Sunday 22 January 2012

hukum memberi salam pada bukan muhrim

kali ni, ainul nak kongsi sedikit ilmu agama dengan anda semua.
anda semua harus baca! tak boleh nak taknak baca.
tapi kalau dah tau, takpe la...

dulukan, pernah la seorang hamba Allah ni tegur ainul.
hamba Allah ni seorang lelaki. dia tegur macam guna perkataan hoi, hai, oitt, dan seakan dengannye.
tak pernah nak bagi salam. ainul pun rasa pelik, sebab apa dia tak bagi salam kat ainul.
ainul biarkan jer...

sampai satu hari tu, dia tegor ainul guna perkataan yang ainul cakap tu la.
kemudian ainul balas teguran dia dengan memberi salam, " assalamualaikum "
dia cakap, "dia tak boleh jawab salam ainul."
aik, kenapa?.
lepas tu, dia bagi tau hukum2 memberi dan menjawab salam ni.
sebenarnye time tu ainul tak faham apa yang dia cakap, tapi ainul tau apa yang dia nak terangkan.

sejak hari tu, ainul tertanya-tanya hukum memberi dan menjawab salam pada bukan muhrim.
atas izin ALLAH, hari ni telah terjawab soalan ainul tu. alhamdulillah.....

Apakah hukum memberi salam kepada bukan muhrim..... adakah makruh atau haram atau bergantung kepada keadaan?

Berikut ini adalah sedutan secara bebas dari Al-Nawawi di dalam al-Azkar . Katanya, memberi salam dan menjawab salam antara lelaki dan perempuan adalah seperti hukum memberi dan menjawab salam sesama lelaki. Sunat bagi seorang perempuan memberi salam kepada lelaki, dan begitulah sebaliknya. Dan, salam itu wajib dijawab.

Itu jika perempuan itu adalah mahramnya. Bagaimana pula jika perempuan berkenaan bukan mahramnya?

Apabila perempuan itu bukan mahramnya dan dia merupakan seorang yang cantik jelita yang dikhuatiri akan menimbulkan fitnah, maka seorang lelaki tidak boleh memberi salam kepadanya. Jika lelaki itu memberi salam, perempuan berkenaan tidak boleh menjawabnya. Begitu juga dengan perempuan itu, dia tidak boleh memberi salam. Jika perempuan itu memberi salam juga, maka makruh hukumnya menjawab salam itu.

Dari Atha’ al-Khurasani, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiada bagi wanita itu salam, dan tiada ke atasnya salam.” (HR Ibnul Jauzi)
Ia bermaksud, perempuan tidak boleh memberi dan menerima salam kepada atau dari lelaki yang bukan mahramnya.

Dan, jika perempuan itu tua dan tidak mungkin akan menimbulkan fitnah, maka sudah tentu dia boleh memberi salam kepada seorang lelaki. Dan salam itu wajib dijawab oleh lelaki berkenaan.

Di atas, adalah hukum memberi salam antara lelaki dan perempuan – seorang dengan seorang. Bagaimana pula jika memberi salam kepada sekumpulan perempuan yang bukan mahram? Atau perempuan memberi salam kepada sekumpulan lelaki yang bukan mahram?

Al-Nawawi mengatakan bahawa jika perempuan-perempuan berkumpul dalam satu kelompok, maka orang lelaki boleh memberi salam kepada mereka. Atau orang-orang lelaki dalam suatu kelompok memberi salam kepada seorang perempuan, maka hal itu dibolehkan – Apabila tidak ditakutkan timbulnya fitnah bagi kedua belah pihak.

Mengenai perkara ini terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan lainnya, dari Asma’ biti Yazid r.a. yang berkata: “Rasulullah s.a.w. lalau di depan sekelompok perempuan yang sedang duduk, maka baginda memberi salam kepada kami.”

Bukhari pula meriwayatkan dari Sahal bin Saad r.a., katanya: “Ada seorang perempuan tua yangs edang memasak dan menggiling biji-biji sya’ir (gandum). Apabila kami selesai sembahyang Jumaat, pergilah kami memberi salam kepadanya, lalu dia menghidangkan makanan untuk kami.”

Begitulah sebahagian pendapat al-Nawawi di dalam al-Azkar mengenai hukum salam kepada perempuan.

Kesimpulan disini >
1. Memberi salam kepada perempuan mahram adalah seperti hukum memberi salam kepada sesama lelaki.
2. Tidak boleh memberi salam atau menjawab salam perempuan yang dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.
3. Dibenarkan memberi salam kepada perempuan yang dikhuatiri tidak akan menimbulkan fitnah. Dan wajib menjawab salam dari perempuan berkenaan.
4. Dibenarkan memberi salam kepada kelompok wanita. Atau kelompok lelaki memberi salam kepada seorang wanita.

 
moga kita dapat menambahkan ilmu agama kita bersama-sama. :)

sekian, wassalam.

>may Allah bless you<

9 comments :

  1. mcm mna pula kalau bg salam dlm cht? ttp tidak dibenarkan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah jawab dekat email..

      Delete
    2. Emailkan kat saya jugak boleh ? Nak tahu jugak kalau bagi salam kat chat boleh ke tak ?

      Delete
    3. ye sye pon nk thu jwb atau beri salam dlm chat?

      Delete
  2. Salam ainul. Kalau dua org lelaki dan perempuan bukan mahram nak ckp hal penting (homework, kerja, etc.), boleh tak memberi dan menjawab salam? Kalau dlm chat pulak cane? Jazakillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sahabat. Cantik nama persis nama adik ku. :) maaf atas keterlambatan memberi blas. Untuk hal penting, eloklah kita mulakan dengan salam. Takkan nak ber"hoi" plak.. kan kurang molek. Kang terperanjat teman2 kita tu. Tambah2 bukannya kita berdua, laki dan perempuan sahaja. Ramai. pastikan, salam itu tidak menimbulkan FITNAH dan hati kita juga ikhtilat dijaga dan terjaga. jangan dok gatai bagi salam, "assalamualaikum rindu" atau "assalamualaikum cinta" plak. tu memang bukak pintu fitnah. Hehe. Kalau dah orang bagi salam, maka wajib kita menjawabnya, kerana mmberi salam dalam kelompok dibolehkan. Namun seprti saya katakan tadi jangan bagi timbul fitnah!. sekiranya takde yang beri salam teruskan je mulakan kerja.., yang penting jangan lupa bismillah. Moga Allah permudahkn dan redha dalam setiap kerja yang kita lakukan. Kalau dalam chat? Tak perlu jawab, sebab salam yang perlu dijawab apabila salam yang dilafazkan dengan lafaz/kata "assalamualaikum". Ni yang ainul dapat membantu, lebih kurang kita sama2 perbaiki. Terima kasih. 😊

      Delete
    2. Waalaikumsalam sahabat. Cantik nama persis nama adik ku. :) maaf atas keterlambatan memberi blas. Untuk hal penting, eloklah kita mulakan dengan salam. Takkan nak ber"hoi" plak.. kan kurang molek. Kang terperanjat teman2 kita tu. Tambah2 bukannya kita berdua, laki dan perempuan sahaja. Ramai. pastikan, salam itu tidak menimbulkan FITNAH dan hati kita juga ikhtilat dijaga dan terjaga. jangan dok gatai bagi salam, "assalamualaikum rindu" atau "assalamualaikum cinta" plak. tu memang bukak pintu fitnah. Hehe. Kalau dah orang bagi salam, maka wajib kita menjawabnya, kerana mmberi salam dalam kelompok dibolehkan. Namun seprti saya katakan tadi jangan bagi timbul fitnah!. sekiranya takde yang beri salam teruskan je mulakan kerja.., yang penting jangan lupa bismillah. Moga Allah permudahkn dan redha dalam setiap kerja yang kita lakukan. Kalau dalam chat? Tak perlu jawab, sebab salam yang perlu dijawab apabila salam yang dilafazkan dengan lafaz/kata "assalamualaikum". Ni yang ainul dapat membantu, lebih kurang kita sama2 perbaiki. Terima kasih. 😊

      Delete