Saturday 27 April 2013

USRAH! sebuah halaqah ILMU.

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

Assalamualaikum kawan-kawan blogger!.
apa khabar semua? sihat? 
alhamdulillah, yang pasti semua masih boleh bernafas. berSYUKURlah.. ianya tidak rugi.
keadaan hati? oke tak? 
hehe... moga TENANG dengan mengingatiNYA.

heyp! lama tak post pasal keindahan ISLAM ni..
ya ALLAH... sekarang ni kalau nak berdakwah dah macam-macam cara boleh buat kan?
cuma sekarang ni, terletak pada diri kita sendiri je nak saling mengingati antara satu sama lain atau tak.

apa itu USRAH?

ianya sebuah ikatan kekeluargaaan.
selain itu, ianya juga boleh dibuat bersama rakan-rakan anda. dengan adanya usrah ianya dapat ,mengeratkan HATI-HATI dikalangan kita semua. 
percayalah dengan kekuasaan ALLAH.

Tujuan usrah itu sendiri adalah untuk sama-sama tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam kerana ALLAH. Sama-sama mengingatkan dan berpesan-pesan. Untuk meningkatkan ukhwah dan kecintaan Islam. Di dalam Al-Quran selain surah Al-Asr 103:3 yang mengingatkan supaya kita sentiasa saling mengingati dan berpesan kepada kebenaran dengan sabar, Allah berfirman dalam surah Az-Zariyat 51:55, bahawa peringatan itu amat perlu dan berguna bagi orang-orang Mu’min.
“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang- orang mukmin”
pelaksaan usrah dalam bentuk yang kreatif atau memilih tempat yang menarik akan menaikkan semangat ahli-ahli usrah kita. usrah boleh diumpamakan seperti charge yang bertindak memberi cas kepada handphone yang kekurangan tenaga bateri

 dalam sesi usrah, you all bolehlah mendapat kenalan baru, berkongsi idea, ILMU, masalah dan boleh belajar memperbaiki diri melalui teguran dari ahli usrah anda.
time tu, you all kenalah ada sitaf terbuka jangan mudah bermasam muka k!. ^_^
mungkin teguran tu baik buat diri anda.

menariknye dalam usrah!
 kita sudah mempunyai jalan untuk mendapat teduhan Arasy ALLAH di akhirat kelak menerusi sebuah persahabatan. ini sebagaimana yang dapat digambarkan dalam hadis Nabi SAW, mafhumnya :
" dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana ALLAH, bertemu dan berpisah kerana-Nya.."
(riwayat al-bukhari dan muslim)
perkataan "lelaki" dalam hadis itu juga ditujukan kepada perempuan. so, you all janganlah kecik hati. <3

dan!
kalau nak cari kawan untuk berusrah, carilah kawan yang baik-baik, maksudnya kawan yang boleh membawa kita kearah kebaikan, bukan apa... kalau cari kawan yang sebaliknya, kadang-kadang bukan boleh jadi group usrah malah buat group untuk bergosip plak. :P
Perumpamaan berkawan dengan orang yang baik dan orang yang jahat, adalah seperti penjual minyak wangi dan peniup dapur tukang besi.  Penjual minyak wangi, mungkin dia akan memberikannya kepadamu atau kamu akan membeli daripadanya, atau mungkin kamu akan mendapatkan aroma harum daripadanya.  Adapun peniup dapur, mungkin dia akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau busuk daripadanya.
(Hadis riwayat Muslim) 
akhir kata.
 jomlah kita berusrah!
membina halaqah yang penuh dengan kemanisan IMAN kerana ALLAH!

sekian, beramal dengan ILMU.
moga peroleh manfaat diakhirat kelak. ^_^

1 comment :