Thursday, 31 January 2013

kenapa adik-adik buat macam ni?

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum...
hari ini, ainul memang takde mood sangat2!
TENSION!

kenapa adik-adik buat macam ni dakat kami?
apa salah kami? 
kak-kak form5 dah bagi semangat dekat korang.
dari tahun lepas korang buat perangai yang sama...
Akak sedih dengan korang. 
perangai korang TEROK!

bekas accident dekat kaki akak tak elok lagi, korang tahu tak?
kak ainul try lari. kak ainul try dapatkan top 10.
tapi, tak berjaya. kedudukan kak ainul no. 12. 
sikit je lagi, tapi alhamdulillah, kak ainul dapat sumbangkan satu mata.
tapi, korang... takde usaha.
alasan korang,
"muka saya ni, mana pernah top10 akak.."

tu alasan korang! 
 cuba tanya kak emy korang. pernah ke dia berada dalam top 10?
tak pernah pun... tahun ni korang tengok. dia lari dapatkan top10.
untuk markah firqah umar. untuk korang.

selama ni kak ainul pernah ke dalam top10? 
tak pernah! tu pun tahun lepas, sekali je... 
tahun ni kak ainul gagal... tapi kak ainul usaha, untuk kejuaraan rumah biru.

korang ada ke usaha macam tu?
kalau korang cakap penat? 
kiteorang pun penat! kiteorang lari laluan yang sama juga.
kiteorang tak terbang pun, kiteorang lari... 
faham tak perkataan LARI? 
kiteorang penat, kiteorang jalan..
tapi takde la nak jalan dari awal hingga akhir. 

mungkin korang tak pernah ada perasaan kut.
kalau orang bagi semangat tu, tolong lah buat sungguh2. 
orang bagi harapan dekat kita. tolong jangan hampekan....

korang tak pernah fikir perasaan orang lain. 
kecewanya kiteorang, kak emy korang hampir give up. 
sebab perangai korang.... :'(

korang bukannye tak baik, korang baik..
tapi korang tak rasa apa yang kami rasa.
dan kalau korang buat dekat kami macam ni...
tengok saat korang pimpin nanti..
adik-adik bawahan korang akan buat lagi terok dekat korang. 

ingat itu....

Wednesday, 23 January 2013

Menyingkap kisah perjuangan Rasulullah s.a.w

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum.. dan salam maulidur rasul. ^_^
setiap tahun mesti kita meraikan kelahiran Baginda SAW kan? 
kalau dekat sekolah mesti ada perarakan dan ceramah tentang Nabi Muhammad SAW... agar kita lebih mengenali Baginda. seterusnya mendidik jiwa agar merasai hasil perjuangan Baginda dan pengorbanan yang besar sehingga kita menjadi penganut agama yang suci ini.

Kesabaran yang tinggi menghadapi tribulasi perjuangan ketika menyampai dan menyebarkan Islam membawa kepada pengiktirafan oleh Allah SWT sebagai ulul azmi yang mana diabadikan di dalam surah Al-Ahqaf ayat 35 bermaksud: 
“Bersabarlah kamu seperti sabarnya nabi-nabi ulul azmi”.
Kita mengetahui segala mukjizat yang dianugerahkan Allah SWT kepada Baginda SAW bermula dari awal kelahiran sehinggalah tibanya saat kewafatan SAW. Terkadang kita lupa kepada salah satu mukjizat besar iaitu pembaharuan yang dibawa oleh Baginda SAW sehingga utusan Baginda SAW menyebut: “Kami telah mendapat kelapangan dunia daripada kesempitan jahiliah, dari sistem perhambaan sesama manusia kepada penyembahan kepada Allah yang satu.”

Sistem perhambaan sesama manusia semakin lenyap daripada terus subur dengan sistem dan ketetapan yang dibawa oleh Allah SWT melalui Baginda SAW. Seterusnya sistem ini terus berkubur dengan penebusan kepada beberapa kesalahan yang telah dilakukan oleh umat Islam terhadap agamanya seperti membunuh dengan tidak sengaja, pelanggaran sumpah serta mereka yang menziharkan isteri mereka.

Antaranya firman Allah SWT bermaksud: 
“Sesiapa yang membunuh secara tidak sengaja, hendaklah membebaskan seorang hamba.” (An-Nisa’ 92).
“Sumpahan yang diucapkan secara tidak sengaja hendaklah ditebus dengan memberi makan 10 orang miskin, pakaian atau memerdekakan seorang hamba sahaya.” (Al-Maidah 89).
“Mereka yang menyamakan isteri dengan ibu sendiri (zihar), kemudian menarik balik kata-kata mereka maka hendaklah menebus dengan memerdekakan seorang hamba.” 
(Al-Mujadalah 3).
Begitu juga penghormatan yang diberikan Allah SWT terhadap wanita dan anak perempuan yang telah dinafikan hak mereka pada era jahiliah dengan dibunuh dan dijadikan bahan dagangan untuk memuaskan nafsu serakah kaum Adam. Allah SWT mengharamkan perkara sedemikian dengan mengharamkan pembunuhan mana-mana jiwa manusia serta diperintahkan wanita agar menjaga tata tertib dan kehormatan mereka.

Firman Allah SWT bermaksud: 
“Katakanlah kepada kaum wanita yang beriman agar mereka menjaga kehormatan, pandangan mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terlihat. dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami serta saudara terdekat”. (An-Nur 31).
“Hendaklah mereka (isteri) tetap di rumah mereka dan janganlah berhias seperti perhiasan jahiliah yang terdahulu”. (Al-Ahzab 33).

Daripada Abu Hurairah RA bahawa sabda Nabi SAW: 
“Amat malang kepada mereka yang mendengar namaku disebut dan dia tidak berselawat kepadaku”.(Al-Hadith).
Allah SWT menetapkan kepada umat Baginda SAW dengan menyebut nama Baginda pada ketika tasyahhud di setiap solat yang dilakukan sebagai penghormatan kepada Baginda dan dianjurkan umatnya berselawat pada setiap masa bagi merealisasikan peruntukkan Allah SWT kepada insan teragung ini. (SAW).

Seorang sahabat bernama Abdul Rahman bin Auf, berkata bahawa Baginda SAW didatangi malaikat Jibril dan berkata: 
“Wahai Muhammad, sesiapa yang berselawat kepadamu, maka 70,000 malaikat akan berselawat kepadanya”. 
 (Hadith Fadail A’mal)
Dipetik daripada kitab “Syifa’ As-Syarif bahawa baginda SAW bersabda: “Mereka yang terselamat daripada kejutan hari kiamat ialah mereka yang banyak berselawat kepadaku.”

Malah doa yang tidak didahului dengan selawat kepada Baginda SAW dikatakan tertolak berdasarkan sebuah hadis daripada Anas bin Malik ra di mana Baginda SAW bersabda bermaksud: 
“Semua doa akan tergantung antara langit dan bumi sehingga empunya doa berselawat kepada Nabi SAW.” (al-hadis)
salam semanisenyumanmu ikhlas dari hati berbentuk <3
berselawatlah keatas junjungan besar Nabi SAW.

Saturday, 19 January 2013

sakit pengampun dosa

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum..
hope korang semua dalam keadaan sihat disamping IMAN dan ISLAM.

kali ni ainul nak citer, tadi ainul baru accident motor.
hehe... parent ainul baru beli motor skuter.
untuk memudahkan ainul dengan adik ainul pergi sekolah.

so, umi ainul macam nak ainul yang drive motor tu la..
adik ainul tu... dah boleh drive dah.
pastu dia ajak ainul test drive.
okey! dengan happynye... ainul keluar rumah..
test la motor skuter yang BERAT tu.. 
memang ainul tak boleh hendal la... 

lepas tu. PANG! ainul terlanggar pagar rumah jiran ainul.
tapi, alhamdulillah ainul tak langgar kereta jiran ainul...
kalau tak, satu lagi masalah kewangan...... mintak dijauhkan.
 
sebab, dari kecil lagi ainul mane pernah didedahkan dengan perkara yang lasak-lasak ni tau.
nak pergi kem, umi abah ainul mesti tak bagi.
so, bile nak buat perkara macam ni, ainul jadi macam EXCITED!

sampai terlupa baca BISMILLAH... terokkan? 
mungkin sebab excited sangat. sebelum-sebelum ni, ainul didik diri...
buat sesuatu perkara tu, baca bismilaah dulu.
but, time test tu... langsung tak ucap pape.. 
dalam fikiran nak drive je.. 
bila kita ingat ALLAH, ALLAH juga akan ingat kita. ^_^
 dan ainul pun baru sahaja baik demam, just sakit kepala sikit-sikit.
accident tadi pula, dahi ainul yang luka... pastu nak bengkak pula tu..
macam mane la nak pergi sekolah. 

molek, dah la sakit kepala, pastu accident kena dahi pulak tu..
ouch! sakit... :'(
sakit pengampun dosa
menitis juga air mata ainul... 
kaki, tangan, siku and peha ainul luka, tu ainul tak kisah...
tapi kepala ainul... 
berTAMBAH sakit... :'(
bersabarlah... dugaan tanda ALLAH masih sayang pada kita.
dah la, orang kenal ainul dengan lemah lembutnye... 
tapi, hari isnin ni pergi sekolah. sah-sah kena soal siasat. 
Ya ALLAH.... malunya. 

salam semanisenyumanmu iklas dari hati berbentuk <3

Wednesday, 16 January 2013

perhimpunan sekolah ku.

*dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum semua!!! 
lama tak jumpe.. yes! memang kite tak pernah bersua muka. 
just berkenalan dalam alam maya...
hope dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama kita umat ISLAM.. 
^_^

sebenarnye ainul tidak tahu nak post pasal apa, 
tapi, ainul nak kongsi pengalaman sikit. 
nak tahu, jom baca ini kisah!

*ni gambar, ainul ambil dari si google. :D

ainul dah alma mater(sekolah) menengah tahu! dah tingkatan 5 dah.
hoho... MUDAnya!
terasa diri junior lagi. jangan panggil saya "kakak".
dah la family, saudara-mara semua panggil "kakak", macam diri ini tua sangat je. 
ainul MUDA lagi okey!
*huh! ainul perasan... :P

dekat alma mater ainul, time perhimpunan beratur macam tu la... 
sebelah kanan puteri dan sebelah kiri putera. 
perhimpunan mula pukul 7:30pagi sehinggalah 8:30 pagi.
sejam jer berdiri... but, lengoh habis kaki. 
penat tahu tak? 

walau apa-apa pun, kita berdiri sejam je... 
cikgu kita yang mengaja? berdiri berapa jam?.
jadi, jangan mengeluh!...
nasihat orang, tapi ainul pun dua kali lima. :P

tapi, sepatutnya sekolah kena buat undian,
sama ada waktu perhimpunan, pelajar
a) dibenarkan duduk waktu perhimpunan
b) terus berdiri jadi tugu negara
 hoho.. tengok, haish... buat macam alma mater sendiri pula.
kena demerit kang, tak pasal. 

hehe...
every Monday tuan pengetua akan berucap?
Oh My God!
bila Tuan pengetua berucap, mulalah pelajar-pelajar buka mulut.
Allah... bising.
Tuan pengetua cakap, kita cakap dekat belakang.
habis tu! siapa yang nak dengar?
tolong beri penghargaan dan penghormatan pada Tuan pengetua kita walaupun sedikit.
tapi, kalau kita sedar...
dalam ucapan tuan/puan pengetua kita.. banyak manfaat yang kita perolehi.
betul tak? 

jadi, waktu perhimpunan. bawalah buku nota kecil untuk diisi mutiara-mutiara ilmu yang telah disampaikan oleh tuan/puan pengetua kita. 
bukannya apa yang kita dengar tu, kita akan ingat semua pesanan itu selama-lamanya. 
so, kita kena ambil nota. setuju tak? 
mulakan cara hidup yang baru, agar hari esok lebih baik dari hari semalam.
pada masa yang sama, jika kita belajar agama.
pasti kita tahu, bahawa perhimpunan yang kita jalankan itu jika diisi dengan ilmu agama
ianya umpama kita berada ditaman-taman syurga.
dan dibawah perlindungan sayap para malaikat. 
tidakkan kita sedar?
bestkan?

in syaa ALLAH.. para malaikat mendoakan kebaikan untuk kita..
jadi, manfaatkan waktu perhimpunan harian kita.

sekian, salam semanisenyuman dari hati yang berbentuk <3 ni.. 
^_^

Monday, 14 January 2013

Kisah Salman Al-Farisi

*KETIKA SALMAN AL-FARISI DITOLAK LAMARANNYA*

Islamedia - Salman al Farisi adalah salah seorang sahabat Nabi saw yang berasal dari Persia. Salman sengaja meninggalkan kampung halamannya untuk mencari cahaya kebenaran. Kegigihannya berbuah hidayah Allah dan pertemuan dengan Nabi Muhammad saw di kota Madinah. Beliau terkenal dengan kecerdikannya dalam mengusulkan penggalian parit di sekeliling kota Madinah ketika kaum kafir Quraisy Mekah bersama pasukan sekutunya datang menyerbu dalam perang Khandaq.

Berikut ini adalah sebuah kisah yang sangat menyentuh hati dari seorang Salman Al Farisi: tentang pemahamannya atas hakikat cinta kepada perempuan dan kebesaran hati dalam persahabatan.



Salman Al Farisi sudah waktunya menikah. Seorang wanita Anshar yang dikenalnya sebagai wanita mu’minah lagi shalihah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai pacar. Tetapi sebagai sebuah pilihan untuk menambatkan cinta dan membangun rumah tangga dalam ikatan suci.

Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya. Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khithbah, pelamaran.

Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada shahabat Anshar yang telah dipersaudarakan dengannya, Abu Darda’.

”Subhanallaah. . wal hamdulillaah. .”, girang Abu Darda’ mendengarnya. Keduanya tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasa cukup, beriringanlah kedua shahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang shalihah lagi bertaqwa.

”Saya adalah Abu Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam, sampai-sampai beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar putri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abu Darda’ berbicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.

”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”menerima Anda berdua, shahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang shahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.”

Abu Darda dan Salman menunggu dengan berdebar-debar. Hingga sang ibu muncul kembali setelah berbincang-bincang dengan puterinya.

”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang bicara mewakili puterinya. ”Tetapi karena Anda berdua yang datang, maka dengan mengharap ridha Allah saya menjawab bahwa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawaban mengiyakan.”

Keterusterangan yang di luar kiraan kedua sahabat tersebut. Mengejutkan bahwa sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya. Bayangkan sebuah perasaan campur aduk dimana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesadaran. Ya, bagaimanapun Salman memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya.

Namun mari kita simak apa reaksi Salman, sahabat yang mulia ini:

”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

Betapa indahnya kebesaran hati Salman Al Farisi. Ia begitu faham bahwa cinta, betapapun besarnya, kepada seorang wanita tidaklah serta merta memberinya hak untuk memiliki. Sebelum lamaran diterima, sebelum ijab qabul diikrarkan, tidaklah cinta menghalalkan hubungan dua insan. Ia juga sangat faham akan arti persahabatan sejati. Apalagi Abu Darda’ telah dipersaudarakan oleh Rasulullaah saw dengannya. Bukanlah seorang saudara jika ia tidak turut bergembira atas kebahagiaan saudaranya. Bukanlah saudara jika ia merasa dengki atas kebahagiaan dan nikmat atas saudaranya.

“Tidaklah seseorang dari kalian sempurna imannya, sampai ia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang ia cintai untuk dirinya.” [HR Bukhari]

Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil hikmah dari kisah Salman ini.

Monday, 7 January 2013

wanita dan kesedihan

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum... 
hey, daha lewat petang ni.. 
so, ainul taknak cakap panjang-panjang..
just nak kongsi ni jer.... 
^_^

T_T
Wanita amat halus perasaannya. Sebab halusnya perasaan itulah sering membuat hati mereka mudah tercalar dan mudah menitiskan air mata.
Wanita ni jika insan yang mereka sayang melukakan hati mereka, mereka seboleh mungkin cuba mengubati perasaan itu tanpa berkata apa-apa. Kadang kala mereka cuba berlagak biasa walau sesekali menangis di di belakang lelaki kesayangan.
Entah mengapa wanita sering disakiti perasaannya. Apakah tanda-tanda hati wanita tersebut terguris?

1.Pendiam
-Tiba-tiba dia menjadi pendiam berbanding biasa. Dia kurang bercakap dan lebih banyak mendiamkan diri

2.Tidak bertentang mata
-Dia sedaya mungkin cuba mengelak diri dari bertentang mata apabila bercakap. Nampak sangat dia cuba melindungi orang lain dari mengetahui isi hatinya

3.Mengelamun
-Dia banyak mengelamun melayan perasaannya sehinggakan dia dia terlupa dia sedang diperhatikan atau di soal

4.Dia banyak mengaji
-Dia banyak mengaji berbanding kebiasaan. Dia cuma merawat luka di hati dengan lebih mendekatkan diri kepada pencipta

5.Dia mudah naik angin
-Ada juga sesetengah wanita yang kesedihan mudah naik angin bila mereka kesedihan akibat tak mampu mengawal kesedihan di hati.

tengok-tengok, betul tak kaum hawa bila menangis you all macam ni?... 
hehe... say YES!. same la... ^_^
sesetengah kaum hawa, dia lebih suka bersendirian bila dia bersedih. 
tapi.., ada jugak yang inginkan perhatian dari orang lain yang mampu mengubat hatinya.
so, harap-harap... ada orang yang akan memahami diri anda. :)

salam semisenyumanmu.. ^_^
thank read!



Saturday, 5 January 2013

.............

*dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum..
huh.. dah start sekolah, banyak gile nota-nota yang perlu dibuat.

tapi... cuti hujung minggu ni tak best langsung.
memberi ainul tekanan.
ainul ditipu hidup-hidup kut.
ya ALLAH... macam tak percaya.
hancur hati, pecah berderai.
sakit kut... 
SAKIT sangat-sangat.
but, dah biasa macam ni... 
walaupun dah biasa, hati perempuan ni lembut...
dia akan menangis jugak. 

ya ALLAH!!!!!!!!!!!!!!
nak MATI!. 
ainul tak mampu jadi orang lain...
ini perangai ainul, ini cara ainul.
maaf sangat-sangat kalau tak boleh terima. :'(
  tolong terima kelemahan ainul please.....


Tuesday, 1 January 2013

dalam ingatan lolipop dormF. ^_~

*Dengan Bismillah, ku mulakan bicara*

today, I want to story about my dorm. 
kalau ada yang taknak tahu, apa ainul kisah.
tapi..., siapa nak tahu. THANK SO MUCH sudi baca. :)
 hehehe.. :D

tahun lepas, ainul dapat duduk asrama.
but, tahu ni.. tak dapat sebab takde kekosongan...
kesian dekat ainul... :P 

hoho... best la jugak dok dekat asrama SAMSMEL ni.. 
tapi, dekat Yayasan lagi best. walaupun duduk dalam dorm kat Yayasan tu macam duk dalam tin sardin.
korang tahu sebab ape ainul cakap tin sardin. 
1 dorm, duduk 30 orang. Oh My God!!!!!!!!!!!.
SEMPIT!.

tapi bersyukur, selepas pindah dari Yayasan.
dapat pulak masuk sekolah yang dekat dengan rumah.
pastu dapat masuk asrama pulak, dorm dia luas. tapi tak best, sebab tak bebas sangat.
grrrr... CEREWET!

 kisah lolipop'dormF' ainul ni,
ahli dorm ni terdiri daripada 20 orang jer..., yang ainul tahu,
perangai kiteorang, Giler-giler... suke ikut hati masing-masing.
peraturan asrama kiteorang ikut... but... apa exco cakap, kiteorang tak berapa suke dengar la.
tak minat!. 

kadang-kadang, dorm lain buat tugasan, kiteorang duduk dalam dorm jer...
tidur, sembang, main, study, ikut mood masing-masing la.
kalau dah ada salah sorang ahli dorm tu mula buat tugasan, baru kiteorang buat.
walau macam mana pun, kiterong seHATI seJIWA k... >_< 

kadang-kadang, sampai warden yang panggil kiteorang untuk buat tugasan.
bertuah sungguh.


*gambar form4, form5 je... yang lain tak sempat nak ambil*

*ha. tu kawan ainul.. setiap hari tak sah kalau tak kacau ainul..
grrr..=='

*yang tengah tu, senior...

sebelah kiri tu senior jugak, kecik comel je orangnye. ^_^

ha. yang dok berkepit dengan ainul tu, ketua dorm.
sporting kut!!! >_<


*kak syieka, salsabila, kak zati, najiha, ainul, kak arina*
lastly, kak ika... but, not here.

ainul sayang dorm F ni... but sekarang tinggal kenangan... 
hidup harus diteruskan...

ainul pun dah jadi senior.. hope batch form5 tahun ni, dapat jadi pemimpin sekolah yang terBAIK!!
 seterusnye menyelasaikan visi sekolah 
"SAM sg. merab luar gemilang menjelang tahun 2013. in sya ALLAH.."


bertemakan lollipop sebab sebatang gula-gula lollipop yang mempunyai pelbagai warna didalamnya.
samalah, dengan satu dorm. yang ahlinya terdiri daripada beberapa orang pelajar tingkatan 1 hingga 5.
namun, mampu bersifat seHATI seJIWA.
SWEETNYER!

sekian, salam semanisenyumanmu... :)