Friday 9 March 2012

Kejohanan Merentas Desa

hai, apa khabar? sihat?.
huh, penat!.

opss.., lupe nak bagi salam. " ASSALAMUALAIKUm. "
jawab salam tau, jangan tak jawab. dosa. :)

nak bagi tau ni, tahun ni ainul aktif giler2. tak tau sebab ape.
nak kembali macam sekolah rendah dulu kut, tak reti duduk senyap.

minggu ni ada exam, ada merentas desa jugak.
isnin hingga khamis UP1. hari jumaat, 9/3/2012 hari kejohanan merentas desa.
semangat giler, walaupun bab2 lari ni ainul lemah. (semangat sebab taknak belaja)

huh, nak citer ni. hari ni kan sekolah ainul ada buat merentas desa.
larian yang sejauh 6 KILOMETER menguji kekuatan diriku yang lemah ini.
dengan semangatnye ainul lari. bila penat berjalan sekejap, dengar je orang belakang lari, ainul pun lari.
huh, penat giler2 x giler20000000x.

yang jaga checkpoint tu pulak tak ramai cikgu rumah biru, rasa nak patah semangat je sebab takde orang yang bagi sokongan.
laluan merentas desa ada lalu depan rumah ainul, tengok kat luar rumah, umi takde.... lagi rasa nak patah semangat.
tengah lari tu, tetiba jer ada seorang guru dari rumah sukan tut.... bagi air kat student2 rumah sukan beliau.
dalam hati, " arghhh!!! tak adil! ". bila diri rasa cemburu dengan rumah tut..., semangat ainul kembali membara.
wahh!!!! time tu paling best. dah la nak dekat sampai sekolah. lagi la best!.

sampai depan pintu pagar, ada cikgu norizan, cikgu rumah biru.
dari dalam pagar sekolah beliau jerit, " ainul!!!! cepat ainul!!! "
jeritan cikgu dibalas balek, " cikgu!!!! sakit cikgu!!! " sambil berlari.
bagi ainul, kalau menjerit dapat hilangkan penat. sebab tu sepanjang lari ainul suke menjerit. (hobby)
^_^
* maaf kepada sesape yang sakit telinga sebab jeritan saya *

lastly, ainul telah mengambil masa 1:07/8 minit untuk menamatkan larian sejauh 6kilometer.
huh, jauh kut.....

tup tup, nama ainul tersenarai dalam student2 larian top10.
wow! tak sangka!.
dari sekolah rendah lagi, ainul masuk lari tak pernah nak tersenarai dalam top10.
sebab tu ainul cakap, ainul tak pandai berlari. dan tak mungkin masuk olahraga.
semua ni atas pertolongan ALLAH. apa yang kita usahakan, itu yang kita dapat.
bersyukur.... sangat2. ALHAMDULILLAH.
takbir! ALLAHUAKBAR!!. ^.~

 *ni student lelaki menengah bawah ngan menengah atas yang tersenarai sebagai top10*

*ni pulak, student perempuan menengah bawah ngan menengah atas yang tersenarai sebagai top10*
 
 *ainul diri tiga dari kanan*

*hah, ni pulak pengerusi rumah biru. tu piala rumah biru yang punya*

sekian, wassalam... ^.~

may ALLH bless you

No comments :

Post a Comment