Friday 3 February 2012

aku tahu, aku sentiasa ada KAU.

hari Jumaat, 3/2/2012 bersamaan 10 Rabiulawal 1433.
mendung hati kecil ini.. miski pun, terukir senyuman diwajah. siapa yang tahu, hati ini bersedih.

hari ni, ainul kehilangan lagi tiga orang sahabat yang amat ainul sayang.
tapi kat sini, ainul nak citer pasal salah seorang antara mereka bertiga.

dia adalah,

Nur Izzati bt. Yunus
dia lah bekas penolong ketua kelas 3Tabligh 2011.
penyayang orangnye, suka membebel. kadang-kadang bising juga.
tak rugi kalau bersahabat dengannye. seorang yang memahami.
senang citer, dia memang baik la.

menjelang pukul 12:30 p.m. itu lah saat terakhir ainul dapat memeluk erat tubuhnya. dia menghapuskan air mata ainul yang laju membasahi pipi. takala itu, kita saling berbisik.

aku tahu, aku akan selalu ada KAU.
jangan lupakan ainul,
ainul sayang atiy sangat2, 
jaga diri elok-elok k.
   moga bertemu kembali. 
see you di IPT.
assalamualaikum sahabatku.

sambil tu, dia juga berbisik

atiy takkan lupakan ainul.
jangan lupakan atiy jugak k.
atiy sayang ainul juga.
moga kita bertemu di menara kejayaan.
see you di IPTA. kalau IPTS tak boleh, sebab ainul tak ambil sains.
see you in Australia.
eh, lupa. ainul nak sambung belajar kat negara Arab.
jangan lupa 3TABLIGH ye? dekat situ banyak kenangan indah yang telah kita bina.
doakan atiy, atiy takut sangat. 

itu la impian IZZATI, untuk menyambung pelajarannye di negara Australia.
lepas dia berjuang di bumi SAMSMEL, dia akan teruskan perjuangan dia dengan merantau kat PERAK. sudah tentu susah nak jumpakan?.
sabar je hati ni menahan rindu. <3

ainul harap sangat-sangat, itu bukan kali terakhir untuk kita bersua.
moga ikatan ukhwah yang kita bina selama setahun, takkan terbuka simpulannya.

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


kenapa awak pindah? awak tak sayang saya lagi ke? awak taknak kawan ngan saya erk? sebab pe? dah bosan berkawan ngan saya ke?

ainul tahu... Atiy pindah bukan sebab Atiy tak sayang ainul, bukan sebab Atiy taknak kawan ngan ainul dan bukan sebab Atiy bosan kawan ngan ainul.

first sekali sebab kamu nak cari pengalaman baru. pergi ke satu tempat yang semua orang tak kenal kamu. ainul dah pernah rasa pengalaman macam tu. best sangat-sangat. so, Atiy jangan takut k. ALLAH ada bersama kamu. :)

second, mungkin itu takdir yang telah ditentukan ALLAH untuk kita bertemu dan berpisah. memang itu akan berlaku. " setiap pertemuan pasti ada perpisahan ".
ainul bersyukur sangat-sangat dapat bertemu dengan Atiy walaupun masanya memang begitu sengkat.

third, kamu nak impian kamu jadi kenyataan. mencapai cita-cita memang perlukan pengorbanan. perpisahan itu lah satu pengorbanan. walaupun pahit, namun harus ditelan.

ainul tahu... berat hati atiy untuk meninggalkan sahabat-sabahat di SAMSMEL. 
hari rabu tu, ainul perasan sesuatu yang lain. atiy cuba himpunkan balik semua ex-student 3Tabligh. yang renggang, atiy rapatkan. yang sunyi, atiy hiburkan. berjalan seiring. melangkah dengan senyuman.
time tu ainul rasa happy sangat. ^,^

hmmm... bila Atiy dah pindah, sape lagi yang nak dengar masalah ainul?. susah tau nak dapat kawan macam Atiy. sentiasa memahami isi hati ainul.

takala ainul sedih, Atiy sentiasa ada. Atiy mesti tau kalau ainul ada masalah. walaupun ainul senyum, Atiy tetap tau yang ainul dalam hadapi masalah. kalau ainul nangis, lagi la Atiy tau.
senang citer, ainul memang tak boleh sembunyikan masalah ainul dari Atiy. kan kan?

"sahabat adalah mereka yang boleh melihat kamu terluka dari matamu,
ketika orang lain percaya dengan senyuman diwajahmu".

Atiy selalu ambil berat pasal ainul. Atiy selalu tanye, " ainul, kenapa ni? "
lembut je suara Atiy, tak pernah menyinggung perasaan ainul.

time first day ainul jejak kaki kat SAMSMEL, Atiy orang pertama yang ambil berat pasal ainul.
Atiy cakap kat aina, " aina, ajak ainul pergi makan. nanti sakit pulak dia. "
ainul ingat lagi semua tu...

bila Atiy tahu ainul menangis, pasti Atiy akan sapu air mata ainul. sebolehnye, Atiy takkan biarkan air mata ainul jatuh ke tanah. 
Atiy nak tahu, tak pernah sahabat ainul sapukan air mata ainul takala ainul sedang menangis. Atiy lah orang pertama yang melakukan perkara seperti itu.
 "terima kasih SAHABAT."  

lepas ni... kalau ainul nanges, sape lagi yang akan ada disisi ainul. yang akan menghilangkan air mata ainul daripada jatuh ke tanah?

atiy.... ainul sayang atiy sangat-sangat. bila ainul dalam keadaan lemah, atiy peluk tubuh ainul. atiy bisik kata-kata semangat. sentiasa menasihati ainul. tak pernah tinggalkan ainul.

tapi sekarang, kalau ainul jatuh. mungkin saja ainul dalam keseorangan. tak ada yang akan menemani. hanya ALLAH saja yang tahu.
jika ainul menemui sahabat baru. dia takkan sama seperti kamu. IZZATI yang ainul kenal, takkan ada penggantinye. 

memori indah kita bersama 3TABLIGH, mencipta SERIBU SATU rasa. suka, duka, ketawa, sedih, pahit, manis. semuanya tersimpan rapi dalam ingatan. namun, ketahuilah.. bukan kehendakku untuk melupakan semua itu. tapi itu semua takdir ALLAH. hanya terima dengan hati yang redha. mungkin ada hikmahnya. 

atiy,... jaga diri kamu elok-elok. jangan lupa ainul yer?.
kalau cuti, hantar la mesej. " assalamualaikum " pun dah cukup bagi ainul. itu tandanya ainul masih ada dalam ingatan atiy.

selamat berjuang sahabatku. :')

p/s : izzati suka warna BIRU sebab tu banyak tulisan warna biru.
sekian, wassalam.

> may ALLAH bless you <

2 comments :