Saturday, 6 July 2013

Mencari CINTA yang hakiki.

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum and may ALLAH bless you..
for the first time.. perubahan itu memang memerlukan pengorbanan. tak kiralah dari segi harta, perasaan, masa, hati dan macam-macam lagi la.

"ya Allah.. bosannya."
hmm.. kalau bosan-bosan macam ni kalau ada orang yang kita sayang disisi pasti bestkan? >_<
kalau orang yang kita sayang tu halal bagi kita, memangla best. malah  keseronokan bersamanya mampu membawa kesyurga. in syaa ALLAH...
tapi.., kalau sebaliknya? kebahagiaan yang tercipta hanya sementara. betulkan?
hehe..  " tanya diri, jawab sendiri " :P

** BOSAN?
sering hati mengungkapkan perkataan tersebut. sedangkan banyak perkara yang memberi manfaat kepada diri yang boleh dilakukan. 
sebagai contoh, berzikir, berselawat, bertadarus al-quran, menunaikan solat sunat dan membaca buku ilmiah yang mampu mengisi masa lapang malah, ianya mendekatkan diri ini pada sang Pencipta. ya Allah..
perasaan tu dapat dihilangkan jika kita bersamaNYA.. percayalah.

 

semakin dekat kita denganNya, semakin kita diuji.. dan kita terkadang sering lalai... betulkan? 
setiap dari kita pernah melakukan kesilapan dan kita tak pernah terlambat untuk berubah selagi nyawa masih dikandung badan.perubahan yang dilakukan haruslah berpihak kepada kebaikan. taklah dipandang hina oleh orang lain. betulkan?

namun, keadaan manusia zaman sekarang. lebih gemar menghukum dan membenci orang yang membuat dosa. sedangkan dalam ISLAM kita hanya diajar agar membenci kepada dosa bukan pada pelakunya.
jangan membenci kepada orang yang membuat dosa, kerna kita juga pernah buat dosa. tidak begitu? 
jadi tak perlu membenci malah kita mendoakan kebaikan buat dirinya juga diri kita.

**HIDAYAH?
dalam Firman Allah yang berbunyi: 
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” 
(Surah Al-Qasas ayat 56)
senyuman terpancar, ketengan hati terasa... 
ya Allah.. indahnya IMAN. takala hidayah datang menyeri kehidupan yang kelam. 

Hidayah tu milik Allah, Dia boleh beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki. 
Mesti pernah sedetik perasaan kita berkata ingin berubah, suara hidayah yang berbisik-bisik agar kita berubah ke jalan Allah. jadi, bergantung kepada kita sama ada hendak berusaha untuk mendapatkannya ataupun sebaliknya. jadi buat lah pilihan terbaik. 

 
umat ISLAM perlu BIJAK. dan sebaik-baik ciptaan adalah manusia. 
 
**PERUBAHAN?
DIA masih sayangkan kita. teguhkan IMAN, tabahkan HATI.
dalam kehidupan, hatilah yang memimpin diri.. kalau hatinya gelap, maka rosaklah seseorang insan.

hati umpama sponge dengan pensil. hati yang lembut, pasti mudah untuk menerima segala nasihat dan mudah untuk melakukan perubahan. hatinya juga mampu memimpin diriNya. Manakala, hati yang keras sukar untuk menerima teguran malah suka menyalah diri orang lain.

" ya Allah..." sering bibir melafazkan kalimat suci itu. 
selawat dan zikir dialunkan bersama buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
dalam Al Qur'an Allah swt. berfirman: 
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". 
(Surah Al-Ahzab ayat 56)
orang yang beriman bukan pada pakaian atau rupa parasnya. tapi pada HATInya. 
cukuplah berpakaian sederhana namun menutup aurat, mengikut syariat ISLAM. biarlah rupa paras tidak lawa dipandang manusia, asalkan indah dihadapan Allah seperti Bilal bin Rabah.
bertudung labuh tak semestinya tudung bulat bidang 60. pakai selendang pun takpe.. asalkan menutupi dada dan apa yang dituntut oleh islam. 

nak berfesyen? boleh. 
asalkan pakaian yang dipakai itu masih berlandaskan ISLAM. longgar dan tidak ketat.
ISLAM itu mudah dan indah.

lakukan perubahan untuk mencari cinta yang kekal abadi, jadi niat pada hati kerna ALLAH, doa, usaha, ikhtiar dan tawakal. in syaa ALLAH, cintaNya milik kita. ^_^

Miss bLog, Miss Me!

**Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara**

assalamualaikum..
oke, dah lama sangat-sangat ainul tinggalkan blog ni... 
"atototo... sian... sedih ye kena tinggal?." haha. 


sekarang ni, walaupun balik asrama tetap tak ada masa nak update, kongsi-kongsi citer dengan you all. 
sorry sangat-sangat. tahun ni ainul ambil SPM..so, tolong la paham. :)

tapikan, kamu mesti RINDU saya.. kan kan kan? ngaku je la. haha.
perasan 

kemungkinan ni last ainul update citer untuk blog ni sehingga la lepas SPM tamat.
sebelum SPM tak boleh la nak berseronok sangat. sebab ainul takut lepas SPM nanti menyesal tak sudah. 

so, ainul nak ambil kesempatan disini untuk memohon maaf kepada semua rakan blog.
tolong maafkan ainul ye? 
doakan kebaikan buat ainul.
and sori blog.
SELAMAT BERPUASA di bulan RAMADHAN.
moga mendapat redha Allah, kena ada sifat TAMAK untuk kutip PAHALA dibulan RAMADHAN ni..
 ingat tau!!!
http://1.bp.blogspot.com/-1A0-Wld88vg/USrFk5i-LXI/AAAAAAAAA0s/sPKtAZ5ZMPk/s320/Tumpu+sepenuh+perhatian.jpg
may ALLAH bless you. ^_^

Assalamualaikum..