Tak perlu disuruh....

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..
Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”
Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.
Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa.... 


Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah...
solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.
Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40
Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....
[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"
InsyaAllah... Jom Amal....semoga kita semua rajin mendirikan solat bersama....aamiinn...

Thursday 23 May 2013

happy holiDay!!! ^_^

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamulaikum and HAPPY Holiday...
wahh!! bestnye cuti!,
but...

 cuti 2minggu. sekejap je...
pejam, celik. pejam, celik. dah nak SPM. Oh My God!!! :0
dan paling tak di lupakan, ainul dah nak masuk umur 17tahun. hehe... 
saya masih MUDA awak! 

rumah kata pergi, kubur sedang menanti.
moga kita semua mati dalam IMAN dan KEREDHAANNYA. amin...
*dup, dap! dup, dap! hati gementar bila sebut pasal mati... ketakutan amat jelas terasa. 
 T_T

pape pun, cuti ni banyak perkara yang perlu ainul fokuskan terutamanya SPM.
tinggalkan Facebook, handphone, twitter... *ada ke twitter? and blog? mungkin. haha!
tu niat cuti ainul sebab SPM bagi ainul tak lama lagi.
so, ainul taknak kecewakan umi dan abah. 
*tak sanggup tengok umi abah menangis sebab ainul gagal dalam hidup T_T
tolong doakan kebaikan untuk ainul k?

abah ainul pernah cakap, " ainul bukannya tak pandai.. semua anak abah pandai. cuma, ainul tak tahu nak gunakan kepandai tu dekat mana dan tak mahu tunjukkannya.
nak berjaya tak susah dan tak senang.. 
usaha ada, kejayaan pasti milik kita. 

nak dibandingkan angah dengan ainul, ainul lagi pandai.. 
angah orangnya biasa-biasa je.. cuma, tengok angah macam mana. sentiasa berusaha. hubungan dengan ALLAH, guru-guru, umi abah, adik-beradik dan kawan-kawan dia jaga. tak pernah nak berkira dengan hangpakan.. 
bangun pagi, qiam, baca buku.. hafal apa yang perlu dihafal.bantu umi.
tak pernah nak bazirkan masa dia dengan facebook semua ni.

berusaha sekejap je.. kalau dah berjaya tu.. hidup sendiri juga yang senang. 
umi abah bukan dapat pape kalau ainul berjaya, umi abah tumpang gembira je..
 yang selebihnya, kesenangan in syaa ALLAH dapat dekat ainul.
ambillah angah sebagai contoh terdekat. "

macam tu la serba sedikit nasihat dari abah ainul.
setiap kali nasihat, mesti sejam masa abah ambil, sebab ainul suka sangat set time bila abah bagi nasihat. rasa itu satu perkara yang best! sebab kalau lebih sejam je..., ainul mula la buat muka comel ainul ni. *haha, tolong jeles.  :P

ainul percaya dengan kata-kata abah ainul, sebab umi abah ni tahu kemampuan anak-anaknya.
 but, ainul ni lebih pada malas, sebab ainul tak berapa suka belajar. i don't know why?!.

ainul ni puteri sulong dalam family. *pahamkan disitu, ainul bukan anak sulong, but puteri sulong*
ainul rasa dalam tiga orang puteri abah umi, ainul la yang paling degil. dan dalam adik beradik dari abang long and angah sehinggalah azmi, ainul jugalah paling degil. 
dan ainul tak tahu datang dari mana ainul punya perangai ni. 
ya ALLAH... hiasilah diriku dengan sifat-sifat yang Kau cintai. amin...

ainul bukanlah seorang yang baik, tapi setiap INSAN itu ada niat untuk berubah kepada kebaikan.
sama-samalah kita berusaha. 
*alamak, umi dah tutup modem suruh tido, macam mana nak publish ni!!!!! 
tengok la kedegilannya ainul, tidur pun nak kena suruh.

Saturday 11 May 2013

Sayang VERSI ISLAMIK. :)

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum.. 
jika ada masa untuk bersama blog, in syaa ALLAH... ainul try kongsikan perkara yang berfaedah dan mungkin menyeronokkan! hehe.. ^_^

ainul merayap-rayap dekat FACEBOOK..
tup, tup.. terjumpe dengan video ni. I see.. and BEST! menarik, OHSEM.
hope my lovely reader enjoy. 


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu.

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan Tuhanmu.

sekian, wassalam... 
*may ALLAH bless you*