Tuesday 22 July 2014

Boleh ke ada Crush? 2

*Dengan lafaz Bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum,
Hai 
and Hello. 

oke. kita sambung entry pasal Crush hari tu.
siapa belum baca yang first post entry
please baca, klik sini oke? :)

**********************************************

Kalau Kita Suka Seseorang, Nak Buat Apa?

Bila kita dah suka seseorang misalnya, apa kita nak buat?
Nak couple? oke, Nabi saw bersabda :
" Tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain dari berkahwin! "
(Hadis riwayat Ibn Majah)

So, kalau kita rasa yang kita ni tak layak nak berkahwin, jangan buang masa fikir pasal crush, suka dia ni, suka dia tu, entah berapa kali tukar orang..  Apakah? 
Kalau rasa dah bersedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolong kita untuk risikkan, suruh dia tolong. Simple je.. Berapa ramai orang yang tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu.. 
Bahagia gila.. hihihi.. ^_^

Kalau kita just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, 
ketahuilah bahawa kau dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.

Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang kita perlu lakukan ialah 
Usaha sedaya upaya dengan segala kemampuan untuk MELUPAKANNYA.
Contohnya, cinta time sekolah dan universiti misalnya. Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu. 

Kalau kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu!
Bak kata Ibn Qayyim, orang yang meluahkan perasaan cintanya kedapa seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin maka orang tu telah MENGANIAYAI orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan kepada harta. Tiada jalan lain, melainkan usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama.

Hadis yang kata : 
" Sesiapa yang bercinta dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebagai syahid ", 
hadis diatas adalah hadis PALSU!

Ibn Qayyim berkata :
orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu RedhaNya.

Nasihat Ulama' Berkenaan Isu Crush dan Cinta Sebelum Nikah
Jom kita temgok apa yang ulama'-ulama' pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni.
Hayati dengan MATA HATI,
CHECK diri kita,
MUHASABAH dan
ISTIGHFARlah..

**PERTAMA**
Jami' bin Mahuih bertanya : 
" Apakah orang yang bercinta buta itu dosa? "
Lalu Said bin Almusayyab, mufti Madinah dizaman itu menjawab :
" Ianya tercela.. "
Lepas tu Said berkata :
" Demi Allah, tidak pernah seorang pun bertanya tentang hal ini kepadaku. Jika seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi..

**KEDUA**
Iman Al-Ghazali  cakap :
" Aku dapati dalam bercinta terdapat banyak dosa besar.. "
Kenapa? Bayangkan,
mula dengan crush, kita dah tak dapat tundungkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. 
Bukankah itu semua dosa?! 

**KETIGA**
 " Orang yang mencintai sesuatu selain Allah (mencintai wanita/lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksa dia.. "
(Ibn Qayyim)

" Kehinaa akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tidak merasakan yang kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada di dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka, kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang.. "
(Ibn Qayyim)

" Apabila seseorang itu mula mencintai, maka, dia kan sibuk memikirkan orang yang dicintai sehingga  dia kurang fikir tentang agama dan dunianya... "
(Ibn Qayyim)

" Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang dicintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta.. "
(Ibn Qayyim)
 
**KEEMPAT**
Ada sekali, ada orang bawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas Ibn Abbas bertanya :
" Kenapa lelaki ini mati? "
Maka orang ramai menjawab :
" Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta.. "
Maka Ibn Abbas berkata :
" Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini... "

Seorang penyair menyebut :
" Hidup orang yang bercinta, permulaannya hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh,
Pertengahannya penyakit,
dan pengakhirannya adalah kematian hati dan jasad.. " 

**********************************************

Saya harap, dengan kata-kata ulama' ni, kita dapat jelas bahawa betapa bahayanya jika kita sering melayan crush-crush dan langsung tiada usaha untuk lupakannya!

Ainul harap perkongsian kita kali ni dapat membaiki hati serta meningkatkan keimanan yang sedang merosot tanpa kita sedar.

Sekian, Salam sayang dari hati ke HATI. 
Cinta Allah dulu, kalau dah kahwin cintalah suami/isteri anda.. ^_^

No comments :

Post a Comment