Wednesday 2 November 2011

Nukilan Hati.

hey! korang ngah watpe tu? kalau tak ada keje nak buat, jom baca nukilan saya niy... saye buat nukilan niy time dekat sekolah. bosan giler2, xtau nak buat ape. tetiba jer, tangan ni bergerak untuk menulis satu nukilan hati. sebelum tu, " jangan pikir pape tau." :)

inilah hasilnyer >

Wahai Sahabatku,
cinta ini lumrah kehidupan,
ianya hadir tanpa diduga,
cinta itu milik Tuhan,
ia akan hadir dan pergi dan kehendak yang Esa.

Wahai Pencintaku,
cintailah Tuhan mu sebelum kau mencintaiku,
sayangilah kedua ibubapa mu, sebelum kau menyayangi diriku,
kasihilah saudara2 mu, sebelum kau kasihi aku.

Wahai Pencintaku,
ku harap kau mencintaiku,
bukan kerana kecantikan ku,
kerna aku takut, kecantikan ini berlalu pergi.

Wahai Kekasihku,
kuatkanlah cintamu buat ku,
cintailah aku kerna agama yang suci,
dan cintai aku, kerna Tuhan yang satu,
jika pudar cintamu terhadap agama dan Tuhan,
maka pudarlah cintaku terhadap mu.

Wahai Kekasihku,
begitu banyak dugaan yang datang untuk memisahkan hati ini,
dengan adanya kesabaran dan ketaqwaan,
hati ini sentiasa bersatu.

Ingatlah Wahai Pencintaku,
jika kita dipisahkan,
ingatlah Tuhan jika kau merinduiku,
moga Tuhan pertemukan aku dalam mimpimu.

adoii, penat menaip. panjang pulak nukilan aku ni. k la.. sekian.
wassalam.

> moga kita dapat bertemu lagi. < ilysm. :*

No comments :

Post a Comment