Saturday 28 January 2012

mereka ---> memori INDAH

siapa dah masuk sekolah menengah, sila angkat tangan. :D
best tak berada dalam alam sekolah menengah?
ada yang best, ada yang tak. betol tak?!.

bila u-turn balik kisah hari pertama ainul masuk SAMSMEL atau nama penuhnye Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar ditempatkan pula dalam kelas terakhir iaitu kelas 3TABLIGH.

hah! kelas terakhir? tak pernah pula ainul duduk dalam kelas terakhir. takpe la... masuk kelas tu rasa gementar jer.... takut. dah la sekolah tu kelas campur laki perempuan tapi kaum adam duduk bahagian depan dan kaum hawa duduk bahagia belakang.

sekolah lama ainul, Sekolah Agama (Arab) Yayasan Khairiah ringkasnye SMAYK. kelas kat sekolah tu tak campur laki ngan perempuan. so.. ainul nak buatpe pun takpe. tak malu sangat. lepas tu, tak pernah kenal laki plak tu. suara kaum adam yang agak garau tu pun tak kedengaran sangat. best.

bila dah masuk SAMSMEL, ainul takut tengok kaum adam. tunduk je... muka mereka pun tak nak tengok.
ada diantara mereka cakap, " alimnye budak ni. ". haha... nak tergelak bila mereka cakap ainul "alim".
alim ker? takla... ainul biasa-biasa jer.

kelas last, mesti perangainye agak giler2. kali pertama melangkah masuk kelas tu, ada seorang student laki ni selalu kacau ainul. grrrr... tak faham betol apa masalah dia. tak suka tau tak!!!!

" ini bukan kelas aku la!!! "
itu la kata-kata yang ainul ungkapkan bila hari pertama ainul berada dalam kelas tu sambil menangis. nak tau sebab ape? ainul nanges sebab kaum adam kelas tu kacau ainul. ainul tak biasa dengan keadaan macam tu. seterusnya, kelas tu bising, dengan perangai student lakinye yang agak giler2... Subahanallah...

baru duduk kat SAMSMEL berapa hari, kena pula ganggu dengan student2 dari form-form lain pula.
uhmmmm... ainul nak pakai kasut pun ada yang tengok, ainul jalan pun ada yang tengok. rasa serba salah nak buat semua perkara. kalau jadi student baru memang kena alami situasi macam tu erk?. =="

bila dan lama sikit belajar kat SAMSMEL, akhirnya ainul boleh terima dengan situasi macam tu.
keadaan kelas tu pun ainul dah boleh terima. layanan dari student form 3 and student2 yang lain pun baik terutamanya kaum hawa. peramah. kaum adam kat situ pun ada yang baik juga. ^_~

k la.. ainul nak citer pasal student kelas ainul time ainul form 3. budak-budak kelas ainul semua seHATI seJIWA. kalau boleh semua perkara yang nak dilakukan mesti BERSAMA-SAMA.
" apa yang penting?. kerjaaasama." hehe.
perangai giler-giler. so, ainul dah masok kelas diorang, kena faham keadaan diorang. mana yang rasa bolah ikut, kita ikut jer... asalkan kami bahagia. haha. :D

Opss, lupa nak bagitau. students kelas 3tabligh bising ada sebab tau >
  1. nak bagi kelas ni sentiasa ceria. (kalau senyap jer.. bosan)
  2. nanti orang tau kelas tabligh ni ada penghuni. (kalau senyap, pelawat taktau ni kelas tabligh)
  3. banyak memori indah akan tercipta. (kalau senyap, nanti bila dah keluar dari SAMSMEL takkan nak ingat, " ouh, kelas aku dulu senyap jer.. ") mesti tak bestkan?
  4. bising bukan sorang, tapi ramai2. sorang buat lawak, semua gelak.(kalau senyap,  "uhmm.. kelas aku dulu senyap, takde pape yang perlu diingatkan)
  5. bila bising, cikgu kami akan marah. nanti bila kami dah pindah, mesti cikgu akan rindu saat tu. (  kalau senyap, mungkin cikgu tak dapat ketawa sorang2 bila ingat kami. )
  6. nak happykan kawan2 yang sedang bersedih. (kalau senyap, kawan tu akan sentiasa ingat akan masalahnye)
dulu tak mengaku tu kelas ainul, sekarang ni kalau orang tanye
" tu kelas kau ker? ".
dengan tak segan silu, ainul akan jawab
" yer, itu memang kelas aku ".

kelas ainul warna HIJAU. student laki cakap, macam kelas toyol. haha... tapi diorang yang cat kan.

walaupun kami duduk kelas terakhir, tapi kami ada bakat dan kebolehan kami sendiri. cikgu selalu marah-marah jugak kat kelas kami tu, tapi akhirnya kami boleh buktikan yang kami bukannya seperti yang cikgu cakapkan. jangan sangkakan yang kelas terakhir itu tak pandai.
"cikgu marah tanda sayang"
sekarang ni.. ainul akan rindu semua detik-detik INDAH bersama mereka STUDENT 3TABLIGH. ;) 
hey, semua yang dah pindah tu. jangan lupa kami di SAMSMEL k.
datang je bila-bila masa.... insyaAllah, kami sentiasa ada.

ni la mereka-mereka yang berjuang dikelas 3tabligh


ha. ni baru sebahagian student kelas 3tabligh.
dalam kelas tu ada 37 orang student.

 tengok-tengok, kelas kami warna hijau. lawakan?
pencinta alam sekitar kata kan.... hehe.

ha. gambar ni ainul ambil gune kamera ainul sendiri.
time ni panitia KHB buat pertandingan memasak, menjahit and gubahan bunga untuk student lepas PMR.
best sangat-sangat. ^_^

k la... dah panjang ni, penatnyeeee menaip.
pape pun, ainul nak bagitau kawan-kawan ainul ni, yang ainul SAYANG sangat-sangat kat korang semua!!
korang sentiasa dekat dihati. ^_~

kalau ingat ainul, mesti kena ingat ALLAH jugak tau. kalau tak ingat ainul, takpe la... janji korang ingat ALLAH. ^_~

*maaf tau kalau ada yang takde dalam gambar di atas*
sekian, wassalam.


> may ALLAH bless you <

3 comments :

  1. bak kate izzani, so sweet entry ni. ainul buat kak jue rindu dekat 3 tabligh 2010 :(

    ReplyDelete
  2. hmm.. xde pape yg perlu diperkatakn.
    sebenrnye, ainul dah mula jatuh hati kat kelas 3tabligh. hehe..

    ReplyDelete