Friday 22 June 2012

21/6 adalah HB saye!!

Assalamualaikum... ade orag tak?
kalau ade, tolog jawab salam boleh tak?

agak lama blog ni tak di update. 
fuhhh! berhabok!
haaasim! terbersin plak. 

okey, nak bagitau.
21/6/1996
itu lah tarikh befday ainul... 

jom ramai2 kite ucap befday kat ainul. 

dah ucap, jom kite nyanyi lagu ni plak ye!


thank semua yang sudi nyanyikan tu.. haha.. XD

nak citer sikit, 
time hari befday ainul, awal2 pagi masuk kelas tu kawan2 perempuan dah mula nyanyi.
hoho... terharu giler!! malu. merah muka ku. 

lepas tu, diorang ni nyanyikan lagi sekali, dalam kelas jugak.
tapi.. time tu budak2 laki kelas ainul semua ade dalam kelas.
ya ALLAH!!! malunye.. 
ditambah plak dengan beberapa orang pakcik2 form5 yang memang suka merayap kat kelas ainul tu, ade sekali.
memang riuh seKAMPUNG!

tapi, yang paling tak disangka-sangkakan, ainul dapat
coklat FERRERO ROCHER dari orang misteri..

hmm.. sedapnyer.. :P

haha.. 'memang kamu pandai buat kejutan untuk saya'.
jangan jeles!. XP
 
coklat tu, diletakkan dalam beg ainul.
tanpa nama pemberi. yang hanya ditinggalkan, sekeping kertas yang tertulis.
"jangan sandar kat beg, HB."

huh! hampir 2hari ainul cari sape pemberinye..
tapi.. akhirnye ainul dapat tau sape yang bagi.

thank giler2. XD
terharu.
 
and thank jugak kepada kawan2 ainul yang bagi hadiah tu.
tak lupa jugak, yang wish befday ainul. 
hoho... thank sangat2!. XD

wassalam.. ^_^

Thursday 7 June 2012

Amalkan sebelum TiduR. -_-

Assalamualaikum. 
hey semua!. jom bace bawah ni.
moga peroleh pahalaNya sebagai bekalan ke akhirat kelak. :)
 
************************************
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkaraseketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
 ************************************
so, ape tunggu lagi. jom kite amalkan same2. ^_^
sekian, wassalam.. 

Kata-kata MUSLIMAH yang HEBAT!

 Bismillah...  ^_~

* Kalau ILMU, kite sebar2kan..
sebagai manfaat bersama. 
moga peroleh SYURGANYA..
insyaALLAH. ^-^

berdakwah kerna ALLAH. keep smile. =)

~Mutiara kata~

Kata-Kata Hikmah Imam Al Ghazali

  • Apakah yang paling dekat dengan kita?
Yang paling dengan kita adalah Mati..
Janji Allah.."tiap2 yang hidup pasti akan merasai mati"
  • Apakah yang paling jauh dengan kita?
Yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu..
Perkara yang kita tidak boleh untuk patah balik dan tidak akan dapat mengembalikan masa yang lalu.Lalui hari2 yang mendatang dengan berlandaskan syariat Allah..
  • Apakah yang paling besar di dunia ini?
Yang paling besar di dalam dunia adalah hawa nafsu..
Hawa nafsu terbahagi kepada banyak perkara antaranya..nafsu makan,nafsu tidur,nafsu seks,nafsu untuk mendapatkan sesuatu dan byk lagi..
Rasulullah S.A.W bersabda "Jihad peperangan baru sesikit..lalu para sahabat terkejut dan bertanya..apakah jihad yang paling besar..jawab Nabi ....Jihad yg paling besar adalah berperang dengan hawa nafsu"..
Firman Allah S.W.T "Maka kita harus berhati hati dengan hawa nafsu,jangan nafsu membawa kita ke api neraka"..(Al A'raf  :179)
  • Apakah yang paling berat?
Yang paling berat adalah Amanah..
"Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka menjadi (khalifah)pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah" (Surah Al-Azab :72).
  • Apakah yang paling ringan di dunia?
Yang paling ringan adalah meninggalkan Solat..
Sibuk..Sibuk dan Sibuk..Penat..Penat dan Penat.itulah alasan yang paling ketara untuk meninggalkan solat..Gara gara kerja..dengan semudah ABC meninggalkan solat!
  • Apakah yang paling tajam di dunia?
Yang paling tajam adalah Lidah..
Lidah? timbulnya fitnah..mengumpat..mencaci..mencerca..mengutuk..memaki dan sbgnya..
Daripada Abu Hurairah: Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah saw tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab ”Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”. Baginda ditanya tentang apa yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab ”Mulut (lidah) dan faraj (alat kelamin)” 

Sujudku Hanya PadaMu ya Allah

Janji ALLAH =)

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (27 : Surah An Nur)

Saturday 2 June 2012

tengok ini! puteri sayang mereka~

Assalamualaikum.
salam sejahtera dan moga semua diredhai.

hmm... takde citer yang nak dikongsikan.
just... nak tunjuk ni 

okey, tengok gambar follower saya tu...
and... apa yang ada dalam fikiran anda?

adakah dalam fikiran anda.... 
"bataknye budak ni... blog orang lain dah follower beribu-ribu, tak batak pun"
"siannyer... baru ramai ni follower? haha... aku punye follower lebih dari dia"

oke. stop and stop! dari fikir negatif. think positif for all people.  

hmm.... okey. malas nak taip panjang2.
ainul just nak cakap, jumlah follower ainul "143"

same dengan " I LOVE YOU "

~I LOVE YOU my reader~
hoho...

sekian, wassalam...

*thank kerna sudi baca entry yang merepek ni....
haha.... ^_~

Friday 1 June 2012

MamPuKaH Aku mEnjAdi WaNitA SoLehAH SePeRti MeReKa???





Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah & Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan kejalan fisabilillah,
Susah & senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong kesusahan & penderitaan,
Tidak sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku,
Melihat Pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah, taat dengan ayahnya,
Yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah,
aku ingin intip serpihan sabar,
dari catatan hidup Siti Sarah...
tabahkanku,,
setelah ummi Nabi Ibrahim,
mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Diterik padang pasir,
pengharapan hanya pada Allah,
itulah wanita Siti Hajar...

MamPuKaH Aku mEnjAdi WaNitA SoLehAH SePeRti MeReKa???

~Demi Cinta Allah~


~Demi Cinta Allah~

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."