Sunday 20 July 2014

Boleh ke ada crush ?

*Dengan Lafaz Bismillah Ku Mulakan Bicara*

Assalamualaikum buat para mujahid dan mujahidah. 
moga Rahmat kasih Allah sentiasa mengiringi perjuang dakwah kalian. 
^_~

Sebulan lepas ainul tak update apa-apa langsung because takde mood nak berblog. 
sape yang ternanti-nanti post ainul tu, ainul mintak maaf k. 

Sebelum mula perkongsian kita tentang "CRUSH" ainul nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada abang ngah ainul 
Khairul Najmi b. Zulkifli kerana izinkan ainul pinjam laptop dia. 
dan terima kasih juga buat sahabat
Hidayati bt. Abu hurairah kerana berkongsi mesej tentang CRUSH melalui whatsapp 
seorang student yang sedang meneruskan pengajiannya di Mesir.
jage diri dekat negara orang oke?. ^_^ 

********************************************
Dengan nama Allah saya mula. 
juga selawat ke atas Rasul saw.
insyaAllah, kali ini saya akan huraikan isu "CRUSH" yang makin lama, makin hangat diperkatakan. 
Sampai ada orang tulis dekat twitter, Facebook atau media sosial dengan bangganya seperti ini :
Dear crush, I hope you know that I love you very much 
or 
Rindunya crush saya....!!! 

atau ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya :
" Eh, crush kau ape citer? Kau dah luahkan ke belum? hehe.. "
lalu di jawab : 
" Aku malu la.. takut-takut dia tak suka aku. huhu.. "
dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah juga universiti.
Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? 
Apakah hukum dari sudut agama?

Lantaran ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yang salah itu benar. 
Akibat kita ni mudah terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta Islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar.

Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya.
saya tegaskan sekali lagi, ini BUKAN pendapat saya. 
TAPI!, saya akan cedok kata-kata Ulama' zaman dahulu kala yang pakar bab-bab hati ni, seperti
Ibn Qayyim, Imam Al-qhazali dan lain-lain.

So, tenangkan diri baca dengan fikiran terbuka. 
Crush tu apa?
Bila kita sebut crush, fenomena ini bukanlah setakat "cinta atau meminati seseorang dalam diam atau pendam"

Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai : 
"Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dicintainya, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya.. "

Kenapa saya mendefinasikan "CRUSH" dengan definasi diatas?
Kerana, kebiasaannya orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. 

JADI! 
Berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan diatas, maka hukumnya adalah DOSA.

Kenapa pula dosa
Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapa kau boleh fikir-fikir serta bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?

Adapun jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang ( sila baca perkataan TER 20 kali ) dan kita rasa tertarik dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. 
Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagram pun saya tak follow dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang.

INGAT!
perasaan suka berlainan jantina itu normal. Tapi, LAYAN tu tidak normal sama sekali. Tu tanda hati kita ROSAk!

Cinta Yang Allah Redha?
Ramai yang nak Allah redha dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. 
Adakah Allah redha?   
Apakah cinta yang Allah redhai?
"Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu mencintai seorang LELAKI kepda ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hati akan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji"
(Ibn Qayyim)

LIHAT!
Cuba highlightkan ayat : 
" Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya "
Cinta sebeginilah yang Allah redha!. :)

cinta sebelum nikah?
Bermula denga crush-crush, kemudian luahkan and couple dan akhirnya zina... 
Adakah Allah Redha?!
Sebab tu kita kena nilai dan tengok balik hati kita.
Kita ni dah layak ke untuk bercinta
Sekolah pun tak habis lagi! komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pula. Sampai bila tak ke sudah!

Kalau kita suka seseorang nak Buat apa?

*nak tahu jawapannya?, kita tunggu post seterusnya. oke?.
saya ni.. pelajar stpm, esok ISNIN saya sekolah dan perlu bangun sahur. 
bila free, kita sambung oke? 

Good night! Assalamualaikum. ^_^ 
moga post kali ini memberi manfaat kepada kita semua. 
**Jaga Hati, Jaga Iman. Jangan nakal-nakal. ^_~**

1 comment :

  1. assalamualaikum..tapi macam mana kalau kita cuma minat dia diam2 je?adakah dosa juga?

    ReplyDelete