Wednesday, 20 February 2013

Gadisku ^_^

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Gadisku…
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Gadisku…
Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.

Gadisku…
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”. Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku…
Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.

Gadisku…
Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”

Tuesday, 12 February 2013

Durian Crepe

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum..
hoho.. laju je jari jemari ni menaip..
macam dah biasa je. booo... memang dah biasa!

diri ainul dah tak terurus dah sekarang. sakai!
macam mayat hidup dah. 
lantak.... aku tak kisah pun. diri aku, bukan diri orang lain.

pape pun, hari ni. ainul balek asrama. 
macam biasa, masuk asrama sebelum pukul 6.00 petang.
so, ainul mesti sampai pagar asrama pukul 5.59 petang!. 

awak... kol la saya, sebelum balek asrama. grrrr!!! 
naik gila aku!

oke, kembali ke tajuk asal...
**DURIAN CREPE**

penah makan tak? mesti pernah kan.
first time ainul makan durian crepe ni, tahun lepas. bulan 12.
time tu popular gile durian crepe ni.

mula-mula ainul tengok, wah!!! macam durian la bentuk dia.
dalam hati, *atototo... comeinye bantal ni...
sebab kecikkan? nampak macam bantal. COMEL!

bulan satu tahun ni, ainul pergi belanja buat durian crepe dengan buat pavlova.
pavlova tu kan, sedap giler!!! 
macam gula-gula kapas. memang sedap la.. di hias dengan buah-buahan segar.
sebab tu kalau dipasaran harga dia mahal.

ha! ni la pavlova.. bagi siapa yang tak pernah tengok.
*naik juling mata ainul, nak cari gambar pavlova yang lawa*.
biasanya, dihias dengan buah yang mahal seperti kiwi dan strawberry.
nyam,nyam.. sedapnye... 
nampak tak bawah dia berkerak. makan je, rasa rangup. sedap. taktau nak citer bagaimana sedapnye.
you all cuba lah sendiri.

dan sekarang, my favorite cake is PAVLOVA.
PAVLOVA
oke, dah lari jauh ni..
patah balek. kembali pada tajuk....

cuti tahun baru cina ni,
acik ainul ngan husband dia suruh ainul buatkan durian crepe.
husband acik ainul pandai masak. tapi, mereka baru je dapat cahaya mata. jadi mereka tak sempat nak buat durian crepe tu. 
last-last, ainul juga yang mereka cari... 
dah biasa dah.. dari sebelum kahwin, sampai lah dah kahwin. pape pun, mesti acik ainul ni cari ainul.
 untung duduk asrama, kalau tak kena jaga anak acik cik plak.  >_<
 
semalam semangat nak buat durian crepe ni,
umi ainul ronda-ronda dekat bangi ngan kajang ni... tak jumpa-jumpa pun durian. sedih jer.. :(
tapi, guna buah lain pun boleh. macam buah mangga, anggur and more.

tapi, kalau guna durian lagi sedap ainul rasa.
so ainul cadangkan.
"umi, guna la tempoyak.. dalam peti ais tu kan ada tempoyak"
umi ainul cakap,
"hang toksah dok buat gila, mana ada orang buat durian crepe guna tempoyak"
ainul pun, "ouh oke.... "

idea ainul tak munasabah... lantak la. 
takde durian, tak payah buat. senang. 

oke, dah habis citer. 
sekian, salam semanisenyuman ikhlas dari hati berbentuk love. <3