Thursday 31 May 2012

for my lovely friend. ^_~

Assalamualaikum,
hey! kat sini ainul nak kongsi sedikit kat semangat untuk anda. ^_~

*Andai esok kita berpisah, 
Jangan awak lupakan masa kita bersama :)

*Andai esok kita bukan lagi sahabat, 
Jangan awak lupa pahit manis persahabatan kita :)

*Andai esok kita bukan lagi dalam satu usrah,
Jangan awak lupa setiap perkara yang kita pernah bincang dalam usrah kita :)

*Andai esok awak bersendirian,
Jangan awak lupa Allah ada bersama :)

*Andai esok awak terluka di sakiti,
Jangan awak lupa janji Allah di Sana :)

*Walau apa jua takdir esok hari,
Ingatlah, segalanya berada dalam perancanganNya :)

*Setiap yang terjadi, terselit hikmah tersendiri :)

*Redhalah kita akan segala ketentuanNya :)


love you so much friends! <3

sekian, salam sayang pada hari yang MULIA ini. 


Tuesday 29 May 2012

Penyejuk Mata Dan Menjemput Bidadari

Assalamualaikum. 
moga my reader sihat sentiasa disamping IMAN dan ISLAM. :)

Buat kaum Adam, para muslimin, ikhwani yang dihormati, yang bakal menjemput bidadari sang ratu hati, dan yang sudah menjemput bidadarinya.

Juga buat kaum Hawa, para muslimat, yang bakal dijemput sebagai bidadari, dan yang sudah dijemput dan sedang melalui alam perkahwinan.

Sekalian manusia menginginkan perkahwinan yang bahagia, alam cinta yang indah. Tiada yang menginginkan perkahwinan yang penuh duka dan duri. Inginkan bahagia, maka hendaklah dituruti jalan yang betul, agar sampai ke destinasi bahagia. Apakah yang menjadikan satu perkahwinan itu bahagia? Apakah jalannya?

Mahligai cinta yang bahagia lagi berseri, ada harganya. Harganya, adalah persediaan dan usaha yang betul sebaik-baiknya, sehingga layak bagi kita untuk memiliki mahligai bahagia, kurniaan Allah s.w.t. Persediaan demi persediaan. Usaha demi usaha.

Apakah usaha-usaha yang perlu kita lakukan, apakah tindakan-tindakan yang perlu kita ambil? Ada beberapa perkara yang perlu kita teliti.

Asas dan Halatuju Mahligai Cinta

Antara aspek penting yang perlu kita beri perhatian. Asas dan halatuju mahligai yang dibina.

"Dan izinkan kujemput bidadari. Untuk bersama menuju-Mu mengisi hari."

Sedap dan indah didengar dan dilafaz. Namun lebih indah lagi, apabila usaha ke arah menujuNya dilakukan dan dilaksanakan. Asas dan halatuju cinta insani ialah cinta Ilahi. Apabila asasnya betul, asasnya kukuh, nescaya bahagia hadir mendamaikan kehidupan. Sekiranya asasnya rapuh, bahagia menjadi sesuatu yang amat sukar dimiliki, very elusive.

Dan semestinya, apabila bercinta, hendak bercinta sehingga ke syurga. Syurga akhirat, Jannatullah.


Firman Allah Ta'ala:

Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
*Manusia di dunia ini baik disedarinya atau tidak adalah dalam perjalanan kepada Tuhannya. Dan tidak dapat tidak dia akan menemui Tuhannya untuk menerima pembalasanNya dari perbuatannya yang baik dan buruk.

Inilah halatuju mahligai cinta yang dibina. Cinta hingga ke syurga. Begin with the end in mind. Apabila betul dan tepat halatuju, disusuli dengan usaha dan amal yang bertepatan, disulami doa dan tawakkal kepada Maha Pemberi, nescaya mahligai cinta yang dibina bahagia, berkekalan dan berseri di bawah naungan redha dan rahmat Allah s.w.t.

Apakah usaha dan amal tersebut? Ia adalah usaha dan amal yang melayakkan kita kelak untuk menerima kitab amal dengan tangan kanan. Sama-sama kita renungkan.
Akhlaq Mulia
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Kaum mukminin yang paling sempurna perihal keimanannya ialah yang terbaik akhlaqnya antara mereka itu, dan yang terbaik antara kalian ialah yang terbaik akhlaqnya terhadap kaum wanitanya."
(Riwayat Imam Tirmidzi)

Akhlaq adalah satu aspek atau kriteria yang dinilai oleh ibubapa dalam pertimbangan mereka tentang sejauh mana anak mereka bersedia dalam menggalas tanggungjawab sebuah perkahwinan. Akhlaq diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk 'melepaskan' anda ke dunia lain yang lebih mencabar, iaitu perkahwinan.

Ia juga satu kriteria yang dinilai oleh bidadari yang ingin dijemput, dan ibubapa kepada bidadari itu.
Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Apabila datang (meminang) kepada kamu orang yang kamu redha agama dan akhlaqnya, maka hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi."
(HR Tirmidzi – Hadis Hasan Gharib)

Hadis ini, pelajaran kepada para ibubapa, juga yang bakal menjadi ibubapa kelak:
1.Kriteria penilaian nombor satu untuk bakal menantu, adalah kriteria akhlaq mulia.
2.Bukan bermakna kriteria harta, keturunan dan keindahan wajah tidak penting. Semua itu perlu dipertimbangkan, namun nombor satu adalah berakhlaq mulia.
3.Didiklah putera-puteri kesayangan agar menjadi Muslim dan Muslimah yang berperibadi mulia dan indah.

Pelajaran buat yang bakal menjemput bidadari dan yang bakal dijemput, berusahalah hiasi diri dengan akhlaq indah dan mulia, mencontohi teladan utama kita Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a., dan daripada mereka yang mengalir keindahan akhlaq baginda s.a.w. pada diri mereka, dikalangan para ulama', murabbi, keluarga terdekat dan insan-insan yang soleh dan solehah.
Satu Amanah
Sabda Rasulullah s.a.w. , sebahagian daripada hadis yang panjang:

Maka bertaqwalah kalian kepada Allah dalam hubungan dengan wanita, sesungguhnya kamu telah mengambil mereka (sebagai amanah) melalui perjanjian dengan Allah. (Riwayat Muslim)

Buat para muslimin dan para suami, beramallah dengan amal ahli syurga iaitu amal-amal soleh, dan jadikanlah isteri kita wanita syurga.

Buat para muslimat dan para isteri, taatilah suami kalian, selagimana halatujunya adalah redha dan syurga Allah.

Semoga redha Allah sentiasa bersama dengan kita.

Sunday 27 May 2012

dari haTi ke haTi...

Assalamualaikum semua! my love, my reader and sape2 jer la!.
korang semua sihat? kalau sihat ucaplah ALHAMDULILLAH, baru ALLAH sayang!. >,<
kalau tak sihat, ucap jugak ALHAMDULILLAH, jangan mengeluh ye... sebab sakit yang anda terima itu satu penghapus dosa. smile oke? ^_^ *ainul pun xsihat jugak... biasa la... malaysia panas. air tak cukup dalam badan.

lame ainul tak update kan? rindu tak?! hmm... mesti tak rindu punya, atau pun tak amik tau pun... haha.
oke, abaikan saya.

sebenarnye ainul busy sangat, aktiviti kat luar banyak. sekejap orang tu calling, sekejap orang ni calling. huh, penat tau, macam artis. hahaha... *BATAK*
ainul dok asrama la.... sebab tu tak sempat nak update.

haaaasem! opsss..., terbersin plak. berhabuk la blog ni. tolong bersihkan. boleh?

tadi pembuka bicara sahaja, ni baru ada masuk tajuk. hehe....
 
*DUDUK ASRAMA SAYA MULA NAIK GILER*

duduk kat asrama lagi banyak masalah kan? itulah dugaan hidup untuk orang yang HEBAT!
hmm... bila ainul dok asrama, ade orang cakap ainul kacau dia nak rapat dengan orang tu. 
oke, fine. ainul berhenti. tapi bukan berhenti dari dok asrama. ainul berhenti dari terus rapat dengan orang yang kamu nak tu. :)

kamu suka dia? kenapa tak cakap kat ainul?
dia bukan hak ainul, nak? tafadhal. 
dan dia tak suke ainul. :)
buat pengetahuan kamu, ainul je double SS. 
ya ALLAH... malunye... *.*
*pengakuan dari AinulMardziah.

hasrat ainul duduk kat asrama bukan untuk menyakitkan hati sesape. 
maaf kalau ada yang terluka. 
buat pengetahuan anda, "ainul SAYANG semua saudara seAGAMA ISLAM dengan ainul"

sekian, terima kasih sudi membaca. ^_^
wassalam....