Tanpa
Disedari Kita Yang Hina Nabi dan Islam. Berikut merupakan
perkara-perkara yang sebenarnya berlaku di sekeliling kita sendiri tanpa
kita sedari. Memang wujud manusia sebegini. Semoga kita tidak menjadi
sebahagian dari mereka.
1.
Kita marah, lalu kita maki hamun orang yang hina Islam. Tapi kita terus
menerus menjadikan kata carutan dan makian sebagai zikir harian dan
bahan gurauan. Kita marah orang cakap Nabi penipu, tapi kita senantiasa
berbohong dan menipu diri sendiri.
2.
Kita marah bila orang cakap Nabi kasanova dan kaki perempuan. Tapi kita
sendiri yang main perempuan, bebas bertukar pasangan. Bergaul bebas dan
bersentuhan antara bukan mahram tanpa segan silu. Yang lucah jadi
santapan mata.
3.
Kita sibuk suruh hackers godam laman web dan video yang hina Islam.
Tapi iman kita masih digodam oleh hawa nafsu. Kita masih biarkan nafsu
dan akal fikiran kita digodam oleh syaitan.
4.
Kita kononnya nak boikot barangan kafir, tapi kita sendiri tidak mahu
boikot cara hidup dan budaya orang kafir. Kita masih menjadikan
selebriti kafir sebagai idola. Kita masih terikut-ikut dengan fesyen
pemakaian mereka.
5.
Kita hina, maki hamun dan perlekeh ulamak. Sedangkan ulamak itu pewaris
Nabi. Bila nampak orang pakai serban, pakai jubah, simpan janggut
panjang, kita perli dan pandang serong terhadap dia. Kita dah hina
sunnah Nabi.
6.
Kita marah orang hina, ppijak dan bakar Al-Quran tapi kita sendiri
tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Malah kita
mempersenda dan memandang ringan hukum yang ada dalam Al-Quran. Sentuh
Al-Quran pun jarang-jarang. Kita sendiri dah 'pijak' Al-Quran secara tak
langsung.
7.
Kita kononnya nak jadi 'gangster beriman' macam Saidina Umar Al-Khattab
nak pertahankan Nabi. Sedangkan maksiat di depan mata berlaku pun,
tangan dan kaki kita masih kaku. Rambut awek dan bini terjojol pun kita
takut nak tegur. Nampak tabligh pun kita lari.
8.
Kita melaungkan semangat jihad berkobar-kobar, tapi kita masih bergaduh
sesama Islam. Malah kita sibuk mempertahankan golongan yang secara
terangan melakukan maksiat. Artis kesayangan kita ditegur, kita sibuk
back-up. Team bola feveret kita diejek, kita melenting bertegang urat.
Isu remeh yang langsung tidak membawa kepada pembangunan ummah
diperbesarkan. Bagaimana Islam nak menang jika umatnya tidak bersatu?
9.
Kita sembang besar dah bersedia nak berperang dengan kafir laknatullah,
sedangkan solat berjemaah kat masjid pun seminggu sekali saja. Solat
pula sengaja dilambatkan. Dah masuk Isyak, baru kita nak kelam kabut
solat Maghrib. Subuh pun masih subuh gajah apatah lagi nak bangun
qiamullail. Yang tak solat langsung tu lagi berlambak.
Pernah
dengar ungkapan yang Islam takkan menang selagi solat fardhu jemaah di
masjid tidak seramai solat jumaat? Ini solat jumaat pun masih ramai yang
ngelat.
10.
Kita semangat nak langgar orang kafir yang hina Islam, tapi kita
sendiri langgar syariat dan perintah Allah. Apa yang kita buat untuk
tegakkan syiar Islam? Kita hanya bersemangat menentang orang yang hina
Islam tapi kita longlai dalam beribadah. Kita sebenarnya sudah rebah dan
tewas sebelum melangkah ke medan jihad lagi.
No comments :
Post a Comment