Assalamualaikum kalian.
entry kali ni, macam istimewa.
entry kali ni, macam istimewa.
nak menaip panjang ni, harap sabar membaca.
boleh la kongsi-kongsi cerita.. :P
feeling excited. >_<
macam dah lama je tak update blog?,
memang pun!.malas menaip laa... (mulut muncung, nada ngade2 sikit ye)
***********************
orang selalu post entry ucap "Ramadhan dah nak sampai, yeay!", feeling happy ^_^
tak pun
"Ramadhan jangan pergi... insaflah.. hmm.." feeling sedih T.T
tak pun
.
.
.
.
.
.
.
"Selamat Hari Raya!!" pada awal syawal
lepas tu, mesej pun masuk berlambak-lambak dekat phone, facebook, wish whatsapp lagi ape lagi?
haish.. salah tafsir betul la insan ni.
memang la sambut Syawal kena Happy-happy je kan.
sebab menyambut kemenangan sebulan berpuasa.
dan akhir-akhir ramadhan masing-masing ucap "salam Aidilfitri"
yang bermaksud hari kembali kepada fitrah atau suci
tapi kamu sedar tak?
kita tak kembali kepada fitrah diri kita.
mudah je nak tahu kite dah kembali kepada fitrah atau belum. tengok la cara kita berpakaian dan cara menutup aurat.
Kamu tahu kemenangan tu untuk ape?
untuk orang yang dapat melawan nafsu dia dan dapat kembali kan diri dia kepada fitrah asal.
untuk keterangan lanjut >> Manakalah dakwah konsep aidilfitri
jangan bila Ramadhan je kita beribadah bersungguh-sungguh, seolah-olah nyawa kita berada di hujung tanduk.
NO!
kita perlu kekalkan ibadah itu disepanjang hari kita. Jadikan amalan untuk kekal hidup sihat, diredhai dan dirahmati. OKEY? ^_~
sebab Hukama' ada menyebut,
" Bukanlah sebenar-benar hari raya itu bagi orang yang memakai pakaian baru TETAPI orang yang ketaatannya terus bertambah."
dan
" Bukanlah sebenar-benar hari raya itu bagi yang berhias-hias dengan pakaian dan kenderaan TETAPI bagi orang yang diampunkan dosa-dosanya. "
dan
" Bukanlah sebenar-benar hari raya itu bagi yang memperolehi dinar juga dirham, TETAPI bagi orang yang mentaati Allah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. "
So!
bila datangnye Ramadhan, Syawal juga bulan-bulan yang bermakna dalam Islam ni, kita mesti lah tahu konsep atau makna mengikut Islam jangan mengikut adat ye.
No,No,No... hihik.
Akhir sekali,
Maaf Ramadhan kerna aku tak menghargai kehadirankan kamu, aku rasa sungguh rugi. mungkin hati aku terlalu gelap ketika itu. Aku tak nampak cahaya yang dibawa Ramadhan.
Allah sahaja yang tahu. pasti ada hikmahnya..
Tapi.... di Awal pagi Syawal.
keindahan, ketenangan hati dapat aku rasa.
Allah.. berhias cantik aku dipagi syawal, sesungguhnya Engkau Maha melihat.
Ia menjadi sungguh bermakna bagi aku pada tahun ini.
dan tercatat indah dalam diary bahawa aku dapat merasai cintaMu diakhir aku bersama Ramadhan, Takbir raya berkumandang aku sedar akan kehilangan Ramadhan.
disaat itulah aku menangis kesal dan merasai cintaMu.
tak dapat aku gambarkan. tenangnya. :)
Alhamdulillah, diberi peluang untuk terus hidup. Terima Kasih Syawal.
Ramadhan, aku ternanti kehadiran kamu ditahun hadapan.
moga aku dapat mengenali kamu lebih dekat.
Maafkan dosaku Ya Allah.
No comments :
Post a Comment