Friday 1 March 2013

Allah, sweetnye.. :)

*Dengan lafaz bismillah, ku mulakan bicara*

 Assalamualaikum.. 
alhamdulillah... bersyukur sangat-sangat kehadrat Illahi...
you know why?

because, ainul dapat pergi ke peringkat zon untuk pertandingan tilawah al-quran.
waw! happynye!!!...... ^_^
ainul tak dapat johan dalam tilawah peringkat sekolah, tapi macam mana ainul boleh ke peringkat zon?

oke, jom baca kisahnye... 
pada awalnya, ainul masuk 3acara... tarjiz jenazah (jadi si mati), 
marhaban, tilawah al-quran.
banyakkan?
tapi, kawan-kawan cakap, ainul pilih mana satu yang betol-betol kau nak, yang lagi 2 tu, bagi pelajar baru masuk. sebab kiteorang takut kau terkejar-kejar. 
time tarjiz nanti takut takde jenazah plak. jenazah kena pergi baca Al-quran.
tahu la kau nak mati dalam iman... :)

kawan ainul cakap lagi. tapi.., kalau kau sempat habis tilawah, datang la marhaban. 
aku taknak pelajar baru ganti kau... 

haigoo.... kalau jenazah tu, semua orang boleh jadi. ainul tak kisah kalau tinggalkan tu.
tapi marhaban... korang kena yakin walaupun budak baru tu senyap je.. in syaa ALLAH.. dia mampu beri kerjasama. kita kena yakin itu.
 dan akhirnya, thank kawan sebab boleh terima budak baru tu.
dan benarkan ainul fokus dalam satu acara sahaja.

hari Rabu, 27/2/2013
di pagi hari, masih mampu bertenang. bersama sahabat debat.


sekolah agama men. sg. merab luar mengadakan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat sekolah.
alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. 

tilawah al-quran, saingan ketat ainul dengan firqah ali (rumah kuning)
alunan ayat suci al-quran yang merdu dibaca oleh hajar, junior ainul.
maaf, gambar hajar takde. 

just gambar ainul je yang ada. 
hati dup,dap,dup,dap.. berdebar.
 ainul sedar akan beberapa kesalahan yang ainul baca, ada yang sepatutnye baca pendek ainul terbaca panjang. 
sebab sepanjang latihan, ainul selalu baca panjang. so, time pertandingan pun terbawa-bawa kesalahan tu.
maafkan aku ya ALLAH... 

habis tilawah, tertanya-tanya siapakah johan?
soalan itu terjawab pada keesokan harinya.

Khamis, 28/2/2013

perkara pertama yang ainul nak tahu pada hari ini adalah,
keputusan tilawah al-quran. sebab ainul nak johan, ainul nak pergi peringkat zon. 
sebenarnye, ainul nak pergi peringkat zon je.. tapi, kalau nak ke zon mesti kena dapat johan.

sepanjang penantian keputusan, hati ainul berkata-kata. 
"kalau ainul dapat johan, ainul akan sujud syukur.. kalau sebaliknya, ainul taknak sujud syukur."
 
bila diumumkan keputusan..
tilawah al-quran menengah atas
tempat ke-3 : firqah abu-bakar *merah
naib johan : firqah umar *biru
johan : firqah ali *kuning

Allah... memang aku dapat mengekalkan kedudukan aku..
ainul dah cakap, kalau ainul tak dapat johan untuk ke zon ainul taknak sujud syukur. 
namun, hati ku tetap meronta. setelah ainul mengambil hadiah, keluar pintu dewan. terus ke surau.
menang atau kalah, itu ketentuan ALLAH, bersyukur lah...

takkala sujud menghadap Illahi, air mata mula mengalir.
Ya ALLAH...akhirnya, aku redha atas ketentuanMu. mungkin ini yang terbaik buatku. 
aku tidak akan bersangka buruk padaMu.
pasti ada yang terbaik buatku.. 
amin... moga kejayaan dalam kehidupanku dapat memberi kebahagian buat kedua ibubapa ku.
 mungkin johan bukan milik ainul, namun cukuplah naib johan.
ainul terima ketentuan ALLAH. 
ainul nak pergi peringkat zon... dari tahun lepas lagi ainul inginkan tu.
Allah.... :'(

Jumaat, 1/3/2013
di asrama, sebelum pulang ke rumah..

"kak ainul....", panggil adik junior ainul, hajar.
"boleh tak gantikan hajar tilawah al-quran peringkat zon?"
aku pelik,  dan terus bertanya. "kenapa? hajar masuk acara apa lagi?"
hajar, "hari KAMIL peringkat zon tu hajar kena pergi kem"
"tapi hajar, kak ainul tak yakin..", memang ainul gembira dapat ke zon ketika itu, namun hati tetap tak yakin hanya disebabkan kekalahan.

ya ALLAH, satu perkara yang betul-betul aku tidak sangka.
 sunggh ketentuanMu itu amat indah. aku tahu, Kamu tidak akan biarkan hambaMu dalam kesedihan.
bantulah aku, berilah aku keyakinan untuk keperingkat seterusnya.
terima kasih ya ALLAH.
walau apa pun yang anda dapat, bersyukurlah..
pasti ada yang lebih baik akan menanti yang pasti tidak pernah kita jangkakan.
Alhamdulillah, akhirnya...
ainul dapat juga ke peringkat zon. 

Engkau lebih tahu yang terbaik buat diri aku.
sweetnye kejutan dari Allah.


3 comments :

  1. Woooo!! Tahniah.. Puteri pn prnah msuk tilawah al-quran & Syarahan agama peringkat zon, tapi x menang pun.. Huhuuu.. :')

    #Tapi x apa, asalkn kita ada pngalaman brhadapn di khalayak ramai untuk cabar kberanian kita.. :D Btw, congratulation..!

    ReplyDelete
  2. done follow.. jom singgah sini lak.. n follow sekali yea.. =) http://tengkubutang.blogspot.com/2013/03/wordless-wednesday-i-hate-this-bagi-3.html?showComment=1362620836873#c8233176151603559504

    ReplyDelete
  3. Promosi Rainbow AlQuran & Ribbon Watch! Sehingga 23 Mac 2013 sahaja!

    http://bit.ly/cd2aQx

    ReplyDelete