*Dengan lafaz BISMILLAH, ku mulakan bicara*
Bunga mawar mempunyai kecantikan yang unik dengan
kelopak-kelopak, warna serta baunya yang harum. Setiap bunga mawar pasti
ada durinya.Begitulah setiap kejadian dari Allah ada hikmahnya.
Biasanya bungamawar sinonim dengan wanita, kecantikan seseorang wanita
dikaitkan dengannya, begitu juga dengan keharumannya diibaratkan sifat
wanitayang lemah lembut dan berbudi bahasa. Warnanya juga dapat
menarikperhatian. Mawar juga punyai duri-duri, kiranya tidak
berhati-hati jari akantersusuk durinya sewaktu mahu memetik atau
memegangnya.
Akan lebih indah dan menyenangkan
lagi apabila anda mampu memetiknya sendiri dipohon. Tetapi hati-hati
jika ingin memetik bunga mawar kerana tanpa anda sadari duri-duri
disekelilingnya pasti akan melukaimu jika tak berhati-hati. Namun, jika
Anda mampu mengatasi duri-duri itu maka Anda akan mendapat-kan mawar
yang cantik dan menawan. Kemudian jadikan hiasan.
Jadilah wanita yang berakhlak mulia, mempunyai budi pekerti yang
baik.Tahu menghargai diri sendiri dan pandai mengendali harga diri.
Tidak mudah terpetik duniawi semata-mata mengikut nafsu juga jauhi dari
anasir jahatyang cuba mempengaruhi dan unsur-unsur yang negatif yang
akan merosak-kan hidup anda.
Ketaqwaan adalah
kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apajua. orang yang
bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidakakan
membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta
dirahmati-Nya sentiasa.
*buat renungan sahabat, moga beri manfaat*
suka entry ni.. ^,^
ReplyDelete