Friday 17 October 2014

Saya seorang pelajar

Assalamualaikum.

holla bloggers.. hihi.
macam mana hari anda? bagus?
jangan merungut.. ucaplah " Alhamdulillah.. " ^_^

sekarang, ainul berada di banda serambi Mekah iaitu Banda aceh, Indonesia.
okey.. you all... kalau tak tahu dekat mana tempat tu. boleh la search dekat google maps ya.

dah lama ainul tak meng"update" story kan? hihi.. sori..
susah la... rase malas. sebab keadaan kita di tetap orang dengan tempat kita sendiri sangat berbeza dan lain.
malas-malas pun, takkan sampai 4tahun tak di"update"nye... it's my " media dakwah." 

walaupun orang cakap, "alaa.. Indonesia je pun. sama je macam Malaysia"
" No! "
malaysia adalah malaysia.. 
dan indonesia adalah indonesia, ianya tetap berbeza,

kalau sama kenapa Allah jadikan bumi ni terbentang luas? kenapa tak jadikan satu tempat aja? kan?
sila ambil masa,fikir sejenak.

Alhamdulillah. telah sebulan ainul berada disini. dengan bertemankan semangat untuk berjihad dijalan dakwah. segalanya, hadapi dengan tabah.

ada la juga air mata menitis,tapi itu lumrah dalam perjuangan hidup hadapi dengan tabah.
 SENYUMlah kerna janji Allah itu pasti!
kini saya bergelar seorang Mahasiswa di UIN Ar-raniry, banda Aceh.

oh! ada gambar.. tengok la. hihi
sedang belajar di fakulti dakwah jurusan bimbingan dan kaunseling. insyaAllah..
doakan kejayaan saya ya.

dalam kelas yang serba kekurangan kami menimba ilmu, moga ada berkatnya 

susahnya berada ditempat orang, jangan pernah dipertikaikan. itu ujian dari Allah untuk hambanya..
nak berjaya, takde benda yang mudah.

lastly, insyaAllah..
doakan saya kuat dan tabah dalam jalan dakwah ini untuk agama Islam kerna Allah.

" Jom! tegakkan agama Allah "

Sunday 24 August 2014

eh, eh! Syawal Dah nak Pergi!!!

Assalamualaikum kalian.

entry kali ni, macam istimewa. 
nak menaip panjang ni, harap sabar membaca. 
boleh la kongsi-kongsi cerita.. :P
feeling excited. >_<

macam dah lama je tak update blog?, 
memang pun!.malas menaip laa... (mulut muncung, nada ngade2 sikit ye)
***********************
orang selalu post entry ucap "Ramadhan dah nak sampai, yeay!", feeling happy ^_^
tak pun 
"Ramadhan jangan pergi... insaflah.. hmm.." feeling sedih T.T
tak pun
.
.
.
.
.
.
"Selamat Hari Raya!!" pada awal syawal
lepas tu, mesej pun masuk berlambak-lambak dekat phone, facebook, wish whatsapp lagi ape lagi? 

haish.. salah tafsir betul la insan ni. 
 memang la sambut Syawal kena Happy-happy je kan. 
sebab menyambut kemenangan sebulan berpuasa.
dan akhir-akhir ramadhan masing-masing ucap "salam Aidilfitri"
yang bermaksud hari kembali kepada fitrah atau suci
tapi kamu sedar tak?

 kita tak kembali kepada fitrah diri kita.

mudah je nak tahu kite dah kembali kepada fitrah atau belum. tengok la cara kita berpakaian dan cara menutup aurat.

Kamu tahu kemenangan tu untuk ape?
untuk orang yang dapat melawan nafsu dia dan dapat kembali kan diri dia kepada fitrah asal. 
 untuk keterangan lanjut >> Manakalah dakwah konsep aidilfitri

jangan bila Ramadhan je kita beribadah bersungguh-sungguh, seolah-olah nyawa kita berada di hujung tanduk. 
NO! 
kita perlu kekalkan ibadah itu disepanjang hari kita. Jadikan amalan untuk kekal hidup sihat, diredhai dan dirahmati. OKEY? ^_~

sebab Hukama' ada menyebut, 
" Bukanlah sebenar-benar hari raya itu bagi orang yang memakai pakaian baru TETAPI orang yang ketaatannya terus bertambah."
dan
" Bukanlah sebenar-benar hari raya itu bagi yang berhias-hias dengan pakaian dan kenderaan TETAPI bagi orang yang diampunkan dosa-dosanya. "
dan
 " Bukanlah sebenar-benar hari raya itu bagi yang memperolehi dinar juga dirham, TETAPI bagi orang yang mentaati Allah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. "
So! 
 bila datangnye Ramadhan, Syawal juga bulan-bulan yang bermakna dalam Islam ni, kita mesti lah tahu konsep atau makna mengikut Islam  jangan mengikut adat ye.
 No,No,No... hihik.

Akhir sekali,
Maaf Ramadhan kerna aku tak menghargai kehadirankan kamu, aku rasa sungguh rugi. mungkin hati aku terlalu gelap ketika itu. Aku tak nampak cahaya yang dibawa Ramadhan.
Allah sahaja yang tahu. pasti ada hikmahnya..

Tapi.... di Awal pagi Syawal.
keindahan, ketenangan hati dapat aku rasa. 
Allah.. berhias cantik aku dipagi syawal, sesungguhnya Engkau Maha melihat. 
Ia menjadi sungguh bermakna bagi aku pada tahun ini.
dan tercatat indah dalam diary bahawa aku dapat merasai cintaMu diakhir aku bersama Ramadhan, Takbir raya berkumandang aku sedar akan kehilangan Ramadhan. 
 disaat itulah aku menangis kesal dan merasai cintaMu.
 tak dapat aku gambarkan. tenangnya. :)

Alhamdulillah, diberi peluang untuk terus hidup. Terima Kasih Syawal.
Ramadhan, aku ternanti kehadiran kamu ditahun hadapan. 
moga aku dapat mengenali kamu lebih dekat.
Maafkan dosaku Ya Allah.


Tuesday 22 July 2014

Boleh ke ada Crush? 2

*Dengan lafaz Bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum,
Hai 
and Hello. 

oke. kita sambung entry pasal Crush hari tu.
siapa belum baca yang first post entry
please baca, klik sini oke? :)

**********************************************

Kalau Kita Suka Seseorang, Nak Buat Apa?

Bila kita dah suka seseorang misalnya, apa kita nak buat?
Nak couple? oke, Nabi saw bersabda :
" Tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain dari berkahwin! "
(Hadis riwayat Ibn Majah)

So, kalau kita rasa yang kita ni tak layak nak berkahwin, jangan buang masa fikir pasal crush, suka dia ni, suka dia tu, entah berapa kali tukar orang..  Apakah? 
Kalau rasa dah bersedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolong kita untuk risikkan, suruh dia tolong. Simple je.. Berapa ramai orang yang tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu.. 
Bahagia gila.. hihihi.. ^_^

Kalau kita just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, 
ketahuilah bahawa kau dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.

Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang kita perlu lakukan ialah 
Usaha sedaya upaya dengan segala kemampuan untuk MELUPAKANNYA.
Contohnya, cinta time sekolah dan universiti misalnya. Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu. 

Kalau kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu!
Bak kata Ibn Qayyim, orang yang meluahkan perasaan cintanya kedapa seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin maka orang tu telah MENGANIAYAI orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan kepada harta. Tiada jalan lain, melainkan usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama.

Hadis yang kata : 
" Sesiapa yang bercinta dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebagai syahid ", 
hadis diatas adalah hadis PALSU!

Ibn Qayyim berkata :
orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu RedhaNya.

Nasihat Ulama' Berkenaan Isu Crush dan Cinta Sebelum Nikah
Jom kita temgok apa yang ulama'-ulama' pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni.
Hayati dengan MATA HATI,
CHECK diri kita,
MUHASABAH dan
ISTIGHFARlah..

**PERTAMA**
Jami' bin Mahuih bertanya : 
" Apakah orang yang bercinta buta itu dosa? "
Lalu Said bin Almusayyab, mufti Madinah dizaman itu menjawab :
" Ianya tercela.. "
Lepas tu Said berkata :
" Demi Allah, tidak pernah seorang pun bertanya tentang hal ini kepadaku. Jika seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi..

**KEDUA**
Iman Al-Ghazali  cakap :
" Aku dapati dalam bercinta terdapat banyak dosa besar.. "
Kenapa? Bayangkan,
mula dengan crush, kita dah tak dapat tundungkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. 
Bukankah itu semua dosa?! 

**KETIGA**
 " Orang yang mencintai sesuatu selain Allah (mencintai wanita/lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksa dia.. "
(Ibn Qayyim)

" Kehinaa akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tidak merasakan yang kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada di dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka, kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang.. "
(Ibn Qayyim)

" Apabila seseorang itu mula mencintai, maka, dia kan sibuk memikirkan orang yang dicintai sehingga  dia kurang fikir tentang agama dan dunianya... "
(Ibn Qayyim)

" Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang dicintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta.. "
(Ibn Qayyim)
 
**KEEMPAT**
Ada sekali, ada orang bawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas Ibn Abbas bertanya :
" Kenapa lelaki ini mati? "
Maka orang ramai menjawab :
" Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta.. "
Maka Ibn Abbas berkata :
" Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini... "

Seorang penyair menyebut :
" Hidup orang yang bercinta, permulaannya hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh,
Pertengahannya penyakit,
dan pengakhirannya adalah kematian hati dan jasad.. " 

**********************************************

Saya harap, dengan kata-kata ulama' ni, kita dapat jelas bahawa betapa bahayanya jika kita sering melayan crush-crush dan langsung tiada usaha untuk lupakannya!

Ainul harap perkongsian kita kali ni dapat membaiki hati serta meningkatkan keimanan yang sedang merosot tanpa kita sedar.

Sekian, Salam sayang dari hati ke HATI. 
Cinta Allah dulu, kalau dah kahwin cintalah suami/isteri anda.. ^_^

Sunday 20 July 2014

Boleh ke ada crush ?

*Dengan Lafaz Bismillah Ku Mulakan Bicara*

Assalamualaikum buat para mujahid dan mujahidah. 
moga Rahmat kasih Allah sentiasa mengiringi perjuang dakwah kalian. 
^_~

Sebulan lepas ainul tak update apa-apa langsung because takde mood nak berblog. 
sape yang ternanti-nanti post ainul tu, ainul mintak maaf k. 

Sebelum mula perkongsian kita tentang "CRUSH" ainul nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada abang ngah ainul 
Khairul Najmi b. Zulkifli kerana izinkan ainul pinjam laptop dia. 
dan terima kasih juga buat sahabat
Hidayati bt. Abu hurairah kerana berkongsi mesej tentang CRUSH melalui whatsapp 
seorang student yang sedang meneruskan pengajiannya di Mesir.
jage diri dekat negara orang oke?. ^_^ 

********************************************
Dengan nama Allah saya mula. 
juga selawat ke atas Rasul saw.
insyaAllah, kali ini saya akan huraikan isu "CRUSH" yang makin lama, makin hangat diperkatakan. 
Sampai ada orang tulis dekat twitter, Facebook atau media sosial dengan bangganya seperti ini :
Dear crush, I hope you know that I love you very much 
or 
Rindunya crush saya....!!! 

atau ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya :
" Eh, crush kau ape citer? Kau dah luahkan ke belum? hehe.. "
lalu di jawab : 
" Aku malu la.. takut-takut dia tak suka aku. huhu.. "
dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah juga universiti.
Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? 
Apakah hukum dari sudut agama?

Lantaran ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yang salah itu benar. 
Akibat kita ni mudah terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta Islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar.

Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya.
saya tegaskan sekali lagi, ini BUKAN pendapat saya. 
TAPI!, saya akan cedok kata-kata Ulama' zaman dahulu kala yang pakar bab-bab hati ni, seperti
Ibn Qayyim, Imam Al-qhazali dan lain-lain.

So, tenangkan diri baca dengan fikiran terbuka. 
Crush tu apa?
Bila kita sebut crush, fenomena ini bukanlah setakat "cinta atau meminati seseorang dalam diam atau pendam"

Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai : 
"Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dicintainya, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya.. "

Kenapa saya mendefinasikan "CRUSH" dengan definasi diatas?
Kerana, kebiasaannya orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. 

JADI! 
Berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan diatas, maka hukumnya adalah DOSA.

Kenapa pula dosa
Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapa kau boleh fikir-fikir serta bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?

Adapun jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang ( sila baca perkataan TER 20 kali ) dan kita rasa tertarik dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. 
Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagram pun saya tak follow dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang.

INGAT!
perasaan suka berlainan jantina itu normal. Tapi, LAYAN tu tidak normal sama sekali. Tu tanda hati kita ROSAk!

Cinta Yang Allah Redha?
Ramai yang nak Allah redha dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. 
Adakah Allah redha?   
Apakah cinta yang Allah redhai?
"Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu mencintai seorang LELAKI kepda ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hati akan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji"
(Ibn Qayyim)

LIHAT!
Cuba highlightkan ayat : 
" Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya "
Cinta sebeginilah yang Allah redha!. :)

cinta sebelum nikah?
Bermula denga crush-crush, kemudian luahkan and couple dan akhirnya zina... 
Adakah Allah Redha?!
Sebab tu kita kena nilai dan tengok balik hati kita.
Kita ni dah layak ke untuk bercinta
Sekolah pun tak habis lagi! komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pula. Sampai bila tak ke sudah!

Kalau kita suka seseorang nak Buat apa?

*nak tahu jawapannya?, kita tunggu post seterusnya. oke?.
saya ni.. pelajar stpm, esok ISNIN saya sekolah dan perlu bangun sahur. 
bila free, kita sambung oke? 

Good night! Assalamualaikum. ^_^ 
moga post kali ini memberi manfaat kepada kita semua. 
**Jaga Hati, Jaga Iman. Jangan nakal-nakal. ^_~**

Monday 31 March 2014

keBUSYan melampau!

Assalamualaikum warahmatullah.. >_<

huh! serious lepas SPM dan menjadi seorang yang berusia 18 tahun bukanlah perkara yang mudah.
busy melampau-lampau! kalah perdana menteri.

BFF ainul pun tertanya-tanya, "kenapa ainul tak selalu on whatsapp? busy sangatkah dia?"
ainul on je whatsapp but tak ada masa nak sembang-sembang dekat group sekolah tu.
lagi pun kawan-kawan kan ramai dekat group tu..

bukannya ainul tak hargai mereka.
gila apa tak hargai kawan-kawan kita kan?


ainul tak nak la jadi seorang yang lemah sebab tak hargai mereka.. jadi,
I LOVE YOU FRIENDS UNTIL JANNAH! ^_^

back to title.
everyday ainul ikut umi pergi masjid bangi, tolong umi berniaga. dari zohor sampai insya'.
serious balik penat sangat-sangat.
dulu.., tak suka sangat ikut umi berniaga.sebab malu, but now I just fikir itu punca rezeki keluarga and ianya satu pekerjaan SUNNAH!

free-free je dapat pahala kan? itu pun kalau ikhlas.
lagi satu yang membuatkan ainul busy, nak cari tempat sambung belajar.. lepas tu biasiswa la..
serious malas nak fikir semua ni!

ainul tak ambil sains tulen.. family, tok, tokwan, makcik, maksu, ha.. semua kalau boleh nak ainul ambil Farmasi.
nak masuk IPTA ambil farmasi,? sah-sah tak layak. so, IPTS pun takpe, asalkan boleh belajar.
tapi.. nak isi borang permohonan sana-sini.. membuatkan ainul rasa rimas yang terlampau.

arghh!! sabar je la. that all ujian hidup. Allah kan ada... ^_^

abah ainul cakap, "Kalau kita banyak merungut, HATI kita tak sihat la tu"
Ya ALLAH.. banyaknya ainul merungut. astagfirullahaladzim..

JOM perbaiki IMAN!
May Allah bless you!. :*

I'm BACK!

hello, hello, helloo.. I'm BACK!
Assalamualaikum buat saudara saudariku... I really miss you my blog. hehe..
hope anda semua sentiasa dalam lindungan RAHMAT-NYA... amin Ya ALLAH.

oke. kali ni, ainul datang dengan misi yang satu iaitu "DAKWAH fisabilillah. insyaAllah..."
doakan yang terbaik buat diriku serta saudaramu yang lain, insyaAllah penduduk langit juga akan mendoakan kebaikan buatmu.

"YA! disaat IMAN menebal, pasti bermacam-macam kebaikan yang kita lakukan dengan IKHLAS.
namun, disaat Iman menipis, belum tentu semua yang kita dilakukan dengan Ikhlas."jadi.. hamba mohon pertolonganMu dalam setiap langkah ku. Amin.. ^_^

oke! jom mulakan mood berblogging. ^_-