Saturday 27 October 2012

~wanita ibarat mawar~


*Dengan lafaz BISMILLAH, ku mulakan bicara*

Bunga mawar mempunyai kecantikan yang unik dengan kelopak-kelopak, warna serta baunya yang harum. Setiap bunga mawar pasti ada durinya.Begitulah setiap kejadian dari Allah ada hikmahnya. Biasanya bungamawar sinonim dengan wanita, kecantikan seseorang wanita dikaitkan dengannya, begitu juga dengan keharumannya diibaratkan sifat wanitayang lemah lembut dan berbudi bahasa. Warnanya juga dapat menarikperhatian. Mawar juga punyai duri-duri, kiranya tidak berhati-hati jari akantersusuk durinya sewaktu mahu memetik atau memegangnya.

Akan lebih indah dan menyenangkan lagi apabila anda mampu memetiknya sendiri dipohon. Tetapi hati-hati jika ingin memetik bunga mawar kerana tanpa anda sadari duri-duri disekelilingnya pasti akan melukaimu jika tak berhati-hati. Namun, jika Anda mampu mengatasi duri-duri itu maka Anda akan mendapat-kan mawar yang cantik dan menawan. Kemudian jadikan hiasan.

Jadilah wanita yang berakhlak mulia, mempunyai budi pekerti yang baik.Tahu menghargai diri sendiri dan pandai mengendali harga diri. Tidak mudah terpetik duniawi semata-mata mengikut nafsu juga jauhi dari anasir jahatyang cuba mempengaruhi dan unsur-unsur yang negatif yang akan merosak-kan hidup anda.

Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apajua. orang yang bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidakakan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta dirahmati-Nya sentiasa.

 

*buat renungan sahabat, moga beri manfaat*

1 comment :