Sunday 5 February 2012

Baginda Rasulullah menCINTAI kita.

salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam. :)
ingat lagi tak perjuangan Rasulullah dan umat Islam terdahulu?
semangatnya perjuangkan agama ISLAM.. kagum sangat-sangat.

semalam ainul tengok kisah perjuangan Rasulullah S.A.W.
Ya ALLAH... sedihnye. air mata mengalir. mudah sangat tersentuh.
ketika itu, mulut tak mampu berkata apa-apa. melainkan berzikir dan berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

melihat para sahabat dan umat Islam ketika itu berjuang menegakkan agama Islam. subahanallah... hebatnya.
semangatnya mereka berjihad demi Islam agama yang MULIA.

walaupun ramai tentera Islam syahid, namun tentera Islam tidak pernah berundur mengaku kalah.
berjihad, berjihad dan terus berjihad meluaskan agama Islam.
pada bibir serta lidah para sahabat dan umat Islam ketika itu sentiasa dibasahi dengan zikrullah, takbir  yang membesarkan Tuhan yang Esa.
" ALLAHU AKBAR "

semangat ainul tengok umat Islam berperang, tak pernah takut dengan musuh.
dalam fikiran hanya mampu bayangkan jika sewaktu tu ainul ada bersama perjuangkan agama Islam.
rasa bersyukur yang tak terhingga jika dapat bersama mereka. sebab ainul teringin sangat pergi berjihad.
tapi... kenapa ainul tak boleh pergi berjihad lagi?....

Ya ALLAH,... cepat la bagi aku besar, aku nak pergi berjihad. please...
nak je merayu-rayu. 

k la... nanti pasti ainul akan dapat pergi berjihad juga!.
ainul nak pinjam masa anda beberapa minit, untuk kongsi video ni. bolehkan? 


selepas melihat video ni, apakah yang anda rasa?. jawablah untuk diri anda sendiri.
muhasabahkan diri. moga dapat berjuangkan ISLAM di akhir zaman.

grrr... kejamnya yahudi!!!. geram ainul.

dimanakah umat Islam? kenapa masih berdiam diri? mereka di Palestin tu saudara kita. kenapa sanggup melihat saja? mana semangat umat Islam yang dulu?....
jika boleh aku melangkah pergi kesana, sudah tentu aku akan membantu mereka.
jika hanya sekelip mata aku boleh membesar, aku bersedia untuk pergi berjuang.

sekarang ni... banyak dah ainul dengar yang ramai umat Islam telah murtad. nauzubillah...
sedih je ainul dengar.

kenapa akidah umat Islam boleh runtuh? kenapa tak bimbing mereka yang lemah? tak sayang Rasul kita ke?
tak kesian pada Baginda ke? Baginda dan umat Islam yang terdahulu bersusah-payah berjuang menegakkan agama Islam.

tapi... kenapa umat Islam zaman sekarang tak seperti zaman terdahulu?. sedih Rasulullah melihat umatnya sekarang ni. sedangkan Baginda telah meninggalkan kita dengan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan.

tahukah kamu... Rasul Allah Muhammad S.A.W. sangat mencintai kita?
dimana terbukti disaat akhir sebelum Baginda wafat, apa yang difikirkan Baginda hanyalah umatnya.
Baginda menyebut
 " ummati, ummati, ummati.. "

betapa sayangnya Rasulullah kepada kita.
adakah kita sayang pada Baginda?
hanya terlafaz pada mulut, " aku cinta Rasulullah, aku sayang Rasulallah "
namun, kata-kata itu tidak sampai dihati kita.
kita tipu diri kita, kita dusta pada Rasul kita.

kembalilah kepada fitrah kejadian kita.
mari kita hayati video ni >


moga kita dapat bersama-sama menegakkan agama Islam.
renungan buat anda dan juga diri ini.

salam Maulidur Rasul.
sekian, Wassalam. :)

> may ALLAH bless you <

No comments :

Post a Comment