Saturday 31 December 2011

sedang mencari keredhaan ALLAH.

tadi ainul melawat blog seorang hamba ALLAH ni.
semua pengisian dia best2. ada pengajaran dan boleh buat panduan.

sebelum ni pun ada beberapa blog hamba ALLAH yang ainul melawat boleh buat panduan.
tapi yang ni salah satu blog yang membuat ainul selalu fikir tentang kejadian manusia, kematian, ALLAH and tentang islam.

dan ini salah satu dari mengisian blog hamba ALLAH tu,
renung2kan lah.

aku bersyukur kepada Mu
kerana telah memberi peluang sekali lagi untukku hidup
kekadang aku merasa takut

KERANA APA.....

aku takut aku pergi mengadapMu
tanpa membawa bekalan yang cukup

aku takut ibadat ku
masih belum cukup

aku takut aku tidak sempat
untuk bertaubat

OLEH ITU....

berusahalah untuk mempercukupkan
bekalan kita sebelum mengadapNya

sentiasalah meluangkan masa
untuk beribadat kepadaNya

cepat-cepatlah bertaubat
jika menyedari kita melakukan dosa.
 
kalau kawan2 nak bace post hamba ALLAH ni lagi, sila tekan sini.

sekian, wassalam. :)

> may ALLAH bless you <

ainul SAYANG dia.

anda yang baca post ni sehat tak?
alhamdulillah, ainul sehat jer.
kalau ade yang tak sehat, pergi makan ubat dulu. moga cepat sembuh. hehe~

sebelum menaip untuk post kali ni, ainul kena tarik nafas dalam2. sedih sangat2.
dah berbaldi ainul nanges. you know why?

sebab ainul sayang dia. dia pergi jauh kat Perak untuk menyertai PLKN. :'(
lepas ni kalau ainul nanges, takde orang nak pujuk dah.
kalau ainul buat silap, takde orang nak tegur macam dia tegur ainul.

ainul baru tau, dalam senyap2 dia. dia teringin sangat pegang senjata. mungkin niat dia nak berjihad.
selama 3 bulan ni, sudah tentu ainul akan merindui dia.
hanya mampu menanti


untuk abang tersayang : jaga diri lek-lok tau. ainul tunggu abang pulang.

ainul ada 2 orang abang, tapi yang sorang ni paling ainul sayang and hormat dia sangat2.
lepas pulang dari PLKN, dia kena ambil lesen kereta.
kemudian, dia nak ambil STAM.

Ya ALLAH, tunaikan lah keinginan dia.

sekian, wassalam.

> may ALLAH bless you < ilysm.

happy new year. :)

kat sini ainul nak ucapkan


oh yer... negara kita " Malaysia " sambut tahun baru macam mane erk?.
tau tak?.
kalau tak tau, meh sini ainul nak kasi tau.
setiap tahun negara kita kalau nak sambut tahun baru mesti kane ada >
  • bunga api.
  • konsert
  • harus meriah
  • membazirkan duit and more la... (pikir la sendiri. haha..)
time ainul tengok sambutan tahun baru, ainul terfikir sesuatu. mungkin ade yang sedar dan mungkin tidak.
negara kita ni, negara ISLAM kan?
kenapa harus bazirkan duit hanya nak sambut tahun baru.
dalam islam, " membazir itu amalan syaitan kan?".

ouh, mungkin pemimpin kita nak bagi rakyat dia happy.
sampai bila kita nak happy?. sementara jer. ada orang kata, " hidup ini perlu enjoy! ".
yer. memang perlu keseronokan juga. tapi... jangan la lebih2.

please la... kesedaran dalam diri tu penting. makin lama kita hidup, makin dekat kita dengan mati.

kenapa tak buat " SUJUD SYUKUR " jer?
okey, mungkin ada orang kata " tak kan nak buat sujud syukur, agama lain macam mana? "
negara kita, negara islam. so, agama lain kena hormat.
lepas tu, kalau nak sambut tahun baru, sambut jer la. dalam keadaan sederhana.

and lastly, apa salahnye kalau kita bersyukur kerna ALLAH masih lagi beri kita peluang untuk hidup.
lakukan kebajikan (kebaikan) and tinggalkan kemungkaran (kejahatan).

sekian, wassalam.

*may ALLAH bless you* ily :)

Sunday 18 December 2011

takde tajuk

dah lame ainul tak update blog. mungkin bulan satu nanti baru boleh selalu buka internet.
sebab ape?. ada la... mana boleh kasi tau. :P

tadi ainul dah update, cukup la.. nanti pulak k. ;)
hehe...

banyak citer yang ainul nak kongsi. tapi...... atas sebab tu, jadi susah sikit.
k la, ada masa nanti ainul citer lagi.

sekian, wassalam.
jage diri anda k. ;)

TAKUT. sdey..... :'(

korang tau tak bila result PMR keluar, mesti korang tau kan.
kalau tak tau, ni ha > 22 December 2011

takut jer nak tengok slip keputusan peperiksaan tu. macam ni >




dup dap dup dap. macam tu la bunyi jantung hati ainul. hahaha.. 
dengar tak?. kalau tak dengar..... hehe.
kadang2 jantung hati ni sampai terkeluar, takut sangat katakan. ainul ambil balik.

 
and.. lastly, yang sedihnyer. time keluar result tu ainul kena balek kampung. uhuk uhuk...
tak boleh ambil result dengan kawan2..
k la.. akhir kata ainul rindu and sayang kawan2 semua. moga dapat result yang menghappykan anda semua.

sekian, wassalam...

Sunday 27 November 2011

yeahh.

mula cuti sekolah, ainul rasa bosan jer.. sebab umi and abah tak bawa pergi jalan2.
tunggu hari demi hari, akhirnyer bawa jugak pergi jalan2. tu pun sebab ade adik2 umi and anak2 diorang datang rumah.

tapi ade yang tak best jugak, sebab pergi tempat yang sama dan membosankan. tau tak ainul pergi mana?.

  •  hari khamis - zoo negara
  •  hari jumaat - petrosains, klcc
  •  hari sabtu - kenduri kat shah alam.
  •  hari ahad - konvokesyen kat KUIS.
pergi Zoo Negara, banyak kali dah... bosan yang teramat sangat. tapi demi cousin yang baru nak mengenali kehidupan di sekeliling mereka, ainul ikut la jugak. lagi pun kena jaga diorang jugak, dah la nakal2 belaka.

Petrosains pun ainul penah pergi, tapi dulu pergi ngan kawan2 sekolah rendah. best. rindu sangat2 bila memori tu bermain di ingatan. sayang kawan2 semua. terutamanyer kawan ainul sorang ni. dia baek, pandai and suke bergurau ngan ainul. tapi dia pemalu sikit, hanya orang tertentu akan jadi kawan dia. time belajar, buat kerja kursus or exam selalu berlawan2 untuk dapat markah yang lebih baek dari dia. tapi sedih jer.. ainul dapat kenal dia setahun jer, time darjah 5. 

hapy > sad


kali ni pulak, ainul pergi petrosains dengan family, adik2 umi and cousin. jiran pun ikut jugak. ainul tak tau pulak umi ajak kawan umi (jiran). best jugak!. jiran ainul bawa anak dia sekali. hehe... sebelum balek, main kat taman permainan tu. cousin ainul yang kecik2 tu jer la yang main. bosan sangat tunggu diorang main. yang besar2 ni, pergi naik buaian. hehe.. best. :))

hari sabtu, bangun pagi bersiap nak pergi shah alam. kenduri cousin umi. family ainul jadi tetamu istimewa la.. dalam perjalanan, ambil angah kat sekolah SAMBEST. simple jer kenduri cousin umi tu.. kenduri tu dalam dewan. adooii,,, kalau kenduri, ainul lebih suke bawah khemah jer. tak berape minat kalau dalam dewan. tak tau sebab pe.
lagy satu, kenduri cousin umi tu ade pasang lagu. grrr... ni memang ainul tak suke. kalau nak pasang pun, pasang la lagu nasyid or selawat ker?. baru la ade barakah.

urmmm.. dah 3 hari pergi jalan2. penat tau tak?!. tak cukup rehat.
kali ni kena bangun awal pulak, acu ainul kena ade kat kolej dia pukul 7:30 pagi. kena bertolak, pukul 7 pagi. wahh!. best. jadi tetamu khas. boleh duduk dalam dewan.

yang tak best, duduk dalam tu.. bukan boleh buat pape pun. masuk dewan pukul 7:30 pagi hingga 12:00 tengah hari. lame....

nak bagi tau ni, nak tau tak?. kalau taknak tau takpe.

acu ainul adalah " Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua "
dapat kepujian kelas pertama pulak tu.. jelesnyer..

nanti ainul nak belajar bahasa arab dengan dia la.

thumb up untuk kejayaan acu saya. ;)

* mungkin ade orang yang lebih hebat dari acu saya, tapi saya tetap berbangga dengan kejayaan acu saya. *

wassalam..

> may ALLAH bless you

Friday 25 November 2011

hehe.. hey, ainul baru belajar nak mencantikkan blog.
alhamdulillah, cantik la jugak. haha. perasan.
ade yang ainul cube buat sendiri and ade kawan2 ainul yang ajar.
thank for all. satu senyuman istimewa buat anda :))



sekian.. wassalam.

< may ALLAH bless you > 



Thursday 24 November 2011

arggghhh !!!

asalamualaikum. :)

ainul nak citer ni,
pagi tadi. ainul bangun tidur, solat subuh and terus siap2 nak pergi teman acu ainul gy kolej dia. kat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS ).  bertolak dalam pukul 9 pagi. pergi sana nak ambil jubah diploma acu ainul jer.. acu ainul konvo hari ahad ni, cousin ainul pun ikut jugak.

sebelom keluar rumah, cousin ainul sorang ni gatai sikit. dia cakap la, " ainul cantik la.. ". ainul tanye balek, " hah! tak dengar lah? ulang balek.". lepas tu, dy cakap, " eh! takde pape la..". padan muke, tau pun takut.
kehkeh.

sampai jer kat KUIS, kena tunggu sampai sejam. orang ramai giler. ainul tunggu dengan cousin ainul. kami duduk kat kerusi yang di sediakan, acu ainul pergi uruskan jubah dy tu.

lepas tu, ade pasangan ni. ainul tak tau diorang ni kapel, tunang or dah kawen. ainul sembang la ngan cousin ainul. yang girl dy tu, masok pergi ambil number giliran. lepas tu, laki dy tu duduk kerusi berhadapan dengan ainul. jauh sikit la..

hati pun tertanye-tanye, "Ya ALLAH,.. gatainyer laki ni.. ade pape ker yang tak kena ngan aku?. kenape dy tengok aku?".

ainul pun buat tak tau jer.. lepas tu, girl dy and kawan girl tu datang. duduk sebelah laki tu. diorang sembang2. laki tu cakap ape entah, dua2 girl tu pandang ainul. " adoii.. ape masalah diorang ni????!!."
takpe la.. ainul buat tak tau lagi. sabar.

dengan tidak disangka oleh ainul. tetiba jer.. girl laki tu, maki2 and tengking2 ainul. dah la depan orang ramai pulak tu. nak jer tampar muke girl tu. kalau boleh, laki tu pun ainul nak tampar. kau ingat aku takde maruah!. b***h punye pompuan. hellooooo!!! laki kau yang tengok2 aku, aku pulak yang kau nak maki. sedar la diri tu sikit, muka dah lawa dah. perangai tu, cube ubah sikit.

nasib jer, tu bukan kolej aku. kalau tak, dah lame aku maki kau balek!. sebab kau tua dari aku, aku malas nak tengkeng2 kau. harap umur jer tua dari aku, tapi otak tak boleh pakai jugak. tak malu punye pompuan!. arrgghh!!!. geram. benci!!

malas nak cari gaduh, ainul duduk diam jer la.. kalau tak, dah lame pompuan tu kena.
sabar jer la. time tu pulak, cara ainul berpakaian macam student kolej tu. adoii, mesti la pompuan tu ingat ainul student kolej tu. ngekngok btoi!. 



* maaf. ayat terkasar sikit, nak lepaskan geram*

balek dari KUIS, dalam pukul 12 tengahhari. tetibe umi hantar mesej, " kenape lambat sangat?". balas, " dah on the way ".

sampai rumah, terus kuar pergi Zoo Negara..

sekian..

< may ALLAH bless you > 

Saturday 19 November 2011

geramnYer!

asalamualaikum. kalau tak jawab dosa. :))

mai sini ramai2, cik nak citer sikit. hehe..
semalamkan, saya kan, gy la teman aunt saya beli baju kahwin dia. Bakal uncle saya pun ikut jugak. Uhmm.. penat jugak. Kena jalan sana sini. sebelom balek rumah, aunt saya pergi tabung haji. lepas tu, aunt saya buat ape entah kat mesin ATM tu. Ape aunt saya buat pun saya tak tau, tak tengok pun sebab time tu saya buat kerje giler saya. kehkeh.

Sebelum tu, saya taknak citer kat kawan saya sorang ni. Saya cakap salah sikit, dia gelak macam saya buat lawak jer. Menyampah. Geram!. Ngeeeee… mentang-mentang dia pandai. Saya nak merajuk dengan dia, padan muke. Uweeeekkk. :P

Sambung cerita. Saya pergi kat mesin ATM Bank Rakyat. Sebenarnyer saya takde kad bank rakyat pun, saje main tekan2 kat situ. Hehe..
kat skrin mesin ATM tu, dia keluar nama2 negeri. Saya fikir kena touch kat skrin tu sebab zaman sekarangkan dah canggih. Dengan takde perasaan time tu, saya tekan2 la kat skrin tu.
Hati saya pun berkata “ kenape tak boleh? Macam tu jugak. Kenape tak tukar pape ni.”, Ya ALLAH.. rasa diri ini b***h jer time tu. Memang la tak boleh sebab benda tu bukan touch-screen. Malunyer.. naseb la takde orang time tu, saya dengan aunt saya jer. Bakal uncle saya tu, dah gelak2 macam ape entah. Eeeeeee!! Geramnyer. Rasa nak tumbuk2 jer muka bakal uncle saya tu. Grrrrrrr…. =,=’

bila dah malu, baru nak guna otak sikit. Dah tau kat bawah tu dia bagi number, butang hijau, kuning and merah. Tekan jer la kat situ. Ni pergi gatai tangan nak tekan2 kat skrin tu kenape?, kan dah malu. Heeee…

lepas tu saya tekan butang hijau. kat butang tu, ternyata “diterima”. Kat skrin tu, dia tanyer macam2 la. nak masukkan duit, keluarkan duit, deposit, and banyak lagi la. Saya pilih deposit. Lepas tu dia mintak number kod. Hah! Ape tu?. Saya dah la tak tau pasal benda2 ni. Saya pun tekan number yang saya suka. Ngekngokkan?.

Tengok2, “ deposit anda tidak diterima “. Macam mane nak terima, kad pun takde. Kalau diterima jugak, sah2 mesin ATM tu bermasalah.
Tapi, yang peliknyer. Last sekali, dia keluar slip transaksi. Selame ni, saya buat macam tu tak keluar slip pape pun. Uhmmm… 

K la.. penat menaip. Sekian.
*Saya tau, kawan saya yang gelakkan saya tu mesti bace post saya ni. Saya bagi satu cubitan paling kuat untuk kamu. eeeee!.*

> moga bertemu lagi <

Tuesday 15 November 2011

busynYer !!

asalamualaikum. :)

hey!. tengok la tajuk kat atas tu... :(
time saya sekolah busy, time saya cuti pun busy. kalau time sekolah, kena siapkan keje sekolah yang berlambak tu. biasa la kan, nak jadi orang yang berjaya kena la belajar and berusaha.

habis tu, kenapa time cuti sekolah busy? ada keje sekolah jugak ker?. haha.. (gelak terpaksa)
nak tau tak sebab pe saya busy?. saya ni kan rajin, kena la bantu umi buat keje rumah. kemaskan rumah, masak and seakan dengannyer. siap dapat gelaran " maid " lagi tu. bestkan?.

umi saya cakap, " sepanjang cuti ni kita ada tukang masak baru k. ". kamu tau tak sape tukang masak baru tu.. sapa lagi kalau bukan "saya". bestkan jadi tukang masak?. setiap hari kena percikan minyak panas. lagi best bila adik saya yang last ni suka mintak apa yang tak dirancang nak masak pada hari tu.

bila di fikir2kan balek, takpe la.. belajar dari kecil, besar nanti tak payah la nak cari orang gaji untuk tolong masak and mengemas rumah. semua kita buat sendiri, tak payah bayar gaji. jimat duit. hehe..

lagi pun, kalau kita ambil tukang masak, setiap hari suami kita makan masakan dia, bukan masakan kita. tak jeles ker?. silap hari bulan, suami kita kawen ngan orang gaji. kesian...

senang citer, belajar uruskan kerja rumah dari kecil. kalau nak belajar masak jangan takut dengan percikan minyak sebab sampai besar kalau kita masak pasti merecik jugak. lagi satu, orang pompuan kena suke kat budak2 tau. ;)


> moga bertemu lagi 

Sunday 13 November 2011

buatmu muslimah.



Seindah mawar yang menguntum
Seharum bauan nan mewangi
Tumbuhnya dikau di taman hati
Kedua ayahbunda yang dihormati


KejelitaanMu tiada ukur tara
Bukanlah pada paras diwajah
Tapi keayuanmu datangnya
Dari hati yg beriman lagi bertaqwa
Letaknya harga diriMu
Bukanlah dengan bergaya pakaianmu.
Itulah benteng yang menunjukkan
Seorang muslimah yang jitu
Iman disanubari adalah mahkota yang tidak ternilai
Janganlah biarkan ia dirampas hancur berkecai


Kami semua remaja
Diri adakalanya meronta
Ingin mencuba
Tetapi ada batasannya
Jikalau Iman teguh didada
Gundah gulana dapat dijajah
Taqwa yg kau semadikan
Dalam diri yang penuh dengan pencarian
Ya Allah mudahkan kita jalani kehidupan
Dengan penuh keredhaan
Demikian itu
Jagalah dirimu seperti dikau
menjaga harta kesayanganmu


dikau ibarat rama-rama
Selagi warna sayapmu tidak terurai
Selagi itulah dikau diMinati dan diSayangi
"perjuanganku UNTUK islam"


> moga bertemu lagi < ilysm. :*

Saturday 12 November 2011

SPM.

hey! sekolah saya dah cuti, sekolah anda bila?.
urmm.. ada sebahagian sekolah yang ada exam SPM pasti cuti sebab nak bagi abang2 and kakak2 kita yang menduduki SPM dapat fokus. " Selamat Menduduki Exam SPM dengan Baek and Good Luck! ".
kenapa saya ambil "SPM" tu sebagai tajuk besar? Bukan saya yang nak amik SPM, tapi abang saya. Saje nak bagi semangat.
Coretan hati buat abang Ngah tersayang > asalamualaikum, :)
adik rindu Angah, tapi insyaAllah esok rindu tu akan terubat sebab umi nak bawak adik melawat Angah kat asrama. Tak sabar rasenyer. Akhir kata, good luck and do the best in your exam. Love you so much!. " :D

> moga bertemu lagi <

JelesnYer !!!

assalamualaikum. :)
aikk! tengah buat ape tu? takde kejer ker? bosan?. uhmm... selalunyer time cuti sekolah ni, kalau family kita takde buat perancangan time cuti sekolah, sudah tentu anak-anaknyer dalam delema kebosanan. :(
apa kata, kita kongsi cerita nak? kalau tak nak takpe.. saya tak kisa.

k la... balik pada tajuk " JelesnYer !! ". kenapa dengan jeles?. nak tau ker?.
uhmm.. sebenarnyer kan, kalau sahabat2 sejenis dengan saya nak sentuh saya sikit, saya rasa geli. diorang cakap " kau ni kuat jeles la.. sebab orang nak sentuh sikit,dah geli. ". nak senangkan cerita, saya ni kuat jeles.

kali ni, saya jeles bukan sebab ape pun, cuma saya tak dapat pergi rombongan ke terengganu selama 3 hari 2 malam dengan hanya bayaran RM 50 jer... rasa rugi pulak tak dapat pergi. huhu..

bertolak malam khamis, balek malam sabtu. hari khamis tu, saya ade call kawan saya, diorang cakap " ainul, best giler!! kami shopping giler boboboi. lepas ni kami nak pergi mandi pantai. ainul ! pantai takde orang la.. kami kongker pantai ainul. " ( dengan nada happy yang teramat sangat ). Ya Allah !!! betapa jelesnyer saya time dengar citer diorang tu, sekejap orang tu citer, lepas tu disambung pulak oleh orang lain. sape la yang tak jeles. hanya Allah saja yang tahu.

dah la.. malas nak citer panjang2. kalau nak tau lebih lanjut, tanyer la kawan2 saya yang pergi tu.
wassalam.

> moga bertemu lagi <

Monday 7 November 2011

terima kasih ku ucapkan.

Asalamualaikum~
salam aidiladha buat teman-teman yang saya sayang. :)

k la... rasenyer takde pape yang ingin di ceritakan.
saya tak tahu saya sakit ape. kalau kawan2 boleh bagitau apa jenis penyakit saya ni, tolong bagitau k.
saya harap sangat.

setiap kali saya hendak berdiri dari kedudukan saya, kepala saya selalu pening. rasa bagai dunia ni berputar. kedudukan yang tidak stabil, membuatkan saya rebah kelantai.
Umi saya cakap,  "sakit tu tak lame, nanti hilang la sakit tu.. "
setiap kata-kata seorang ibu adalah doa untuk anaknyer.. tapi... kenapa sakit tu masih ada?.

" Ya ALLAH, andai kesakitan yang aku hadapi ini sebagai pengampun dosaku. terima kasih ku ucapkan. dan andai juga ianya sebagai dugaan. terima kasih juga ku ucapkan. ku mohon tempatkan lah aku disisi-mu."

lagu " muhasabah cinta " membuatku rasa yakin untuk terus hidup.
andai itu takdirnya, aku terima dengan hati yang terbuka.

Wednesday 2 November 2011

Nukilan Hati.

hey! korang ngah watpe tu? kalau tak ada keje nak buat, jom baca nukilan saya niy... saye buat nukilan niy time dekat sekolah. bosan giler2, xtau nak buat ape. tetiba jer, tangan ni bergerak untuk menulis satu nukilan hati. sebelum tu, " jangan pikir pape tau." :)

inilah hasilnyer >

Wahai Sahabatku,
cinta ini lumrah kehidupan,
ianya hadir tanpa diduga,
cinta itu milik Tuhan,
ia akan hadir dan pergi dan kehendak yang Esa.

Wahai Pencintaku,
cintailah Tuhan mu sebelum kau mencintaiku,
sayangilah kedua ibubapa mu, sebelum kau menyayangi diriku,
kasihilah saudara2 mu, sebelum kau kasihi aku.

Wahai Pencintaku,
ku harap kau mencintaiku,
bukan kerana kecantikan ku,
kerna aku takut, kecantikan ini berlalu pergi.

Wahai Kekasihku,
kuatkanlah cintamu buat ku,
cintailah aku kerna agama yang suci,
dan cintai aku, kerna Tuhan yang satu,
jika pudar cintamu terhadap agama dan Tuhan,
maka pudarlah cintaku terhadap mu.

Wahai Kekasihku,
begitu banyak dugaan yang datang untuk memisahkan hati ini,
dengan adanya kesabaran dan ketaqwaan,
hati ini sentiasa bersatu.

Ingatlah Wahai Pencintaku,
jika kita dipisahkan,
ingatlah Tuhan jika kau merinduiku,
moga Tuhan pertemukan aku dalam mimpimu.

adoii, penat menaip. panjang pulak nukilan aku ni. k la.. sekian.
wassalam.

> moga kita dapat bertemu lagi. < ilysm. :*

Saturday 29 October 2011

Apa itu CINTA?.

mgkin ada diantara korg tertanya2, "knpe ari ni ainul cerita psal CINTA? ". sbenarnyer, smlam ada seorg shabat sye tanye, " pda pndapat ainul, ape itu CINTA?.
> ini sbagai perkongsian sahaja. :)
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. 
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan 
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki 
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui 
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup 
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci 
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona 
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta? 
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri 
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab –
* cinta itu datang nya dari Allah....
Dia yang mengurniakan perasaan itu d hati setiap org..
tetapi setiap org itu harus tahu bgimn utk mengendalikn perasaan cinta yg ada di hati dan tahu apa jenis cinta itu.

bila sudah merasa cinta & bercinta, jgnlah terlalu mengikut nafsu, jgn membelakangkan Allah, kerana semua itu juga dtgnya drNya. *

> moga kita dpt bertemu lagi. <

Friday 28 October 2011

maafkn sye~

buat shabat yg diknali > sy bkan xnak lyan shabat smue, sye tgah xde mood. sori sgt2.
sy hrp korg smue faham keadaan sye, k. :(
sy xpnah nak benci korg, sy sntiasa sayang korg.. cuma kasih sayang tu lbey atau kurang jer..

buat shabat yg x dikenali > maaf lgy skali buat kwan2 yg tidak dikenali. sye bkan xnak lyan korg, di sbbkn sye xknal dri anda itu mmbuatkn sye xbrape ingin lyan anda. maaf sgt2. sye tau setiap manusia ade prasaan. klu chat pun, pasti kita xtau nak bual ape. pling tidak tanyer soalan yg sme jer... " bosan ". xmengapa, mgkin satu hari nnty kita akn knal jga. jdi jgn sdey2 k..



 

Thursday 27 October 2011

my group is number 1.

hey korg! moga korg smue shat2 n hapy slalu. muahahahaha. :D

mai sini sy nak bgitau. tdikn skolah sy ade bwat aktiviti utk student fom3. best la jgak.

sy nak main carrom, tp takut klah sbb nak menjentik striker carrom tu pun xkuat. nak main ping pong, jgn harap la.. nak pegang paddle dy pun lgsung  sy xreti ( jujur tau). last skali, sy msok explorace.

uhmm, klu explorace sy pling x suka bila jdi group yg pling lmbat. bru jer mula, dah kne jdi group terakhir.. bengangnyer.. time checkpoint ke-2, diorg sruh cari soaln yg tsembunyi kat dlm surau. Ya ALLAH.... geramnyer, x jmpe2 soalan pun. group2 yg lain dah lpas jauh dah ( hampir putus asa). sy ttap bsabar, teruskn mncari soalan. last2 kwan sye jmpe.

lpas selesaikn dua checkpoint, ad lgy 6 checkpoint yg kne selesaikn. byknyer pkara yg kne buat, antaranyer... jwab soalan math, klu slah kne denda. lpas tu, kne reka lagu, tiup belon smpai pecah "sy x tiup pun, tlg tgok jer org tiup (menakutkn) ". checkpoint berikutnyer, kne tutup mata lpas tu teka sape org yg dia sntuh, bina banggunan gna 6 straw. nseb la dpt satu group dgn bdak2 fom3 yg bersemangat.  "BEST" .

last checkpoint, mmg la... kne cari org pkai cermin mata. pnat sye pusing satu skolah. dah la skolah sy tu bgaikn istana. luasnyer pun, xdpt di ceritakn. Ya ALLAH,.. tgok la sndri. banggunan dy cantik2 plak tu. Untung la skolah sy tu ade lif, syok plak sy nak turun naik banggunan ( tipu jer.. ). group yg first pun xjmpe2 jgak org yg jge checkpoint terakhir tu. tgok! berapa luasnyer skolah sye tu.

akhirnyer, sy jmpe jgak org yg jge checkpoint tu. hahaha. banggenyer jdi group first yg jmpe checkpoint akhir. :D
korg nak tau x checkpoint terakhir kat mna? Dlm luas2 skolah sye tu, blakang “ stor kitar semula” jgak lah diorg pilih. Xde tmpat lain ker?. ==’
xpe la… yg pnting my group is number “one”. :D

*ingatlah, ALLAH sntiasa bersama kita wlaupun dlm keadaan ssah dan senang*
                                         So, jgn mdah putus asa. 

Tuesday 25 October 2011

i love you 24/10/2011

hahahahahaha... giler ape, keje gelak jeer..

oker la, sblom tu " Asalamualaikum.. " x jwab dosa. keh2. :D


nak dgr citer x? klu xnak xpe.. x kisa. hee..
tdi panitia khb skola sy ad wat ptandingan memsak, gubahan bunga n menjhit. best giler2. mmg giler la.. tmbah2 lgi kwan sy, Nur Hamizah Rahman. ari tu bkan main dy kte sy giler.. * sori emy, sje nak guro ngan kau. :P

hari isnin bersamaan 24/10/2011, adalh hari yg paling bermakna buat student 3 tabligh. xdpt rsenye diluahkn dgn coretan, btapa gembiranya kami. ;) 

x sangka klas sy bley lakukn sesuatu pkara yg dpt mncapai kejayaan. haha.
TERBAEKKKK!!!!
 " I LOVE YOU ALL FRENDS "

oker la, nak citer ni.. hari isnin tu dtg jer skolah dah siap2 ngan barang nak buat sandwich. semangat giler la.. ari khamis minggu lpas dah rancang dah nak buat ape. ckgu ckap tema memasak > sarapan pagi, tp klas sy mcm dah tersalah tema jer.. oker la, biarkn jer.. sperti yg dirancang, kami pun buat sandwich. rsenyer bley tahan la jgak. sy xmkan pown. xsmpat nak rse. time tgah buat tu, geram jgak rsenyer ngan student laki klas sy. org pnat2 buat, diorg keje mkan jer.. haish, sabar... tp xpe, msakkan klas sy dpt naib juara. bestnyer. :D

lpas siap memsak, gy tgok mnjahit plak. mcm best jer.. sy tlg la jgak. bkan tlg tgok sje tp tlg mnjhit jgak tau. skit abes jari-jemari sy ni kne cucuk ngan jarum. auww!!. " my fingers so sick! ". adoii, tergedik plak. biasa la.. pompuan. :P
hehe,.. hebat jgak bdak2 pompuan klas sy, ad yg buat baju, beg, uncang n byk lgy la.. yg pling hebat bdak laki klas sy, xsangka diorg pndai mnjhit. klu pompuan, mgkin pkara biasa. tp sy tetap hargai kerjasama anda smue. tahniah kpde student laki tabligh krana tlah mnempah tmpat ke-3 dan tahniah jga pde student pompuan tabligh, termsok " sy " yg tlah mnjuarai ptandingan mnjhit. :)

yg paling mengejutkn sy, bila pengacara majlis umumkn pemenang gubahan bunga. xsangka gubahan bunga klas sy bley mnang juara plak tu, sdangkn klas sy la paling xlawa bunganye.. hehe.. alhamdulillah, syukur. itu lah rezeki. mgkin sbb kerjasama kmi skelas jgak. ;)  

uhmm, sdey plak rsenye bila berpisah dgn hari smlm. hari yg pnuh dgn gelak ketawa dan mcm2 prasaan yg mengembirakn. :)
thank kwan2 sbb buat yg terbaek utk kgembiraan kita smue. sayang korg sgt2. muahhahaha. :D
hrp kita sntiasa bersma slamenyer..

   " manusia hanya mmpu merancang, ALLAH yg mnentukn".

k la... dah pnjang lebar sy membebel, skrg tgok la gmbar yg sy amik time aktiviti :)







ni la bdak klas sy yg pndai mnjhit tu..
 " kecil2 cili padi ".. :D


Lastly pic, ni hasil gubahan klas sy. Xlawa mne pun, tp juara. :D

* klu nak tgok byk lgi gmbar, tgok la kat fb sy " wardah baida' ".
moga kwan2 smue, hapy2 slalu. :D 

Friday 21 October 2011

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum..
bru td sye sroh kawan sye buatkn blogger ni...
Alhamduillah..siap gak akhirnye..
Thanx kawan.. :))